hanglipolopo Publish time 2-9-2016 11:49 AM

10 Perkara Ini Hanya Dirasai Ibu Mengandung

. Wajah berseri

Perasan tak ada sesetengah ibu hamil nampak berseri-seri sangat. Sampaikan orang selalu tegur, "Berserinya muka mak buyong ni." Seronokkan? Maklumlah masa tak mengandung, muka rasa kusam tak bermaya. Tapi bila mengandung jadi berseri-seri. Bersyukurlah kalau anda wanita hamil yang sedemikian.

2. Boleh makan banyak tanpa risau

Kalau ibu hamil yang jenis tiada alahan memang akan berselera makan apa sahaja. Kali ini boleh makan tanpa rasa bersalah. Maklumalah makan untuk 'orang di dalam' sekali. Tapi apa pun pastikan hanya makanan berkhasiat sahaja tau!

3. Dapat layanan istimewa

Yang ini paling seronok. Pergi ke mana-mana pun orang akan bagi layanan istimewa kalau nampak perut yang semakin besar itu. Kalau di tempat awam, biasanya orang akan bagi keutamaan kepada ibu hamil. Misalnya tengah beratur panjang untuk membeli sesuatu, mesti orang akan bagi kebenaran ibu hamil di barisan depan.

4. Suami bertambah sayang

Dulu bukan suami tak sayang tapi bila sudah mengandung, bertambah-tambah sayang. Apa sahaja keinginan isteri, suami cuba untuk dipenuhi. Suami juga tak benarkan isteri buat kerja berat-berat. Risau isteri cepat letih dan bimbang keadaan 'orang di dalam'. Ah..bahagianya!

5. Ada orang dalam perut!

SubhanaAllah nikmat yang Tuhan beri ini sukar digambarkan dengan kata-kata. Semakin hari bayi semakin membesar. Terasa kagum merasakan ada manusia kecil membesar di dalam perut ibu. Hanya yang pernah mengalami sahaja tahu bagaimana indahnya perasaan tersebut. Bersyukurlah.

6. Dapat rasa tendangan kecil

Eh..eh kalau dulu dengar cerita kawan-kawan yang mengandung sahaja tetapi bila melalui pengalaman sendiri, terasa seperti hendak menangis kegembiraan. Kadang kala ibu ketawa kecil seorang diri apabila tidak semena-mena kaki kecil dari dalam menendang manja.

7. Boleh puasa penuh bulan Ramadan

Bagi yang beragama Islam, mengandung ketika bulan puasa memang menyeronokkan sebab tak perlu risau kena ponteng puasa. Maklumlah sembilan bulan tak datang haid jadi ambillah peluang berpuasa penuh.

8. Boleh bersama suami tanpa risau

Biasanya kerisauan ini berlaku dalam kalangan suami isteri yang punya anak kecil. Takut mengandung lagi! Tetapi bila sudah positif hamil, tak perlu risau lagi bila bersama suami tercinta.

9. Seronoknya shopping barang baby

Pantang ada sale atau ekspo barang baby, ibu hamil sanggup meredah orang ramai demi membeli barangan untuk si comel tersayang. Keseronokkan membeli barangan baby yang comel-comel itu sukar hendak digambarkan. Hanya ibu hamil sahaja yang faham perasaan itu.

10. Bahagia dapat usap perut

Bukan senang nak dapat usap perut yang semakin hari semakin membesar. Lepas bersalin yang tinggal hanyalah lemak-lemak. Jadi, nikmati peluang sepanjang mengandung untuk mengusap perut anda. Apatah lagi sebenarnya ia juga satu bentuk rangsangan kepada bayi dalam kandungan.

Ini antara kelebihan yang akan dinikmati oleh ibu hamil, jika diberi rezeki mengandung janganlah mengeluh sebab ramai lagi wanita lain yang masih belum berpeluang menrasakan keseronokkan bergelar ibu hamil.

KINGOZAWA Publish time 2-9-2016 01:41 PM

9. Seronoknya shopping barang baby:lol:

fulusss Publish time 2-9-2016 01:52 PM

ade jugak time2 stress murung

alieyrina Publish time 2-9-2016 11:51 PM

Shoping brg bb paling xsuka..aku xdak duit..yg lain2 memg bahagia..masa bb memg best..tp dia dh boleh lari time tu aku serik nak ada bb..

EhhEtonLahh Publish time 4-9-2016 10:58 AM

no 2 tuh..bukan ke orang ngandung kena jaga pemakanan??? konon2 ada pantang tak boleh makan makanan yg mungkin akan mnyebabkn keguguran..mcm nanas etc..ke tu sekadar teori orang tua zaman purba dolu2....

fatehana Publish time 5-9-2016 03:50 PM

utk no 3 tu kita x dpt pun layanan istimewa sbb ms mengandung perut kita maintain aje
naik pun ms dah nk bersalin itu pun seinci ajer kot :lol:

tp paling suka shopping brg baby
laju ajer jln kat shopping mall tu ;P

yayangmama Publish time 7-9-2016 03:41 PM

suka no 8...hahahah

sebab kalau tak preggy, rancang sendri...risau je kalau peyed lambat :shakehead3:

Kambeng_Gurun Publish time 8-9-2016 01:42 PM

makan banyak tanpa risau....?!
ahahahahaha...
kalau terlebih banyak, berat naik mendadak..
harus ler kena bebel ngan cik nurse...

hanglipolopo Publish time 8-9-2016 03:45 PM

seronoknyalaaa mengandung.. :loveliness:

aurorayasmeen Publish time 9-9-2016 02:24 PM

rindunye nk preggy..

Usa.Gi Publish time 14-9-2016 12:55 PM

No.3 ingat lagi pergi ambil ujian memandu dapat ambil ujian awal.

qiqi51 Publish time 14-9-2016 09:09 PM

betol ni....

rikamiyuki Publish time 17-9-2016 01:54 AM

Seronoknya lahai klaw pregnant
Pages: [1]
View full version: 10 Perkara Ini Hanya Dirasai Ibu Mengandung


ADVERTISEMENT