CARI-MAL Publish time 10-10-2016 06:35 PM

'Cik' Ti Bermaharajalela? Tiada Masalah Lagi Dengan 8 Petua Ini

Ia bukan lagi perkara asing bagi penduduk rumah yang mengalami masalah tikus bermaharajalela di rumah. Kepada anda yang mengalami masalah ini bolehlah mencuba petua-petua ini bagi menghalau 'penduduk haram' ini dari terus menghuni kediaman anda.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/10/182919hb4srsecdfcl4fu4.jpgSumber foto: Liputan 6





1. Lada hitam


Lada hitam amat mudah didapati di kedai runcit dan hampir semua rumah memiliki lada hitam bagi tujuan masakan. Taburkan sahaja lada hitam ini di laluannya dan tikus itu akan lari.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/10/183212h8231t5311ffj82w.jpgSumber foto: blog Chegu Zam



2. Perangkap tikus
Perangkap tikus (perangkap jaring atau gam) juga mudah didapati di kedai dan pasaraya. Letak perangkap berserta umpannya di laluan yang sering digunakan tikus itu.

3. Daun pandan


Daun pandan bukan sahaja harum, ia juga berguna bagi menghalau tikus kerana tikus tidak suka dengan keharuman daun pandan.


4. Jering
Hanya letakkan jering bersama tangkainya sehingga kering di dapur anda dan ia akan menghalau haiwan itu.


5. Kulit durian
Raja buah ini bukan sahaja enak dimakan, ia juga memiliki kulit yang tajam serta bau yang menusuk hidung. Letakkan sahaja kulit durian di laluan yang sering digunakannya.


6. Serai wangi
Serai wangi ini bukan sahaja mampu menghalau tikus, malah ia juga amat berkesan untuk menghalau haiwan perosak dan serangga lain.

7. Bela kucing
Seperti watak Tom dan Jerry, kucing adalah musuh ketat tikus. Namun ada juga kucing yang takutkan haiwan perosak itu. Nasib tuan rumah lah dapat kucing penakut.


8. Kapur barus atau racun tikus
Ini adalah antara kaedah yang amat berkesan bagimenghalau makhluk ini. Hanya perlu taburkan serbuk kapur yang telah dihancurkan secara kasar di lubuknya sahaja. Namun kaedah ini tidak digalakkan untuk diguna sekiranya ada anak kecil di rumah anda.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/10/183342xzl3el13ole9t4d4.pngSumber foto: tabloidrumah.com




Jika kesemua petua ini tidak berjaya juga, maka anda harus mencari modal lebih untuk mencari servis penghalau tikus profesional. 'Confirm' selesai masalah ini.

Aneem Publish time 10-10-2016 07:37 PM

Aku taknak tips halau cik t.
Aku nak idea halau cikmut.
Maigaddd.. dlm bekas air masak pun dia berenang...

dubuk Publish time 10-10-2016 07:50 PM

Aneem replied at 10-10-2016 07:37 PM
Aku taknak tips halau cik t.
Aku nak idea halau cikmut.
Maigaddd.. dlm bekas air masak pun dia ber ...

sembur dengan serai wangi

mziskandar Publish time 10-10-2016 08:11 PM

Aneem replied at 10-10-2016 07:37 PM
Aku taknak tips halau cik t.
Aku nak idea halau cikmut.
Maigaddd.. dlm bekas air masak pun dia ber ...

tabur ubat serbuk semut beli kat hardware (harga: rm1 sepeket)bleh tahan 1 bulan x de semut.

semut akan bawak ubat tu balik kesarang.
beberapa koloni semut akan mati.
within 1 bulan tu kena rajin bersihkan rumah/lantai (drpd sisa makanan, kulit mati, serangga2, bakteria, fungus, etc.), sbb x de semut nk buat keje.

mahalnya Publish time 10-10-2016 09:34 PM

Cemana plak nak halau cicak...benci cicak:mad::mad::mad:



Youngest_Aiyu Publish time 10-10-2016 10:00 PM

cik ti suke gigit pakaian . benci

~boolean Publish time 10-10-2016 10:17 PM

no. 7 jangan ditiru..memang tak berkesan...

kucing aku nampak tikus, kucing lari dulu:lol:
tikus pun dah sama besar dengan kucing aku..

rukia2 Publish time 10-10-2016 10:18 PM

comel plak cik ti kt atas:$:$

Aneem Publish time 10-10-2016 10:35 PM

mziskandar replied at 10-10-2016 08:11 PM
tabur ubat serbuk semut beli kat hardware (harga: rm1 sepeket)bleh tahan 1 bulan x de semut.

se ...

Tenkiuuuuu... esok jugak p hardware..

Aneem Publish time 10-10-2016 10:44 PM

mahalnya replied at 10-10-2016 09:34 PM
Cemana plak nak halau cicak...benci cicak

Aku bukan benci...tapi geli..
Meh nak kongsi cerita kejam..
Dedulu kan penah ada spray cicak mcm shelltox..
Aku beli satu sbb rumah sewa byk bnd ni..
Sekali tu dia jatuh bedepup atas lantai..
Aku pun spray..
Dia merangkak pelan2 kat aku mcm nk mintak tlg..
Sebijik mcm drama film..
Aku rs bersalah giler..
Sebab nak selamatkan dia dlm geli2 tu aku capai penyapu..
Sapukan ke dlm penyodok..
Buang dalam longkang depan rumah dgn harapan air longkang akan bersihkan racun2 spray tu..
Pagi esok nak g keja aku nampak dia..
Maigaddd mati lemas..
Sejak dr tu aku insaf..
Kalau nampak dia aku shoh2 kan aje..
Tak baik kot bunuh binatang.. halau je la..
try slowtalk dulu..
#insaf

olafhul Publish time 10-10-2016 10:48 PM

penah dgr org bg petua guna buah kulim utk halau cik ti.

missDollie Publish time 10-10-2016 11:15 PM

Bela kucing jer..ekonomi..:lol:

mirandanicky1 Publish time 10-10-2016 11:16 PM

Daun durian belanda pun okayboleh juga

munchkin Publish time 11-10-2016 02:14 AM

Aneem replied at 10-10-2016 10:44 PM
Aku bukan benci...tapi geli..
Meh nak kongsi cerita kejam..
Dedulu kan penah ada spray cicak mcm ...

Try slowtalk? ;P

Peaches113 Publish time 11-10-2016 02:26 AM

Orang kata jangan start bunuh tikus
Kang dia bawak geng berjemaah balas dendam :dizzy:
Bela kucing memang bkesan
Tapi kadang2 ada jer tikus datang berak kt dapur kalo kucing meols tido luar rumah

mziskandar Publish time 11-10-2016 03:10 AM

mahalnya replied at 10-10-2016 09:34 PM
Cemana plak nak halau cicak...benci cicak

beli ubat cicak kat hardware.
botol kecik mcm ubat mata. gel color ijau, bau mcm pandan.
harga dlm rm3.
letak beberapa titik kat port cicak. eg: dkt ngan lampu (cicak suka mkn serangga yg ada kat lampu)
lepas makan, ciak akan loya, pening2. pastu jatuh n mati.

mziskandar Publish time 11-10-2016 03:23 AM

kaedah yg paling berkesan utk halau tikus adalah menjaga kebersihan - tiada sisa makanan.
sekiranya x de sisa makanan tapi still ada tikus eg: dlm enjin kereta, sumber makanan tikus tersebut adalah lipas.
lipas suka carpet/sound proof/board pada bahagian enjin atau compartment kereta.
ubat semut yg aku suggest sebelum ini juga amat berkesan utk menghapuskan lipas.

tips lain utk halau tikus, letak berus sabut (harga rm2) pada port tikus2 tersebut (awal2 jer berkesan, lepas 2 bulan tikus akan dtg balik)

tikus akan terperanjat (melompat) bila bersuamuka ngan berus sabut.

utk kaedah penghapusan yg lebih kejam,gentel beberapa peanut butter ngan sodium bikarbonat (serbuk penaik) saiz kecik sket pada guli. distribute kat port tikus. bila masuk perut sodium bikarbonat akan mengeluarkan gas bila bercampur dgn cecair. tikus x de urat kentot. perut tikus akan pecah.

sueburn Publish time 11-10-2016 06:47 AM

I punya kucing ada 4 ekor, sume tak bleh harap, makan tido berak makan tido berak je kejanye.. klu nampak tikus lalu wat derk je

mahalnya Publish time 11-10-2016 06:55 AM

mziskandar replied at 11-10-2016 03:10 AM
beli ubat cicak kat hardware.
botol kecik mcm ubat mata. gel color ijau, bau mcm pandan.
harga d ...

Owh ada meh??? Syukurla..slama ni cr kat kedai racun nyamuk je bnyk....thank u thank u.. :)






mahalnya Publish time 11-10-2016 06:59 AM

Aneem replied at 10-10-2016 10:44 PM
Aku bukan benci...tapi geli..
Meh nak kongsi cerita kejam..
Dedulu kan penah ada spray cicak mcm ...

Aku benci n geli..

Tak pa kot bunuh cicak..hukumnya sunat
X






Pages: [1] 2
View full version: 'Cik' Ti Bermaharajalela? Tiada Masalah Lagi Dengan 8 Petua Ini


ADVERTISEMENT