HangPC2 Publish time 7-9-2016 03:52 PM

MISIKU SADO (TELEMOVIE TV9 5/9/2016) 8.30 MALAM

https://1.bp.blogspot.com/-GdeRz2dDi6g/V8xoummflDI/AAAAAAAACUQ/5BniC3n7hQYyWtJWqA_GsAT4-APu4wSXwCLcB/w1200-h630-p-nu/Misiku%2BSado.jpg



DRAMA DAN FILEM PERUBATAN: ANGAN-ANGAN YANG TIDAK KESAMPAIAN


Saya tidak menonton sebuah drama Melayu yang dikritik oleh ramai sahabat-sahabat saya dari profesion perubatan sejak semalam.

Ini adalah kerana, saya sudah lama berputus asa dan menerima hakikat bahawa industri filem dan drama Melayu semangnya tidak mampu menghasilkan karya berkualiti terutama yang membabitkan profesion perubatan. Jangan mimpilah siri-siri realistik dan berkualiti luar negara seperti ER, Grey's Anatomy, Scrubs, House dan sebagainya boleh dihasilkan oleh karyawan filem Malaysia. Siri-siri sedemikian sungguhpun sarat dengan hiburan, kisah-kisah percintaan romantik malah komedi, namun tidak pernah mengabaikan ketelitian di dalam ketepatan ilmu tentang bidang yang mereka sedang ceritakan.

Karyawan kita hanya pakar dalam menghasilkan cerita-cerita hantu, tahyul, cintan-cintun dan kisah-kisah dunia glamer semata-mata. Karya yang memerlukan sedikit pembacaan dan sedikit rujukan adalah tak terjangkau dek akal mereka. Ini saya rumuskan sejak sekian lama.

Namun demikian, klip video yang merupakan sedikit babak dari drama tersebut telah dikirimkan kepada saya oleh sahabat saya. Saya melihatnya dengan bimbang.

Bimbang kerana, babak tersebut menunjukkan tentang kaedah rawatan CPR (cardiopulmonary resuscitation) yang dilakukan pada pesakit yang mengalami renjatan jantung. Ia adalah rawatan bantu mula asas yang dikuasai oleh hampir semua perawat di Malaysia sepatutnya.

Babak yang ditampilkan mempamerkan secara jelas bahawa tidak ada langsung rujukan hatta melihat video Youtube tentang kaedah melakukan CPR. Saya malas mahu komen tentang nombor panggil kecemasan 911 seperti yang terdapat di dalam babak tersebut kerana saya bersangka baik karyawan yang menghasilkan skrip tersebut mungkin bermastautin di Amerika. Namun, takkan lah seluruh krew produksi drama tersebut, tidak seorang pun terdetik untuk memperbetulkan bahawa nombor panggilan kecemasan di Malaysia adalah 999? Memang betul jika kita dail 911, panggilan akan tetap di divert ke 999 di Malaysia, akan tetapi watak yang menyuruh membuat panggilan 911 ini adalah jururawat Malaysia. Tidak kah aneh dan pelik ?

Mungkin ada yang akan mengatakan bahawa isu ini adalah perkara remeh temeh dan tidak patut diperbesarkan. Kononnya ini hanya karya hiburan dan bukan dokumentari. Anggap sajalah ia bahan komedi yang boleh diabaikan.

Pandangan sebegini sungguhpun boleh diterima oleh kebanyakan orang awam, sudah pasti tidak akan sesekali diredhai oleh para petugas perubatan. CPR adalah kaedah rawatan menyelamatkan nyawa yang mudah dan sepatutnya digambarkan secara betul kerana masyarakat yang menonton boleh belajar melakukannya juga bagi menyelamatkan nyawa jika perlu. Ia begitu mudah hingga kanak-kanak sekolah di Jepun juga diajar dan boleh melakukannya dengan betul.

Kaedah yang dipaparkan di dalam video ini, merupakan kaedah yang tidak betul, tidak efektif, tidak mengikut sequence urutan yang sebenar, tidak mengikut kadar tekanan dada yang sepatutnya dan tidak menampakkan langsung realiti sebenar rawatan ini kepada masyarakat.

Jika kaedah ini kami lakukan kepada mana-mana pesakit kami yang mengalami renjatan jantung, ia hanya mempercepatkan perjalanan mereka ke alam barzakh.

Perkara ini agak memalukan kerana individu yang berlakon melakukan rawatan tersebut membawa watak seorang jururawat dan itulah sebabnya kenapa ianya dikritik hebat. Jika Mr Bean melakukan sedemikian, bolehlah kami terima sebagai hiburan dan komedi kerana Mr Bean tidak membawa jenama mana-mana profesion pada dirinya.

Saya kira tidak perlulah mana-mana penerbit menghasilkan karya melibatkan mana-mana profesion sekiranya anda tidak mahu melakukan sedikit research atau mendapatkan konsultasi dari orang-orang yang berada di dalam bidang tersebut.

Teruskanlah menghasilkan kisah cintan cintun dan kisah hantu seram yang sememangnya anda pakar dalam penghasilannya. Elakkan membawa kisah mana-mana profesion ke layar perak kerana kami sudah lama terima bahawa satu-satunya profesion yang anda kaji habis-habisan sebelum menghasilkannya adalah profesion gangsterisme yang cemerlang diterjemahkan di dalam filem KL Gangster dan yang sewaktu dengannya. Oh saya terlupa....juga profesion driver, bibik/orang gaji yang akan jatuh cinta dan berkahwin dengan majikannya. Itu memang kepakaran anda yang tiada galang gantinya.



*Dr Abdul Rahman Abdul Kadir*
*Pakar Kecemasan dan Trauma M3*

- Medical Mythbusters Malaysia -
































hijau88 Publish time 7-9-2016 04:29 PM

Ini sbb penulis skrip pengarah n para pelakon malas buat research dlm melakonkan watak2 mereka. Asal boleh jek... Mmm. Tp klu skrip n storyline hauk pelakon xleh bwat apa pun, tpaksa la ikut. Yg dorg leh buat hanya blakon x kayu.

MissMamamia75 Publish time 7-9-2016 04:57 PM



akak TERterngok drama ni dr awal sampai abis aritu..
mmg terkejut gak cara dia buat CPR tu.. lain mcm je gayanya..
pastu bila dia suruh call no 911 tu lagi dabel terkejut...




NORIZALHAMZAH Publish time 7-9-2016 06:22 PM

misiku cikaro
Pages: [1]
View full version: MISIKU SADO (TELEMOVIE TV9 5/9/2016) 8.30 MALAM


ADVERTISEMENT