CARI-MAMS Publish time 21-9-2016 04:21 PM

Kesalahan Ketika Memakai Kemeja Denim, Jangan Malukan Diri Bro!

oleh Adib Za

Denim sememangnya menjadi pilihan buat mereka yang gemar bergaya tidak kiralah lelaki atau wanita.


Ia menampilkan imej dan pesona yang lebih kasual dan juga santai. Jauh dari imej formal yang meletihkan. Tak perlu 'control' macho atau pun terlalu formal, itulah kelebihan denim.


Kini kemeja denim kembali menjadi pilihan para lelaki kerana bukan sahaja tampak bergaya malah teksturnya juga tidak kasar dan sangat menyelesakan.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/21/161617aikxgbf8pfx8zbq5.jpg





Salah satu kelebihan kemeja denim ia boleh disuai padan, mix and match dengan pelbagai jenis fesyen, seluar mahu pun kasut.


Anda boleh memadankan kemeja denim dengan seluar jeans, seluar chino, panjang dan pendek.


Namun, yang menjadi kesalahan ialah memakai kemeja denim yang senada warnanya dengan seluar. Ini membuatkan penampilan anda tampak tak menyerlah, agak pelik dan juga tak menarik.


Untuk mengatasi hal ini, sentiasa mix and match kemeja denim dengan seluar berwarna cream atau jeans berwarna hitam. Barulah penampilan tampak lebih bergaya dan kacak! Keyakinan pun makin meningkat bila berhadapan dengan orang.- CARI



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/21/161841cvwqw47sdee7ddwu.jpgFoto: Carian google


che_kembang Publish time 22-9-2016 11:15 PM

hmmm hmmmm

rainbowrainz Publish time 17-12-2017 11:08 PM

Merecik btl beckham ni :sweat3:
Pages: [1]
View full version: Kesalahan Ketika Memakai Kemeja Denim, Jangan Malukan Diri Bro!


ADVERTISEMENT