chicmushroomkd Publish time 4-5-2017 09:43 PM



best & sempoi...i follow

asfaz Publish time 13-9-2017 09:06 AM

@Ipo ,mna sambungannya:mad:

Ipo Publish time 17-9-2017 02:23 PM

Edited by Ipo at 17-9-2017 02:25 PM

asfaz replied at 13-9-2017 09:06 AM
@Ipo ,mna sambungannya

tak dak idea..{:biteo
citer dah haru biru ke laut dalam {:stoneo

la ni musim hibernasi{:smileo

asfaz Publish time 17-9-2017 04:42 PM

Ipo replied at 17-9-2017 02:23 PM
tak dak idea..
citer dah haru biru ke laut dalam



Huhuhu..sampai hati..gigih iols baca

NaylaArisha Publish time 6-11-2017 12:21 PM

x ada sambungan ke dah tamat?

Ipo Publish time 21-11-2017 09:07 PM

NaylaArisha replied at 6-11-2017 12:21 PM
x ada sambungan ke dah tamat?

huhu Nay..citer ni dah setahun belum tamat kekdahnya...........................

nak sambung, kena baca semula apa yang aku dah karang{:down2o

tt kedaung pun dah tak ingat plotciter;P

ladyFinger12 Publish time 22-11-2017 10:53 AM

Ipo replied at 21-11-2017 09:07 PM
huhu Nay..citer ni dah setahun belum tamat kekdahnya...........................

nak sambung, ke ...

chaitt! ingatkan ada sambungan :curse:

Ipo Publish time 22-11-2017 04:10 PM

ladyFinger12 replied at 22-11-2017 10:53 AM
chaitt! ingatkan ada sambungan
ok la iols i sambung..
jap , nak backlog jap:lol:

Ipo Publish time 22-11-2017 06:51 PM

Edited by Ipo at 22-11-2017 06:53 PM

BAB 8


ADI melangkah malas ke makmal. Pagi itu dia bangun dengan wajah sembab. Gara-gara dengkuran Tajul yang sangat kuat, matanya tidak dapat dipejam. Entah bila dia terlelap tapi setahunya, hanya beberapa jam saja dia tidur. Beg sandang diletakkan di atas meja kerja. Kot putih makmal disarung ke tubuh. Adi duduk malas di kerusi sambil membelek pengiraan yang dibuat semalam.
"Morning Adi!"

Adi mengangkat muka. Arthur sengih di sebelah sambil memegang helmet. Hanya senyuman kelat dibalas kemudian dia menatap semula kertas keputusan ujian bakteria patogen semalam.

"Apasal dengan kau ni?" soal Arthur, kemudiannya menarik kerusi lalu duduk di depan Adi.

"Tak ada apalah. Yang kau datang lepak bilik aku ni, apa hal?" Adi mengangkat muka sekali lagi.

Arthur senyum sumbing. Dia melihat sekitar bilik Adi yang dikongsi bersama Nik dan Pua, senior microbiologist di makmal mikrobiologi itu. Hanya ada dua buah komputer, di sebelah kanan meja kerja pula, ada kabinet untuk simpanan fail dan dokumen makmal. Matanya jatuh pada meja Pua yang kemas dan rapi. Ada beberapa kertas laporan yang disusun di atas kiri meja. Di sebelah komputer pula, ada satu patung berwarna hitam dengan kedua tangan berpaut satu sama lain. Wajah patung berukuran penumbuk orang dewasa itu seperti ada taring dan bermata merah.

"Eh, aku tak pernah nampak pulak patung tu kat situ? Bila masa pulak amoi tu letak patung segala kat meja dia?" Berkerut dahi Arthur sambil mata tak lepas memandang patungberwarna hitam.

Adi mula mengalih mata pada meja Pua. Ya,ada satu patung hitam dengan taring dan mata merah. Sekali imbas, nampak macam patung yang dipuja. Patung itu diamati sebentar.

"Ah, tak ada apalah. Biasalah, kepercayaan dia. Selagi tak ganggu kerja aku, sudah." Adi kembali menatap kertas di tangannya.

"Em, Adi, aku sebenarnya datang sini, ada benda aku nak beritahu kau." ujar Arthur sambil betulkan posisi duduknya.

Adi mendongak. "Apa?"

Arthur intai dari arah pintu bilik yang terbuka luas. Kemudian dia lihat jarum jam tangannya. 8.15 pagi. Setahunya, Pua masuk kerja tepat jam 8.30 pagi. Dia menoleh pada Adi semula.

"Pasal makmal ni," jawab Arthur sedikit berbisik.

"Kenapa dengan makmal? Pasal makmal ni berhantu ke macam mana? Kan, kau dah beritahu aku dulu. Kau dengar bunyi pelik. Ada lagi ke selain dari tu?"

Arthur menelan air liur. Amboi! Bertubi asakan soalan daripada Adi. Bunyi macam nak gaduh!

"Ada lagi tapi ni rahsia kita je tau." Arthur rapatkan kerusi ke meja.

Adi letak kertas di tangannya dan dia juga turut merapatkan kerusi mengadap Arthur yang sudah mula serius riak wajahnya. Nampak benar-benar serius kali ini. Mungkin Arthur ada sesuatu yang berkaitan dengan makmal atau mungkin apa yang bakal Arthur ceritakan nanti, ada kaitan dengan kes Ojie. Matanya tidak berkedip menatap wajah Arthur.

"Aku sebenarnya tak pernah ceritakan benda ni kat sapa sapa. Staf perempuan lagi lagi. Sebenarnya, tepat jam 7.30 malam, aku dengar suara merayu menangis kat belakang makmal. Sebab tu, aku tak berani nak ke toilet masa tu. Aku tengok kau selamba je masuk toilet masa tu. Kau ada dengar tak macam aku dengar?" soal Arthur semula.

Adi diam. berkerut-kerut keningnya memikirkan pengakuan Arthur. Selama dia bekerja di situ, tak ada pulak dia dengar suara merayu menangis macam tu. Kelibat dan susuk tubuh perempuan ada la.

"Kau dengar suara, aku pulak nampak perempuan pucat pakai baju biru lusuh. Kau rasa, benda yang sama ke?" Adi tatap mata Arthur di sebalik cermin mata bulatnya.

"Maybe,"

"jadi, kau rasa makmal ni ada rahsia apa-apa ke?"

Arthur mengangkat bahu dengan bibir menjuih.

"Habis tu, suara yang kau dengar tu, suara apa?"

"Ntah. Aku pun tak tahu. Apa yang aku dengar dari bos dulu, dia cakap, kalau tak ada urgent sample, jangan stayback. Kalau boleh, buat ujian tu secepat yang boleh, sampai pukul 7 saja," jawab Arthur, mengingat kembali ketika dia menghadiri mesyuarat pertama kali bersama bos.

"Ermm..pelik. Kalau bos pun dah cakap macam tu, something is not right la kan?"

Arthur mengangguk.

"Kau rasa, bos sengaja ada-adakan cerita ke atau memang betul?"

"I dont know, thing is, bos macam serius je muka dia masa dia cakap tu. So, I guess, this lab.." Arthur liar memerhati segenap ruang. Ayatnya tidak dihabiskan.

"Hi, Art!"

Terkejut Adi dan Arthur melihat Pua tercegat di muka pintu dengan wajah tersenyum lebar. Arthur cepat-cepat melihat jarum jam. Tepat 8.30 pagi. Dia kemudian meminta diri untuk ke makmal kimia.

Pua letak tas tangannya di atas meja. Matanya menjeling Arthur yang tergesa-gesa keluar dari bilik itu. Dia duduk sambil membetulkan rambutnya dan kot putih makmal disarung ke tubuh.

"Pagi lagi Art datang sini? Ada apa?" soal Pua pada Adi yang sedang menatap kertas keputusan ujian.

"Biasalah. Datang borak-borak sebelum start kerja," jawab Adi malas.

Adi segera bangun dan beredar ke bilik analisa. Dia mengenakan sarung tangan dan mask sebelum memulakan kerja. Semalam banyak sampel ujian yang sampai. Hari ini dia perlu habiskan kesemua sampel itu.




PUA pandang patung hitam di atas meja. Dia kemudian mengeluarkan satu uncang dari tas tangan dan isi uncang itu dikeluarkan lalu disembur pada patung.

"Selagi ada air ni, kau tak boleh ganggu aku." Pua senyum.

Sejak Adi bekerja di makmal itu, diamula merasa terancam. Nampaknya cerita Adi yang nampak kelibat perempuan itu tidak boleh dipandang remeh. Dia harus lakukan sesuatu sebelum menyesal.

Ipo Publish time 22-11-2017 06:53 PM

ok...aku dah tk dak idea..
rasa macam ting tong dah ni{:fainto

hahaha..nak sambung mss penghuni la gini..{:decideo

NaylaArisha Publish time 23-11-2017 09:50 AM

erkk tajuk tukar lagi eh

Nicki_Meow Publish time 23-11-2017 10:34 AM

Ipo replied at 22-11-2017 06:53 PM
ok...aku dah tk dak idea..
rasa macam ting tong dah ni



Penghuni tu mss yang mana satu?

Bukak benang satu, Pa'an nak baca. ;P

Ipo Publish time 23-11-2017 02:41 PM

NaylaArisha replied at 23-11-2017 09:50 AM
erkk tajuk tukar lagi eh

:lol: Nay, memang tajuk asalnya Makmal
pastu, ai tukar jadi melankolia
konon2nya nak jadikan si Adi tu melankolik person la
tapi dah ke laut dalam gelombang ombak plak citer jadi huru hara
so, back to tajuk asal balik..Makmal

Ipo Publish time 23-11-2017 02:44 PM

Nicki_Meow replied at 23-11-2017 10:34 AM
Penghuni tu mss yang mana satu?

Bukak benang satu, Pa'an nak baca.

Penghuni tu mss seram aku lerr...tak tahu lagi nak bukak ke idok sebb genre seram
kt bod neh, genre cinta sajok yg disukai ramai
bukak karang, 'keseraman' berlaku pada benang tu nanti:lol:




Nicki_Meow Publish time 23-11-2017 08:38 PM

Ipo replied at 23-11-2017 02:44 PM
Penghuni tu mss seram aku lerr...tak tahu lagi nak bukak ke idok sebb genre seram
kt bod neh, ge ...

Hallah... bukak ajeler. At least, dpt menjana idea dan mengembangkan plot

kutaq Publish time 15-9-2018 10:59 AM

Tak ada sambungan dah ke? Atau dah dijadikan naskah cetak?

Ipo Publish time 15-9-2018 12:24 PM

kutaq replied at 15-9-2018 10:59 AM
Tak ada sambungan dah ke? Atau dah dijadikan naskah cetak?

belum jadi naskhah cetak.:)

cerita ni masih tergantung tang situ la...:lol:

terima kasih baca{:1_149:}

kutaq Publish time 15-9-2018 02:27 PM

Ipo replied at 15-9-2018 12:24 PM
belum jadi naskhah cetak.

cerita ni masih tergantung tang situ la...


Oh okay. I suka cerita misteri2 macam ni. Baru nak berjinak2 dalam bod ni.

Ipo Publish time 15-9-2018 10:37 PM

kutaq replied at 15-9-2018 02:27 PM
Oh okay. I suka cerita misteri2 macam ni. Baru nak berjinak2 dalam bod ni.

Oh ya ke? Welcome welcome. Banyak cerita menarik kat bod ni. :)

raihaneem Publish time 21-11-2018 04:30 PM

Ipo replied at 15-9-2018 10:37 PM
Oh ya ke? Welcome welcome. Banyak cerita menarik kat bod ni.

Waaaa ..ipo mana sambungannya...
Jgn la adi jahat....
Pages: 1 2 3 4 5 6 [7]
View full version: Novel: Makmal


ADVERTISEMENT