Z28 Publish time 21-9-2016 01:09 AM

Tukar Nombor Pendaftaran



Tumpang bertanya,

Saya ada beberapa kenderaan yg menggunakan nombor pendaftaran dari Wilayah Persekutuan KL, Selangor, Perak, & Johor.

Bolehkah saya membuat penukaran nombor pendaftaran diantara kenderaan2 ini ?.

Mohon bantuan, sekiranya ada forumer yang pernah berbuat demikian.

Terima kasih.   :$

zulka Publish time 21-9-2016 08:51 AM


1. Pastikan ada Geran yg Original. Kete yg masih dalam loan pun boleh buat penukaran no. ni cuma perlu ada Geran Original je. Utk interchange no. anda xperlu buat surat utk mintak kebenaran bank. :)

2. Buat Pemeriksaan PUSPAKOM -B2. Bawak Geran Original tu sekali. Kadar bayaran RM25. Siap dlm 30minit dan SAH utk sebulan saja. Utk inpection PUSPAKOM anda perlu buat temujanji terlebih dahulu

3. Syarat untuk interchange no ni kena beli kenderaan baru. Ikut la korang nak beli kete kebal ke superbike ke jet pejuang ke kapal tangki ke janji baru je. Jika korang tidak mahu beli kenderaan baru sbb xmampu ke apa ke, korang boleh pergi ke mana2 kedai motor utk sewa dokumen kenderaan tanpa perlu beli kenderaan yg baru. Biasanya charge utk sewa dokumen yg dikenakan dlm rm1000 :((. Harga tu rata2 kedai yg aku tanya area KL/Selangor ni. Yg paling murah aku jumpa rm700. Dgn sistem e-daftar JPJ, dokumen akan disiapkan dlm tempoh 2jam saja. No. Pendaftaran lama pada kete korang tu nnt akan di letakan pd dokumen kenderaan yg BARU dan No. Pendaftaran BARU tu akan diletakan pd Geran kenderaan lama korang tu. Jika korang xda masa nak gi JPJ, biasanya kedai charge upah runner rm150. Jika anda beli kenderaan baru sila abaikan step ini dan lompat ke step no. 4 je.. :D

4. Di JPJ nnt korang perlu isi 1set borang lagi utk proses penukaran no plet ni. Borang JPJ K1A (http://www.jpj.gov.my/c/document_library/get_file?uuid=d5b3b43f-a17e-4994-a04d-e2c2f57a214f). Kena isi dlm 2copy jgk la. Xsusah pun. Pastu korang bwk je borang tu bersama dokumen ke kaunter utk diproses. Bayaran yg dikenakan rm210. Korang akan dpt 2 geran baru. 1 geran kete korang dgn no baru & 1 lg geran motor BARU tu dgn plet lama korang bersama roadtax baru korang la.

Jumlah Kos Penukaran No Plet Lama ke No Plet BARU tanpa beli kenderaan BARU.

TEST PUSPAKOM : rm25
SEWA DOKUMEN KENDERAAN : rm700
No Plet BARU : rm210
BAYARAN JPJ : rm210.

JUMLAH : rm1145


info dari group sebelah....

Z28 Publish time 21-9-2016 12:20 PM


Terima kasih MOD,


Nanti saya cuba risik2 dan cari kedai motor yg boleh buat kerja2 ini.

Terima kasih diatas info diatas.         {:1_132:}      {:1_149:}   

zarul427 Publish time 24-10-2016 01:11 AM

Slm
Nk ask kenderaan lama nk cek puspakom if tnted mcm mana?

zarul427 Publish time 24-10-2016 01:11 AM

Slm
Nk ask kenderaan lama nk cek puspakom if tnted mcm mana?

zarul427 Publish time 24-10-2016 01:11 AM

Slm
Nk ask kenderaan lama nk cek puspakom if tnted mcm mana?
Pages: [1]
View full version: Tukar Nombor Pendaftaran


ADVERTISEMENT