CARI-HBZ Publish time 23-9-2016 06:12 PM

Nak Rancang Keluarga Pakai Kondom Tapi Tetap Mengandung, Mengapa?

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/23/181106ec0f0sbk8lfk1f92.jpg




Kebiasaannya, setiap pasangan suami isteri pasti mengamalkan pelbagai cara dalam merancang keluarga (cegah kehamilan) selepas mendapat anak pertama.


Antara kaedah perancang keluarga yang biasa digunakan adalah Implant, IUCD (Intra Uterine Contraceptive), Pil hormon (pil-pil perancang, melalui suntikan dan penanaman di lengan), kaedah semulajadi, penggunaan kondom dan macam-macam lagi teknik. Disamping memakan pil perancang, kebanyakkan suami isteri ramai gemar menggunakan kondom kerana kaedah memakan pil berterusan dikatakan dapat menaikkan berat badan si isteri. (ntah betul ke tidak)


Namun apa yang membingungkan sesetengah pasangan suami isteri, ramai yang mendakwa isteri masih mengandung walaupun sering menggunakan kondom saat melakukan hubungan intim. Mengapa terjadi seperti itu, adakah salah kondom atau cara penggunaan yang tidak betul? Mari kita periksa antara kemungkinan besar kesalahan yang dilakukan ketika menggunakan kondom.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/23/180706kugnutqgggg63mgh.gifKredit foto - mamanadia.com





1. Pakai kondom selepas melakukan seks
Kajian menunjukkan bahawa antara 17 hingga 51,1 peratus lelaki, baru memakai getah kondom selepas melakukan hubungan seks. Hal ini tentu akan mengurangkan keberkesanan fungsi kondom terutama dalam mencegah penularan penyakit seksual.


2. Melucutkan kondom ketika masih melakukan seks
Hasil kajian, antara 13,6 hingga 44,7 peratus daripada sukarelawan yang terlibat dalam peneltian mengaku melucutkan kondom sebelum selesai melakukan hubungan intim.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/23/181640lg8989x39yqdjj57.jpg



3. Membuka sepenuhnya gulungan kondom sebelum digunakan
Fakta kajian menunjukkan, ada sekitar 2,1 - 25,3 peratus peserta kajian yang mengaku sudah terlebih dahulu membuka gulungan kondom sepenuhnya sebelum melakukan hubungan seks.


4. Tidak letak ruang di hujung kondom
Laporan menunjukkan, sekitar 24,3-45,7 peratus lelaki lupa untuk meletakkan ruang di hujung kondom sebagai tempat untuk cecair sperma.


5. Tidak mengeluarkan udara dari dalam kondom
Hasil kajian juga mendapati bahawa sebanyak 48,1 peratus perempuan dan 41,6 peratus lelaki tidak menekan atau mengeluarkan udara yang ada di dalam hujung kondom sebelum digunakan.


6. Kondom terbalik
Antara 4 dan 30,4 peratus daripada peserta kajian dilaporkan salah dalam mengenakan kondom, tetapi kemudian mereka menebalikanya lagi dan tetap meneruskan pemakaian kondom tersebut.


7. Gagal membuka gulungan kondom dengan sempurna
Ketika penyelidik mengesan lagi hubungan seks terkini yang dilakukan peserta kajian, diketahui ada sekitar 11,2 peratus perempuan dan 8.8 peratus lelaki mula melakukan hubungan seksual sebelum gulungan kondom terpakai sempurna.


8. Terkena benda tajam
Diketahui ada sekitar 2,1 sampai 11,2 peratus lelaki telah membuka bungkus kondom menggunakan benda tajam. Permasalahannya adalah apabila benda yang anda gunakan cukup tajam untuk mengoyak bungkusan kondom, maka ada kemungkinan kondom akan ikut terkoyak.


9. Tidak peka melihat kerosakan kondom
Apabila membuka kondom dari bungkusan, 82,7 peratus perempuan dan 74.5 peratus lelaki melaporkan bahawa mereka gagal untuk memeriksa kerosakan kondom sebelum digunakan. Apa yang perlu dilakukan? Pastikan bungkus kondom tidak dalam keadaan terkoyak dan lihat tarikh luput.


10 Tidak menggunakan pelincir
Antara 16 peratus dan 25,8 peratus orang melaporkan telah menggunakan kondom tanpa pelincir. Mengapa ini boleh menjadi masalah? Kerana, jika anda melakikan seks untuk jangka masa yang lama, kondom tersebut lebih mudah untuk koyak jika tidak memakai pelincir.


11. Komplikasi pelincir
Sekitar 3,2 peratus wanita dan 4.7 peratus lelaki dilaporkan menggunakan pelincir berasaskan minyak dengan kondom lateks. Pelincir dengan bahan dasar tersebut justeru akan melemahkan lateks, yang dapat membuat kondom terdedah kepada kerosakan.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/23/181156wiz4a6e44esyyyec.jpg


12. Salah menarik kondom
Hampir 31 peratus lelaki dan 27 peratus wanita melaporkan bahawa pasca melakukan hubungan seks, mereka gagal untuk menarik kondom selepas ejakulasi.


13. Menggunakan kondom secara berulang
Penyelidikan mencari, antara 1,4 hingga 3,3 peratus orang menggunakan kondom yang telah di guna pakai. Kondom yang sama digunakan sekurang-kurangnya dua kali selama melakukan hubungan seksual.


14. Salah simpanan
Penemuan menunjukkan, antara 3,3 hingga 19,1 peratus peserta yang terlibat dalam kajian menyimpan kondom di tempat yang tidak sesuai sebagaimana yang tertera pada bungkusan. Elakkan untuk menyimpan kondom di dompet dan jangan simpan di tempat yang terkena sinar matahari.




Semoga ilmu yang dikongsikan diatas dapat dimanfaatkan dengan betul buat pasangan yang ingin merancang keluarga. Pastikan anda menggunakan kondom dengan cara yang betul. - CARI


mattzzx Publish time 24-9-2016 02:06 PM

baik tak payah pakai kondom kalau macam gitu...

Psycholily Publish time 24-9-2016 09:10 PM

no 1 tu plg kelakar ;P;P Membazir duit je beli condom.

-electrifying- Publish time 26-9-2016 05:19 PM

no 1 tu apahal? ;P

jambz Publish time 26-9-2016 09:51 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i67.tinypic.com/t03hmw.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:

copy_paste Publish time 26-9-2016 11:55 PM

tembak luar ajelah..... pakai x best sgt x mencabar

ISTRIMITHALI Publish time 27-9-2016 10:16 AM

eh. saya x paste ke komen sy. huhuu

Kongumuki Publish time 30-9-2016 08:02 PM

Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i67.tinypic.com/t03hmw.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:
Pages: [1]
View full version: Nak Rancang Keluarga Pakai Kondom Tapi Tetap Mengandung, Mengapa?


ADVERTISEMENT