CARI-HBZ Publish time 7-10-2016 06:29 PM

5 Seluar Lelaki Yang menjadi Trending 2016



Lelaki zaman sekarang juga tidak mahu ketinggalan dalam mengikuti perkembangan fesyen semasa dan penjagaan penampilan diri.


Jika wanita mempunyai bermacam-macam fesyen hijab, baju dan kasut, lelaki juga ada perkembangan fesyen terbaharu yang mereka ikuti.


Jom kita lihat beberapa jenis seluar yang menjadi trend dikalangan lelaki pada 2016. Trend seluar lelaki 2016 ini dipetik dari mensive.com.



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/07/180739emzham07kthsuxky.jpgSumber foto - polyvore.com




1. Harem Pants
Mengikut kajian setempat seluar ini mula mendapat perhatian pada tahun 2013. Ketika itu ianya mula digayakan sebagai seluar wanita yang direka untuk kesenangan mereka dari lutut hingga atas bukulali. Kemudian selepas beberapa ketika seluar jenis ini digayakan pula oleh penyanyi terkenal PSY di dalam video klipnya berjudul “Gangnam Style”. Sehingga kini, seluar yang dipelopori penduduk berbangsa Turkish itu telah menjadi pilihan seluruh dunia.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/07/180859m365qoh55665063q.jpgSumber foto - klozetkl.com



2. Bob by Afdlin Shauki
Produk tempatan yang patut diberi penghargaan. Rekaannya juga seperti Harem Pants namun menggunakan kualiti kain pelikat sebagai sumber rekaan utama. Mudah digayakan dan senang kerana rekaannya yang menggembang ke bawah memudahkan si pemakai untuk berjalan. Cubalah!


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/07/180955h1gmz5dq2ah8pk1m.jpgSumber foto - groupon.com




3. Jogger pants               
Nama seperti seluar untuk jogging namun begitu dengan percambahan fesyen yang ada menjadikan seluar jenis jogger pants pilihan utama. Juga sesuai di gunakan untuk mereka yang bekerja dan mempraktikan kasualiti sebagai sandaran. Seluar jenis ini juga mudah di dapati di beberapa gedung pakaian ‘online’ di Malaysia. Ianya dipilih kerana kualiti seluarnya yang selesa serta si pemakai akan merasa lebih ringan kerana seluarnya yang longgar.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/07/181529r6asf2s3sav66jtf.jpg



4. Seluar Jeans
Tidak pernah di makan masa, seluar jeans merupakan pilihan terbaik buat lelaki di luar sana yang menginginkan kerancakan ketika keluar bersama rakan serta berhujung minggu. Seluar Jeans mudah di dapati serta didatangkan dengan pelbagai jenis jeans. Harganya juga mengikut kemampuan. Sememangnya seluar jenis ini merupakan benda wajib ada di dalam almari setiap orang.





http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/07/181404zp4k80r60m764k06.jpg



5. Seluar Khakis
Seluar seperti ini sangat selesa dipakai kerana tekstur kain yang lembut dan didatangkan dengan pelbagai warna. Sangat sesuai untuk lelaki berani berfesyen dan ingin kelihatan sentiasa menyerlah. - CARI

Mary_jane Publish time 7-10-2016 07:14 PM

Jogger pants tu menarik.

che_kembang Publish time 8-10-2016 06:21 PM

laki aku pn pakai jogger pants aje skrg..senang dan selesa katenyerr

turboturtle Publish time 26-10-2016 12:04 AM

Pkai seluar track & jeans je.
Pages: [1]
View full version: 5 Seluar Lelaki Yang menjadi Trending 2016


ADVERTISEMENT