CARI-HBZ Publish time 7-9-2016 07:32 PM

3 Jenis Individu Yang Berpotensi Merosakkan Rumah Tangga

Oleh : Dean BZ

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/07/193202p0uz6ggv0sagstqk.jpg



Pasti seringkali anda mendengar kisah rumah tangga yang porak peranda dikalangan rakan-rakan mahupun selebriti pujaan.


Ada yang sudah bertahun-tahun hidup bahagia bersama pasangan tetapi tiba-tiba sahaja berpisah. Ia pasti berita yang sangat mengejutkan anda bukan?


Kebiasaannya kehadiran orang ketiga (kekasih gelap) adalah punca utama terjadinya perpisahan. Namun, ada lagi punca lain yang perlu kita ketahui yang mana mungkin juga menjadi punca kepada runtuhnya sebuah rumah tangga.


Mentua
Kalau dah mentua memang tak suka atau tak merestui perkahwinan, pasti ia sesuatu yang sukar. Lebih teruk jika mentua mempengaruhi pasangan (anaknya) untuk meninggalkan anda.


Sahabat Berlainan Jantina
Tidak salah berkawan, tetapi andai hubungan dengan rakan wanita/lelaki lebih akrab dari hubungan anda dengan suami/isteri, AWAS! Ini memang tempah masalah di kemudian hari.


Pengaruh Rakan
Kawan ada banyak jenis, ada yang baik dan ada yang FAKE. Yang jenis fake akan pura-pura berlaku baik dengan kita tapi sebaliknya tak sabar menunggu hidup kita hancur. Jadi, kalau dapat kawan suka menghasut atau suruh curang dengan isteri/suami anda, segera tinggalkan kawan seperti ini.



Percayalah, bukan kerana curang semata-mata, ketiga-tiga jenis orang yang dinyatakan diatas juga boleh menjadi punca besar dalam pergaduhan rumah tangga samada secara sedar atau tidak. - CARI

Mannakautauu Publish time 7-9-2016 07:51 PM

Singlemum.........

{:1_506:}

{:1_563:}

Daunsena Publish time 7-9-2016 09:35 PM

ada pesakit mental terlepas.

Deidra Publish time 7-9-2016 09:39 PM

Tambah satu lagi....


BIPOLAR.

Ni pun boleh termasuk kategori makhluk perosak rumahtangga jugak.{:1_556:}

dakewa Publish time 8-9-2016 02:49 AM

Pokok pangkalnya hati.
Kalau hati itu kuat menyayangi pasangan dan rumahtangganya dan saling percaya dan jujur.
Segala macam makhluk perusakk yg dtg mengganggu pasti mampu dibentess dgn jayanya.:huffy:

sarahmirza Publish time 8-9-2016 09:03 AM

Salah artikel ini.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhi huhungan suami isteri,
kecuali suami isteri itu sendiri.
Biar mertua perangai buruk sekalipun,
Biar ramai kawan sama/lain jantina,
Biar bagaimana ada penghasut/penyebar fitnah,
Jika suami isteri itu kenal diri mereka sendiri,
Tak berlaku apapun rumahtangga mereka.

manehnya Publish time 8-9-2016 09:07 AM

tambah lg 1

hobi

Mopiko Publish time 8-9-2016 11:14 AM

teringat cerita ibu mertuaku.... ala kasim maafkan mak kasim

cikputih15 Publish time 8-9-2016 02:24 PM

selain 3 individu tersenarai...faktor lain. bad habits pasangan.

fleurdelis Publish time 8-9-2016 06:01 PM

sarahmirza replied at 8-9-2016 09:03 AM
Salah artikel ini.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhi huhungan suami isteri,
kecuali suami isteri ...

I setuju sangat. Hubungan dengan pasangan masing2 kena kuat. Hati masing2 kena kuat. Kalau tak kuat, memang pengaruh luar lagi kuat

Azel Publish time 8-9-2016 07:10 PM

Tajuk kata 3 Jenis Individu erk
1) Suami
2) Isteri
3) Keluarga

mirandanicky1 Publish time 8-9-2016 10:23 PM

Betul tu mak mertua hmmm lps kita kawin ngan ank dia..dia jeles pulak

cikpuanviolet Publish time 9-9-2016 08:51 AM

Takde kaitan dgn org lain. Terpulang pada psgn jugak

miemiecha Publish time 9-9-2016 09:18 AM

pernah dgr, dalam sebuah keluarga itu yg poblem biasa d dengar mertua perempuan vs menantu perempuan

-electrifying- Publish time 9-9-2016 10:14 AM

Ya betul tu.

alinone78 Publish time 9-9-2016 01:08 PM

individu yang terlampau dengan media sosial pun boleh meneyebabkan rumahtangga kucar kacir

hareeeesah Publish time 11-9-2016 10:41 PM

sarahmirza replied at 8-9-2016 09:03 AM
Salah artikel ini.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhi huhungan suami isteri,
kecuali suami isteri ...

{:thumbo Setuju dengan pendapat ni.

terma2nkondisi2 Publish time 14-9-2016 12:11 AM

pengaruh kawan pun boleh rosakkan rumahtangga??.. huh, gunting dalam lipatan sungguh!

lazyboss Publish time 14-9-2016 01:05 AM

X cukup tu..
Perampas:huffy:

maanakautau Publish time 14-9-2016 06:19 AM

sarahmirza replied at 8-9-2016 09:03 AM
Salah artikel ini.
Tiada siapa yang boleh mempengaruhi huhungan suami isteri,
kecuali suami isteri ...

Hang Nee suka meleret ler odah....setakat a one liner...." No one can bring you down without your permission" just 9 wordsto sum uphang punya meleret leret...Kan???

:doh3:
Pages: [1] 2
View full version: 3 Jenis Individu Yang Berpotensi Merosakkan Rumah Tangga


ADVERTISEMENT