CARI-HBZ Publish time 5-10-2016 03:41 PM

Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil Dan Pendek. No 4 Paling Best





Andai anda dilahirkan dengan tubuh yang kecil dan pendek, jangan sesekali merungut atau hilang keyakinan diri.


Setiap ciptaan pasti ada sebab dan kelebihan tersendiri. Sebenarnya, tubuh kecil atau pendek boleh memberikan banyak kelebihan dan kemudahan dalam hidup.


Usahlah pedulikan badan orang lain yang langsing dan tinggi lampai persis model kerana disebalik anugerah yang diterima, mereka tidak mempunyai kelebihan yang sama seperti yang dirasai oleh wanita bertubuh kecil dan pendek.


Nak tahu apa kelebihan bertubuh kecil dan pendek? Mari kita periksa, mungkin ada yang tak perasan.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/05/153759d0kzp0epii1lkoqc.jpg


1. Mudah Mengenakan kasut bertumit tinggi
Pakai kasut tumit tinggi? Tidak ada masalah. Anda boleh memakainya dengan mudah. Dan anda pasti setiap masa tampil lebih feminin dan anggun dengan kasut tumit tinggi. Kasut tumit tinggi boleh membuat diri kelihatan lebih seksi dan menarik.


2. Boleh cuba pelbagai jenis baju
Bertubuh kecil atau pendek, anda bebas memilih pelbagai jenis baju. Malah anda boleh tetap mencuba baju-baju lama walaupun sudah berusia 20-an. Pelbagai rekaan dan model baju terbaru yang kelihatan hebat dengan mudah anda boleh mengenakannya.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/05/153958cg9u58xqiglwokua.jpg



3. Kelihatan awet muda
Mungkin anda masih dikira masih remaja walaupun kini berusia 20-an. Tetapi itu menjadi tanda jika anda selalu kelihatan awet muda. Orang sering salah meneka usia anda. Mereka kerap mengira usia anda masih belasan tahun walaupun sebenarnya usia anda sudah hampir dewasa.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/05/153122zzlt40e6kj4l69ew.jpg



4- Mudah diangkat
Dengan tubuh yang kecil, pasti berat badan juga ringan. Jadi andai kata terjadinya perkara yang tidak diingini seperti sakit, pengsan atau terseliuh, mudah untuk orang yang nak menolong mengangkat/mendukung anda. Bagi lelaki yang mendapat teman wanita atau isteri yang kecil molek, sudah pasti sangat menguntungkan.


5. Mudah mengisi tempat
Naik kenderaan umum, anda boleh mendapatkan tempat duduk dengan mudah. Dengan tubuhmu yang kecil, anda lebih lebih menjimatkan ruang. Ini juga menguntungkan bagi orang-orang di sekeliling. Mereka boleh mendapat tempat yang lebih longgar dengan kehadiran anda.





Itulah antara 5 kelebihan menjadi wanita bertubuh kecil dan pendek. Kebanyakan lelaki juga lebih suka memilih wanita yang lebih rendah kerana tahap keyakinan diri seorang lelaki juga akan terasa lebih tinggi bila mendampingi wanita rendah. Betul tak? - CARI

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201610/05/154104hsrzah5zsdoiqw5t.jpgFoto - www.hipwee.com

sebu Publish time 5-10-2016 04:19 PM

:lol::lol:siap bgtau no.4 paling best:lol:

Emperor95 Publish time 5-10-2016 04:28 PM

Rasanya perempuan dengan kecil dan rendah ini biasa menjadi pilihan ramai lelaki.

Mary_jane Publish time 5-10-2016 04:30 PM

Yang penting harus slightly rendah dari pasangan.

kikuri Publish time 5-10-2016 04:38 PM

tapi kesian bila tak boleh nak ambik barang tinggi... lagi kesian bila laki aku buat rak tinggi dan besar utk letak oven n microwave...so aku terpaksa panjat kerusi untuk bukak suis :lol:

manehnya Publish time 5-10-2016 04:51 PM

mmm yaa

betul la tu.. tapi yg sedih anak darjah 2 dh sama tinggi ngan mak huhu

tagas Publish time 5-10-2016 05:47 PM

Like no.4 sbb senang nak main timang

cecah pangkal gitu :P

mystica Publish time 5-10-2016 07:09 PM

Perempuan petite ni comel

mbhcsf Publish time 5-10-2016 07:59 PM

kasut tumit tinggi ni
i have to say - macam manahampa pakaiye? tak sakit ke- tak rasa nak just get it removed ke as soon as you reach your desk?

i mean - kalau dalambanda yg kebanyakan org berjalan fast paced dan memang laju ...kasut tumit tingi isk isk isk ....so so...hmm....sakit lah

ahnafnia Publish time 5-10-2016 09:59 PM

dah tua pun org panggil budak sekolah lagi {:1_530:}




:lol:

mbhcsf Publish time 5-10-2016 10:08 PM

okay ade seorang yg saya kenali dan hmm kelakar jugak , hubby dia nice and smart guyand his wife badan kecik je, so bila pi shopping ke ape ke, ada je org kata ni 'anak 'ke? sambil merujuk kepada wife dia

hehehe sweet ....my add maths teacher tu

retnoel Publish time 5-10-2016 10:34 PM

Akak setuju je...;P

Inezkhalidi Publish time 6-10-2016 01:12 AM

Teringat seorang kawan sekerja Ibu yang selalu naik bas dapat harga bebudak walhal dia naik dengan anak dia. ;P Comel jer orangnya...

kumi9609 Publish time 6-10-2016 01:26 PM

:lol: hahaha nice...

intriQue Publish time 6-10-2016 01:43 PM

Takpelah tak pendek pun ;P

-electrifying- Publish time 6-10-2016 02:08 PM

ya betul tu, mudah diangkat, lebih2 lg bila nk bercumbu, xnk dia jongket2 :$

sharlenetexas Publish time 6-10-2016 03:08 PM

sheila majid, nora danish, atilia

azie5zoe Publish time 7-10-2016 10:27 AM

tapi jadi org saiz mcm ni jd bahan jugak..mcm baru2 ni jabatan hakak ada buat family day...memasing suruh hakak masuk barisan untuk games anak2 staff...:'(

che_kembang Publish time 8-10-2016 06:17 PM

no 3 la kot slalu kena..padehal aku lg tua dr dieorg yg gelar diri sendiri akak2 tu..

Dendny Publish time 9-10-2016 09:44 PM

Pages: [1] 2
View full version: Kelebihan Wanita Bertubuh Kecil Dan Pendek. No 4 Paling Best


ADVERTISEMENT