CARI-HBZ Publish time 1-9-2016 01:33 PM

Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi

Oleh : Dean BZ


Dengar nama kek ini pun sudah dapat membayangkan bahawa kek coklat ini sememangnya "berhantu" dan mula digilai ramai.


Selain keenakkannya, corak "Topping" di bahagian atas kek ini sangat menarik dan boleh dipelbagaikan mengikut kreativiti masing-masing. Kalau anda perasan, corak topping kek ini seolah-olah kelihatan seperti lava gunung berapi. Selain coklat cair yang meleleh bagaikan lahar gunung berapi, mungkin kerana corak topping itulah terhasilnya nama kek Chocolate Cheese Lava. Mungkin lah kot!


Buat kakak-kakak dan makcik-makcik yang ingin mencuba resepi ini, bolehlah ikut cara-cara dibawah ini. Banyak perkara juga yang perlu dilakukan, tetapi yang pasti kek ini mempunyai "nilai yang tinggi" sebab nak buat tu banyak juga prosesnya. Jadi, kalau kek yang dibuat itu menjadi bolehlah jual sebab kek ini memang ramai penggemar.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/01/131007hsob2tjomn6n4tzz.jpg




1 cawan susu cair / fresh milk / UHT Whipping Cream
1 cawan minyak jagung / minyak masak
1 cawan susu pekat manis
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula halus / gula castor
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh soda
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh garam
telur 2 biji


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/01/130513kqeqslqqn1labbba.jpg



Satukan semua bahan kering dan ayak. Ketepikan
* Jika kek ini hendak di bakar sebaiknya gunakan UHT Whipping Cream untuk dapatkan kek yang lebih moist. Bakar dengan kaedah steam bath untuk dapatkan kek yang lembab
* Jika kek ini hendak di kukus sebaiknya gunakan fresh milk atau susu cair.


Satukan susu, minyak jagung, susu pekat, serbuk koko dan gula halus ke dalam periuk dan masak atas dapur dengan api yang perlahan hingga gula larut. Kemudian masukkan telur yang telah di pukul terlebih dahulu dan masak sebentar atas api yang sangat perlahan. Sekejap aje..


Akhir sekali masukkan campuran tepung yang telah di ayak. Masak sebentar sambil di kacau rata dengan api yang sagat perlahan. Sekejap aje...tutup api.


Sediakan bekas aluminium atau bekas yang tahan untuk di kukus ~ ( jika kek di kukus ) atau sediakan loyang ~ jika kek di bakar


Susun bekal aluminium dalam kukus
Tuangkan adunan 1/2 daripada bekas
Kukus dalam kukusan yang telah didih airnya selama 30 ~ 45 minit atau sehingga masak


Jika bakar, gunakan suhu 170C. Bakar secara steam bath selama 45 minit atau sehingga kek masak sempurna


Sementara kita tunggu kek kita masak, kita sediakan krim cheese


KRIM CHEESE
250 gm Cheese
500 ml UHT Whipping Cream
3 sudu besar susu pekat manis
1 sudu teh pes lemon ~ jika suka ( dalam gambar tak ada )
Satukan cheese dan susu pekat manis dan putar hingga adunan lembut dan sebati
Masukkan UHT Whipping Cream dan putar hingga kental.
* Pastikan jangan terlebih pukul kerana UHT Whipping cream akan mencair jika terlebih pukul


COKLAT LELEH
250 gm coklat masakkan gelap
250 ml UHT Whipping Cream
1 sudu teh golden syrup / glucose syrup / madu
1 sudu besar butter
1 sudu besar paste Hazelnut / Nutella ( dalam gambar tak ada )
1 sudu teh esen vanilla ( dalam gambar tak ada )
Satukan coklat, butter dan paste Hazelnut dalam mangkuk
Masukkan UHT Whipping cream dan golden syrup dalam periuk dan panaskan hingga timbul buih kecil tepi periuk.
Angkat dan tuangkan dalam bekas berisi coklat masakkan
Biarkan coklat mencair
Tambahkan esen vanilla dan gaul rata
Biarkan sejuk
Kek yang telah masak di biarkan sehingga sejuk sepenuhnya
Potong kek kepada 2 kepingan ( jika nak buat cheese di tengah )
Ambil sedikit cheese ( dalam 2 sudu besar) dan campurkan dengan sedikit coklat leleh. Gaul rata dan letakkan dalam piping bag untuk hiasan atas kek.


Kek yang telah di potong di letakkan cheese
Kemudian lapiskan dengan sekeping lagi kek di atas cheese
Ratakan cheese di atasnya
Simpan sebentar dalam peti ais hingga cheese keras sedikit
Bila cheese dah keras, tuangkan coklat leleh
Hiaskan atas kek dengan corak pilihan dengan menggunakan cheese coklat yang di letakkan dalam piping bag tadi.
Lorekkan dengan lidi ketika coklat masih cair


Simpan dalam peti ais sebentar hingga coklatnya keras sedikit. Sedia dinikmati. - CARI


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201609/01/130725jyjpx0xkllbvybb2.jpgSumber foto - kakzusemanisgula.blogspot.my







Sumber: blog sis azlita masam manis

FARRAZOOL Publish time 2-9-2016 02:43 AM

Nampak sedap...yummy

hani85 Publish time 2-9-2016 09:11 AM

kat mana jual ek

Ajumma Publish time 2-9-2016 10:17 PM

Banyak juga step nk membuatnya....tp nampak sedap

-electrifying- Publish time 6-9-2016 09:30 AM

kecur air liur

AppleJack Publish time 8-9-2016 03:07 PM

tengok pun dah sedap, belum rasa lagi

anala99 Publish time 15-9-2016 01:00 PM

Nampak sedap..
tp mcm byk step jah..

mogwaii Publish time 15-9-2016 03:58 PM

bestnya kalau ada org buatkan pastu bg free.

ain2511 Publish time 17-9-2016 08:07 PM

nmpk sedap!

nut.legacy Publish time 5-10-2016 04:53 PM

lava cake mmg x bole nk tolak

Xiximixx Publish time 6-10-2016 12:17 AM


Hey bro! Hi kawan2!!

Nikmati bonus deposit anda dialu-alukan pada deposit pertama, kedua dan ketiga anda sehingga 254% sekarang !!!

Mari mari mari!
http://i67.tinypic.com/t03hmw.png
Hari2 miskin, bila la nak kaya!!! :lol:

Ninja210 Publish time 3-2-2017 11:33 PM

Hoi sedapnya

Ninja210 Publish time 3-2-2017 11:33 PM

Hoi sedapnya

Ninja210 Publish time 3-2-2017 11:35 PM

Terliur tgkkan dia punye leleh 2

melissa~~ Publish time 31-3-2017 01:01 PM

yummmmyyy...

KuewTeuwKungFu Publish time 7-4-2017 02:26 PM

sedapppnyerrrr
Pages: [1]
View full version: Kek Chocolate Cheese Lava Berhantu, Sekali Cuba Pasti Nak Lagi


ADVERTISEMENT