Tapayana Publish time 27-8-2016 09:42 PM

TLDM Lancar Uniform Baru

Edited by Tapayana at 27-8-2016 09:50 PM

wow ! sebagai seorang yang pernah membesar dalam persekitaran tentera Tapa pernah tgok baju biru lengan panjang dan lengan pendek tu sebab diorang pakai waktu drive ferry sekolah yg hantar anak2 Navy. cuma baju kerja kat kapal mcm kelasi tu je Tapa tak pernah tengok depan mata.
Lumut: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) melancarkan pakaian operasi baru dalam majlis pra perlancaran di Tambatan Pangkalan Laut, Pangkalan TLDM,di sini, hari ini.Pakaian celoreng bercorak digital berkenaan menggantikan tiga jenis baju operasi iaitu baju biru lengan panjang, baju biru lengan pendek dan pakaian tindakan kerja atau Action Working Dress (AWD) bagi mereka yang bertugas di kapal.
Panglimanya,Laksmana Tan Sri Ahmad kamarulzaman Ahmad Badaruddin berkata, pengunaan pakaian operasi itu secara tidak langsung menyumbang kepada penjimatan sesuai dengan transformasi pakaian operasi tiga kepada satu ( 3-to-1) yang ingin diketengahkan."Kita juga sudah melaksanakan kajian holistik bagi melihat keperluan pakaian operasi ini dan hasilnya ia mengesahkan keperluan penggantian pakaian sedia ada."Rekaannya mementingkan keselesaan, aspek keselamatan serta bersesuian untuk semua operasi maritim dan ia juga usaha dalam meningkatkan imej TLDM setanding tentera laut negara maju lain," katanya.Ahmad Kamarulzaman berkata, sehingga kini baju celoreng digital berkenaan sudah dibekalkan kepada 500 anggota dan ia akan diedarkan secara berperingkat kepada semua warga TLDM serta akan dipamerkan secara rasmi dalam perbarisan Hari Merdeka negara yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur pada 31 Ogos ini.
sumber :Metro



baju lama TLDM

payatengang Publish time 6-9-2016 09:26 AM

lepas ni perlancaran kapal baru lah pulak..

shark Publish time 11-10-2016 06:31 PM


macam loreng tentera US je

meklalala Publish time 7-3-2017 11:26 AM

nak tanya sikit boleh dak? haha

navy ni kerja dia memang busy ya???? sebab mek ada kawan navy ya tohan busy dia xtau la..betul ke tipu xtau lah kan tp dia ckp busy la..tapi dia tak turun laut pun,..dia bahagian sukan..mek waswas dia busy ke dia buat2 busy..lol

Tapayana Publish time 7-3-2017 12:15 PM

meklalala replied at 7-3-2017 11:26 AM
nak tanya sikit boleh dak? haha

navy ni kerja dia memang busy ya???? sebab mek ada kawan navy ya...

kalau posting kat area pengkalan mcm lumut, kuantan tu agaknya bizi la sis sbb diorang belayar. kalau mcm mindef tu agaknya keja ofis ja kot.

anaktoyol Publish time 16-7-2017 11:58 PM

Edited by anaktoyol at 19-7-2017 02:59 PM

TLDM pun ada Naval Aviation team.Team yg handle Helli Super lynx (Skuadron 501) dan Fennec (skuandron 502)..Mereka ni specialist untuk tugas SARS,Marin Observation...mcm tu la...

cmf_BeachBoys Publish time 5-8-2017 06:16 PM

Aku tgk dah macam tentera amerika atau singapura
Pages: [1]
View full version: TLDM Lancar Uniform Baru


ADVERTISEMENT