Peminat Tertipu Dengan Fasha Sandha Di Facebook
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/10/123249hdlk398ddc8f8348.jpgKredit foto: IG Fasha Sandha
Akstres cantik Fasha Sanda telah mengeluarkan kenyataan rasmi di laman Instagram memohon para peminatnya untuk tidak tertipu dengan laman kelab peminat palsu di Facebook. Dia terkejut sebab bukan satu, tapi ada tujuh laman palsu yang menggunakan namanya.
Fasha bimbang berlaku kekeliruan atau salah faham di kalangan peminat dan merayu supaya individu yang bertanggungjawab menyamar sebagai dirinya untuk berhenti berbuat demikian.
"Lebih teruk jika perkara itu membuatkan peminat terpedaya dengan apa yang dimuat naik," katanya seperti yang dipetik dari Harian Metro Online.
Walau bagaimanapun Fasha sebenarnya tidak marah, dan berterima kasih sebab ramai yang peka untuk membezakan si penyamar dengan dirinya yang sebenar.
"Saya langsung tak marah sebaliknya menghargai pengorbanan masa yang diberikan mereka untuk mewujudkan akaun itu. Saya yakin akaun itu dibuat oleh peminat saya sendiri dan mungkin juga 'admin' kepada produk saya."
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/10/124102vy3jq8y28ygv5tq0.pngKredit Foto: IG Fasha Sandha
Buat masa sekarang, Fasha menegaskan tidak ada langsung akaun kelab peminat atau apa-apa akaun yang melibatkan namanya di Faceboook.
Dia cuma berkomunikasi dengan peminat melalui akaun Instagram @fashasandha dan Twitter @FashaSandha1.- CARI ok :sleepy: Sendunya @kakasotong:lol: Baiklah. Lawa kebaya fasha. :$ ok.
walaupun i tak penah like retis di facebook. cantik baju she baru ku tahu dia xde fb fanpage fynnkakiblock replied at 10-10-2016 01:29 PM
Sendunya @kakasotong
Forumers cari called her as fasha sendooo tp nape thread dia je yg tumbuh kat bod gosip ni:lol:
Psl fake fb page pn boleh jd headline berita masuk paper :'(
Over la citer fs habis seme masuk paper. Mane la org xsakit hati;P cantik Fasha pakai mcm ni.. sendunya thread kaka aku suka baju fasha
very tredisenel gitu...
Dulu antara fan page fb yg iols suka adalah fan page sheols lah. Sbb sheols rajin update aktiviti seharian sheols dulu2. Pegi clubbing letak gmbr dlm fb, sambut halloween pn masuk fb page. Pendek kata xde dia cover lifestyle dia dlu. Jujur jah tunjuk kt org walaupun sheols suka cakap propa n kaki menyindir ;P @kakasotong admin fake fb ke?
Hihihi. Jgn marahhh ;P aaa cantiknyaaaa baju
cantiknyaaa chuols @kakasotong bila dah kuruih dan tak sado ni
eh benang reputs cari yang kelas tersendiri ni nanti kena campak tak? ;P Dulu mati2 ingat page welovefadhasandha tu dia punya? Kemain siap letak watermark kt gambar..
Btw semalam sheols kemain kt yeke geletis dgn Ajak & Zizan.. Tp respect charity uma anak yatim yg dia buat tu.. Tajuk misleading menjemput orang bergaduh. Batu ronson sangat TT. de_ikea replied at 10-10-2016 02:03 PM
@kakasotong admin fake fb ke?
Hihihi. Jgn marahhh
Hahahaha kosser sgt iols nak gi bukak fb page pelbagai utk sheols. Cukupla meols membatak sheols kt forem ni jah:lol::lol::lol: trexxxxxi replied at 10-10-2016 02:06 PM
aaa cantiknyaaaa baju
cantiknyaaa chuols @kakasotong bila dah kuruih dan tak sado ni
Kehkehkehkeh biasa la noks rangka besar harusla kelihatan gagah perkasa lg sado;P
Thread ni dibukak reputz cari harus xkena humban. Selamat berada dalam bod gosip:P RatuDunia94 replied at 10-10-2016 02:19 PM
Dulu mati2 ingat page welovefadhasandha tu dia punya? Kemain siap letak watermark kt gambar..
Btw ...
itu memang dia punye kan..and fan page tu dah takde, dengan gambar2 tu skali lesap.
kalau tak dulu memang ade gambar2 personal dia dalam tu pun.
melinda_kerr replied at 10-10-2016 01:59 PM
cantik Fasha pakai mcm ni..
Sheols bakal ikon rumah kebaya rasanya. Sbb tu skrg gigih berkebaya berkebarung sana sini.
Butik baru rasanya rumah kebaya tu, xlaunch lg. Coming soon.