MH3703 Publish time 28-9-2016 02:51 PM

All I Do's Grey's Anatomy

tahniah yuna...penyanyi gred A kami terus menerus tempah nama di US, kali di dalam siri Grey's Anatomy pulak...indon ada?? takde kan...:lol:

Lagu Yuna dipilih lagu latar dalam episod pembukaan Grey's Anatomy

http://img.astroawani.com/2016-09/71475030653_Yuna.jpgLagu-lagu dendangan Yuna terus mendapat perhatian. - Foto Aimanness Harun / Courtesy Yuna


KEHADIRAN penyanyi Yuna dalam arena muzik antarabangsa terus mendapat perhatian.

Kali ini, salah satu lagu dalam album terbaharunya, Chapters, iaitu All I Do, terpilih untuk dimainkan dalam episod pertama musim ke 13 siri Grey's Anatomy.

Episod itu ditayangkan pada 22 September lalu di saluran ABC di Amerika Syarikat.

Lagu dari track terakhir album antarabangsa ketiganya itu dimainkan dalam satu babak di mana watak utama siri itu, Dr. Meredith Grey, membuat pengakuan tentang siapa sebenarnya yang memukul Andrew DeLuca salah satu watak dalam siri itu.

All I Do merupakan antara lagu balada dalam Chapters, dan ia adalah hasil kerjasama antara Yuna dan komposer yang pernah memenangi Anugerah Grammy, David Foster.

Grey's Anatomy, antara siri paling popular dan berjaya di seluruh dunia, seringkali berjaya mempopularkan lagu-lagu yang kurang mendapat perhatian.
Lagu Chasing Pavement nyanyian Adele, antara lagu yang mula popular selepas dimainkan dalam siri itu, beberapa tahun lepas.

manis3005 Publish time 28-9-2016 02:53 PM

wow...hebat

MH3703 Publish time 28-9-2016 02:54 PM

manis3005 replied at 28-9-2016 06:53 AM
wow...hebat

memang hebat!

harap takdak forumners indon kat sini yg claim yuna depa punya :I

GincuPurple Publish time 28-9-2016 02:55 PM

Congratulation, Yuna. Bravo!

Lepas-lepas ni, jgn la cepat sgt sentap/melompat. Cool je, OK.

MH3703 Publish time 28-9-2016 02:56 PM

GincuPurple replied at 28-9-2016 06:55 AM
Congratulation, Yuna. Bravo!

Lepas-lepas ni, jgn la cepat sgt sentap/melompat. Cool je, OK.

harap2 mcm tu lah...jaga class sikit..kome tu international...bukan mcm penyanyi2 GV gred C kebawah tu :lol:

Glass_shoes Publish time 28-9-2016 02:59 PM

Kalo nk indon meroyan kena kt ci..kt sini indon hanat x masuk:lol:

lazim Publish time 28-9-2016 02:59 PM

aku dh tgk episod 1 greys anatomy s13 ni "undo" tapi xtau ade lagu yuna. baca ni bru tau.. pc xde sound:'(

MH3703 Publish time 28-9-2016 03:02 PM

lazim replied at 28-9-2016 06:59 AM
aku dh tgk episod 1 greys anatomy s13 ni "undo" tapi xtau ade lagu yuna. baca ni bru tau.. pc xde so ...

maybe hang ada dengar, tp kot hangpa ingat lagu tu bukan lagu yuna kot masa tu:lol:

MH3703 Publish time 28-9-2016 03:03 PM

all i do...
v0FuniTCcEc

manehnya Publish time 28-9-2016 03:12 PM

wah best nya season 13 dh ada, bila nk tyang kt mesia

InVendeTTa Publish time 28-9-2016 03:15 PM

sebagai kipas susah mati grey's anatomy,mmg a success kalo band2 or penyanyi unknown dpt featured dlm siri ni.lg2 kalo series premiere or series finale.congratz! and first time aku kenal adele pon mmggrey's anatomy..time tu malaysia pon x pernah play lagu adele dlm radio.her 2nd album bru masuk radio malaysia.

MH3703 Publish time 28-9-2016 03:16 PM

manehnya replied at 28-9-2016 07:12 AM
wah best nya season 13 dh ada, bila nk tyang kt mesia

torrent kan ada...S13E01 gituh... opsss!:lol:

manehnya Publish time 28-9-2016 03:18 PM

MH3703 replied at 28-9-2016 03:16 PM
torrent kan ada...S13E01 gituh... opsss!

hahah gituhh!

tq

MH3703 Publish time 28-9-2016 03:20 PM

manehnya replied at 28-9-2016 07:18 AM
hahah gituhh!

tq

selamat menonton...:lol:

KucingBiru Publish time 28-9-2016 03:26 PM

Lagu Ning Baizura pun penah jadi lagu latarGA awal2 time GA famous dulu kan.....?

cicicumel Publish time 28-9-2016 03:33 PM

Lagu ni best .dia punya vibe pon ala2 lagu Adele. Tp lirik dia cam x puitis sgt.

lazim Publish time 28-9-2016 03:42 PM

MH3703 replied at 28-9-2016 03:02 PM
maybe hang ada dengar, tp kot hangpa ingat lagu tu bukan lagu yuna kot masa tu

xde sbb pc opis xde bunyi. aku dok baca subtitle je. xdgr lagu ke hape waima sore pelakon:lol:

lazim Publish time 28-9-2016 03:44 PM

manehnya replied at 28-9-2016 03:12 PM
wah best nya season 13 dh ada, bila nk tyang kt mesia

pegi tgk kat 123 movie. 22hb hr tu ade dh s13 ep1

selyusi Publish time 28-9-2016 03:45 PM

MH3703 replied at 28-9-2016 03:03 PM
all i do...

haha aku set speed 1.25 baru sedap sket dengar

lazim Publish time 28-9-2016 03:46 PM

InVendeTTa replied at 28-9-2016 03:15 PM
sebagai kipas susah mati grey's anatomy,mmg a success kalo band2 or penyanyi unknown dpt featured dl ...

kesian tgk ellen pompeo (meredith) dh retak2 ribu mukanya:lol:
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: All I Do's Grey's Anatomy


ADVERTISEMENT