CARI-MAL Publish time 12-10-2016 11:58 AM

Nostalgia Go! Go! Power Rangers Bakal Terjah Pawagam

Filem baharu Power Rangers pastinya menimbulkan nostalgiasekali gus berita baik buat semua peminat watak adiwira yang pernah menjadi fenomena suatu ketika sekitar awal 90-an.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/12/113827wiknqyw8ggzip39b.jpg
Sumber foto: Daily Mail



Bagi peminat Power Rangers, Lionsgate Movies telah melancarkan teaser pertamanya bagi filem Power Rangers, Sabtu lalu sempena New York Comic Con. Menonton secara sepintas lalu, teaser itu kelihatan tidak tersasar jauh dari jalan cerita asal siri televisyen Power Rangers era 90-an.


Dalam pratonton filem itu, lima remaja sekolah tinggi Angel Grove memiliki kuasa luar biasa yang mampu melawan kuasa makhluk asing yang ingin menakluk bumi. Perwatakan yang dipaparkan teaser itu juga tidak terlalu berbeza di mana mereka merupakan sekumpulan remaja yang tersisih di sekolah.


Pembukaan teaser terbabit menunjukkan watak Red Ranger Jason yang dilakonkan Dacre Montgomery, berperwatakan seorang pemarah yang bermasalah di rumah. Manakala Blue Ranger Billy (RJ Cyler) dan Yellow Ranger Trini (Becky G) merupakan mangsa buli. Pink Ranger Kimberly (Naomi Scott) pula, mahu diterima rakan-rakan selain Black Ranger Zack (Ludi Lin) yang lebih gemar menyendiri.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/12/115016qk6cbr26brvpu7cp.jpg
Sumber foto: http://screenrant.com





http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/12/115519fgktrdzpf6pgm4rp.jpgSumber foto: Youtube




Namun, apa yang menarik adalah filem terbitan Lionsgate ini diolah semula dari siri filem itu dengan imej dan haluan berbeza jelas terpapar pada beberapa poster awal yang disebarkan. Malahan lebih dari itu, Power Rangers kini tidak lagi memakai kostum spandeks sebaliknya mereka muncul dengan sut berperisai seakan milik Iron Man.


Q-C4qqsgs8w


Bagaimana? Anda teruja dengan trailer yang menjadi fenomena di seluruh dunia ini? Sama-samalah kita nantikan tayangannya Mac akan datang! - CARI

chinta89 Publish time 12-10-2016 12:52 PM

lebih suka kostum dulu2... :mad:

meklalala Publish time 12-10-2016 03:15 PM

budak budak sekarang tak kenal dah power rangers..mesti dlm panggung nnt budak budak zaman 80an 90an..masalahnya budak budak lagike? lol

mat_arof Publish time 13-10-2016 07:05 AM

nostalgia zaman remaja 90an dulu..

favourite ni..

x sbar nak tgok

Sandal Publish time 13-10-2016 08:57 AM

Go go power rangers{:th_091_-1o

ayahmasihkuad Publish time 13-10-2016 05:09 PM


ayah suka power rangers pink

September14 Publish time 14-10-2016 09:22 AM

ok je costume baru ni, klu buat mcm siri tv tu mcm murahan lak... okla x sabar nak tgk

kumi9609 Publish time 14-10-2016 12:20 PM

{:1_152:} yeayyyy hahaha

Donatello86 Publish time 14-10-2016 04:28 PM

Comelnye Yellow Ranger..{:1_152:}

mujer_in_espejo Publish time 14-10-2016 05:32 PM

astaga.. sekali imbas pic ranger merah di atas, ingatkan zac efron. rupanya bukan.

nama watak billy dan kimberly tu mmg kekal nama rangers 90an kan.

90s masa kanak2 dulu suka cop ranger kuning. cousin aku cop pink. kenangan bdak2

fazzrules Publish time 15-10-2016 10:16 PM

Ekceli sut masa power rangers the movie tu dah kacak bagi aku..ni dah mcm robocop dah den tgk

Smazn Publish time 16-10-2016 04:08 PM

bubblegummy Publish time 18-10-2016 05:30 AM

Ala takde la ranger shocking pink sbb baju dah ala2 ironman :mad:
Pages: [1]
View full version: Nostalgia Go! Go! Power Rangers Bakal Terjah Pawagam


ADVERTISEMENT