kak_chikk Publish time 17-9-2016 01:09 AM

SAMARINDA: PATAHNYA SEBELAH SAYAP [UMMI NAZEERA, AERIL ZAFREL, IZZUE ISLAM]

Edited by hijau88 at 9-10-2016 11:03 AM

Citer nie akan menggantikan Hajah Heathrow Kembali

EPISOD : 15 episod
TARIKH TAYANGAN : 20 September 2016
HARI / MASA : Isnin-Rabu / 10.00 malam
SIARAN : Slot Samarinda TV3
SKRIP : Mia Marziah
PENGARAH : Ayie Mustafa
TERBITAN : Creative Skill Solution Sdn Bhd
PELAKON : Ummi Nazeera, Aeril Zafrel, Izzue Islam, Wawa Zainal, Putra Amaris, Syainie Shuhaimi, Zainab Othman, Normah Damansuri, Neera Azizi, Muhamad Faiz, Wan Nor Azlin, Azhar Amir, Mili, Arash Mohd, Faiz Hak, Zainab Othman


WATAK PELAKON
Ummi Nazeera sebagai Alisha
Aeril Zafrel sebagai Kuzairi
Izzue Islam sebagai Amzar
Wawa Zainal sebagai Tania
Syainie Shuhaimi sebagai Lin
Putra Amaris sebagai Rizal
Zainab Othman sebagai Halimah
Normah Damansuri sebagai Salbiah
Neera Azizi sebagai Mira
Muhamad Faiz sebagai Mirul
Mili Sebagai Habibah

Ost:
Hancur Aku - Estranged ft Fazura

Sinopsis:

Mengisahkan Alisha (Ummi Nazeera), seorang gadis kampung yang telah diberikan ujian percintaan yang berat daripada kekasihnya, Amzar (Izzue Islam). Pada awalnya hubungan mereka amat baik dan harmoni kerana Alisha banyak membantu keluarga Amzar ketika Amzar sedang mencari peluang pekerjaan sebagai seorang peguam. Namun, segalanya berubah apabila Amzar lulus temuduga dan diterima untuk bekerja sebagai seorang peguam di sebuah firma guaman.

Alisha dan Amzar amat teruja apabila impian Amzar untuk menjadi peguam tercapai. Alisha membelikan Amzar pelbagai jenis kemeja agar Amzar selesa bekerja. Atas keterujaan itu, Amzar berjaya membicarakan kesnya yang pertama. Mereka berdua meraikan kejayaan Amzar di kedai makan kegemaran mereka. Amzar juga melamar Alisha dan Alisha menerima lamaran Amzar tanpa syarat dek terlalu gembira.

Selesai mereka menjamu selera, hujan pula turun dengan selebat-lebatnya. Mereka terus gegas ke kereta Alisha dan beransur pulang. Namun, kerana terlalu asyik bergurau, Amzar terlanggar sesuatu ketika mengelak kereta dari arah bertentangan. Dalam keadaan hujan yang lebat Amzar dan Alisha tidak pasti apa yang telah dilanggar mereka. Setelah Amzar turun melihat apa yang dilanggarnya, Amzar kembali masuk memandu dan memberi alasan pada Alisha bahawa mereka hanya terlanggar tong besar dan enggan memberitahu hal sebenar.

Suatu hari, terpampang di dada akhbar mengenai sebuah kes langgar lari dan Alisha yakin bahawa kes itu mempunyai kaitan dengan kejadian malam bersama Amzar. Trauma Alisha makin bertambah apabila sekumpulan anggota polis datang ke rumahnya dan menahannya. Menurut mereka, Alisha adalah suspek utama kes langgar lari yang disiarkan di media massa. Alisha akhirnya dijatuhkan hukuman penjara dua tahun di atas “kesalahannya” itu apabila Amzar yang pada mulanya berjanji akan membela Alisha menyepikan diri dan membiarkan Alisha menanggung akibatnya sendirian. Selepas dua tahun, Alisha dibebaskan dan menjadi tukang cuci di pejabat Kuzairi (Aeril Zafrel), suami kepada mangsa langgar lari Amzar.

Bagaimanakah hubungan Alisha, Kuzairi dan Amzar? Adakah masa depan buat gadis yang bergelar bekas banduan itu?

Credit: http://www.myinfotaip.com/2016/04/patahnya-sebelah-sayap.html

Bila iolss tgk promo jalan citer nie mcm familiar...bila baca sinopsis mmg betul pun.
Mmg tiru citer korea secret love...iolss dahla minat ji sung   :$

kak_chikk Publish time 17-9-2016 02:11 AM



5dJKLBXDWhQ

bdhia Publish time 17-9-2016 03:58 PM

Tgk iklan mcm menarik..

rukia2 Publish time 17-9-2016 08:33 PM

hmm..cmbest..tp nk tgok secret love lah dolu:$

adindasm Publish time 17-9-2016 08:49 PM

Gabungan sekali lagi aeril dan ummi
Tak saba nk tgok
Cam best
:$

matchstick Publish time 17-9-2016 09:29 PM

sebijik citer secret love. aku dh 2 kali tgk citer tu;P

ahnafnia Publish time 17-9-2016 10:14 PM

ummi nazeera {:mllove:} aeril zafrel {:3_85:}

wajib tengok {:mlpomelo:}




nak kena tgk secret love dulu la ni {:mlnobody:}{:mlblossom:}

Missfadh Publish time 18-9-2016 08:20 AM

Cerita waktu mlm ni susahnya nak tgk. Tgk iklan mcm best je.

qis13 Publish time 18-9-2016 10:45 AM

Patutla baca sipnosis macam familiar je jln cite;P;P..

chinta89 Publish time 18-9-2016 12:49 PM

knpa xde cter yg fresh> sikit2 nk tiru cter luar..

sayangku kapten mukhriz versi kedua di layar tv.. hmmm... cilok jgn x cilok.

eija2013 Publish time 19-9-2016 11:34 AM

matchstick replied at 17-9-2016 09:29 PM
sebijik citer secret love. aku dh 2 kali tgk citer tu

ai nak p cari citer korea ni dulu...memang sejibik ke? ke ade olah sana sini?

matchstick Publish time 19-9-2016 11:51 AM

eija2013 replied at 19-9-2016 11:34 AM
ai nak p cari citer korea ni dulu...memang sejibik ke? ke ade olah sana sini?

Kalu ikut sinopsis yg dibagi tu sebijik lah..cuma yg mati kena langgar tu gepren (tgh pregnant) hero korean version. Yg ni tukar jd wife kpd hero. Tu je beza dia. Yg korean version watak lawyer tu jahat bukan setakat x pedulik, dia sdiri yg dakwa heroin tu. Pdhal dia yg langgar. Lg 1, watak heroin tu ada lahirkn anak masa dlm penjara. Anak luar nikah dgn lawyer tu.Baik pi tgk yg korea ajelah. Plot lg detail

cikara Publish time 20-9-2016 11:06 PM

Nak follow lah cerita ni.
Setelah sekian lama boikot drama melayu berangan :shutup:

Alizawati82 Publish time 20-9-2016 11:06 PM

part bila langgar tong tu terus teringat cerita secret...hahaha

hijau88 Publish time 20-9-2016 11:17 PM

Asben n wife blakon sama leh la bersentuhan. Memandangkn aeril xnak blakon bsentuhan kan. Izzue pun sama.

Sbb korg ckp sinopsis mcm cerita secret aku dah dload drama tu. Bru epi 1-10 dload tp lum tgk lgi la.

hijau88 Publish time 20-9-2016 11:17 PM

Cara ummi nazeera berlakon mest ala2 manja2 gtu.

RatuDunia94 Publish time 20-9-2016 11:48 PM

Aeril Zafrel & Izzue Islam.. Combo yg xkan iols lepaskan...:$

kak_chikk Publish time 20-9-2016 11:57 PM

matchstick replied at 19-9-2016 11:51 AM
Kalu ikut sinopsis yg dibagi tu sebijik lah..cuma yg mati kena langgar tu gepren (tgh pregnant) he ...

Iolss dah tgk 1st episode td....byk jgk diorng ubah...dlm citer nie heroin dia ada mak ngan adik...pastu bukak kedai makan...citer secret heroin ade ayah yg bukak kedai bakery...huhuhu

eddlisa_uyuk Publish time 21-9-2016 08:14 AM

best gak epi 1.....laju.....sweet tgk wawa & aeril....berlakon suami isteri senang je leh pegang2 pun

zasssssss Publish time 21-9-2016 10:56 AM

mlm td kan episod first....tgk gitu2 je psl mata tak boleh nak bukak dah.......tp mcm best jer.....
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: SAMARINDA: PATAHNYA SEBELAH SAYAP [UMMI NAZEERA, AERIL ZAFREL, IZZUE ISLAM]


ADVERTISEMENT