Mencari Rakan Umrah Promo tiket MAS
Edited by kgdangar at 25-8-2016 07:03 PMSalam semua. saya ada terbeli tiket flight MAS promo ke Jeddah dengan harga RM400 pergi balik (pergi 8 February 2017, balik 15 February 2017)
beli sebab mmg dah lama pasang niat nak pergi umrah. selama ni melancong ke tempat lain je why not pergi umrah pulak kali ni kan.
problem is now mula timbul rase khuatir/risau nak pergi buat umrah secara solo sebab yelah nk g umrah ni bukan mcm nak travel suka2 mc pergi Bandung etc.
Maka, saya ingin mencari sesiapa yang ada terbeli tiket promo mcm saya tu, saya berminat nk join venture buat umrah sekali.
ilmu tak cukop xpe saya pun same boleh belajar pelan2 before pegi.
itu sahaja terima kasih
Sebelum ambil keputusan nak pegi umrah, ada beberapa hal yg perlu diambil kira mulai skr kerana Arab Saudi dah pun menaikkan fees visa umrah sejumlah RM2000/-.Dah tu kena fikir juga sama ada individu yg nak pergi terikat atau tidak dgn persyaratan mahram. Lelaki, no problem.Dan kalau pergi secara urus sendiri tanpa melibatkan mana2travel agen,adakah TT nak uruskansendiri permohonan visa di kedutaan Arab, tempahan hotl di Mekkah dan Madinah, pengangkutan dri airport-hotel-airport Mekkah-Madinah. Indeed, gi umrah tak semudah nak gi holiday di tempat2 lain kerana dugaannya kekadang tak dijangka2.Mana lagi nak hadapperangai arab2 kat sana.
Saya sarankan TT hubungi mana2 travel agen umrah, minta nasihat dan pertolongan yg sewajarnya, samada nak gunakan jasa mereka atau tetap nak urus sendiri.Pasti ada tambahan bayaran untuk penginapan dan pengangkutan walaupun mungkin boleh ditolak hargatiketpenerbangan.
Adakah TT nak gi umrahsecara back-packer. Visa 2K tu utk g umrah kali kedua kan? nolya replied at 25-8-2016 07:21 PM
Sebelum ambil keputusan nak pegi umrah, ada beberapa hal yg perlu diambil kira mulai skr kerana Arab ...
terima kasih atas pendapat.
saya lelaki boleh pergi solo dan memang bercadang nk g secara backpacking(saya dh pernah pergi travel solo ke a few countries sblom ni)
mcm yg saya cakap, saya beli tiket ni dgn tergesa2 sbb ingtkan boleh travel biasa2 mcm pergi bercuti negara lain
tapi bila fikir2 balik mcm risau pulak pergi buat umrah sorang2 tu yg ingt nk cari kawan yg berminat g skali.
ya, saya akan cuba contact travel agent or cari siapa2 yg nk join.
tp if xde jugak saya proceed jgk la sorg2 pun... usaha dan tawakkal je
cicicumel replied at 26-8-2016 07:08 AM
Visa 2K tu utk g umrah kali kedua kan?
saya pertama kali nk pergi ni so rase nye x sampai seribu visa
kgdangar replied at 26-8-2016 08:51 AM
saya pertama kali nk pergi ni so rase nye x sampai seribu visa
Salam, semoga niat baik adik dimaqbulkan Allah swt.Oh ye...... sorry, saya terlepas pandang fees visa untuk yg pertama pergi tapi tetap guna kena cek dgn kedutaan saudi.Arab ni dik, bukan boleh percaya sangat, cakap lain buatnya lain dan kalau kita dah tersandung dgn masalah, dari airport lagi leceh dibuatnya.
Tahniah adik berjiwa back-packer.Pun begitu, ikhlas saya berpesan, bila ada niat untuk membuat umrah, betulkan semula niat adik, jgn sudut travelling yg diutamakan, tetapi letakkan keutamaan untuk mendekati Allah swt. Menjejakkan kaki di tanah suci Mekkah dan menziarahi masjid Nabawi di Madinah punya signifikannya tersendiri, ada pesan dan ada perasaan yg akan berbekas di hati.Di sanalah kekadang kita akan diuji dan mengalami kejadian yg tidak disangka2.Di sanalah, menyangkakan kita seorang yg serba tau/serba boleh,boleh menjadi seorang pelupa dan mencari pertolongan orang lain.
Saya semak, tiket adik cuma untuk 8 hari, bererti adik hanya ada kesempatan 6 hari untuk Mekkah-Madinah.Awat singkat sangat lawatannya.Saya jamin adik tak akan puas kerana waktunya amat sempit. Berapa hari nak ada di Mekkah dn berapa hari nak ada di Madinah. Kalau 3-3 hari, amat suntuk kerana hari pertama sampai (mungkin berniat dlm pesawat sesampai di miqat) boleh terus buat umrah dan tawaf Qudum (kalau tak letihlah). Hari ketiga kemudian sudah harus bersiap ke Madinah ttpi peribadahnya lebih santai.Sempat ke nak ziarah di Madinah?
Memikirkan adik nak pergi secara solo, kena perhatikan soal penginapan (walaupun sekadar sehari-dua) dan pengangkutan untuk ke sana-sini.
Pastikan hotelnya sebelum sampai dan kenderaan dari airport ke hotel ada.Airport untuk travellers dan jemaah umrah tak sama tempat.Ambik injection juga (lupa injection apa) dan bukunya kena present sewaktu memohon visa.Many things kena cek properly, must be well prepared. Whatever,semoga urusan dipermudahkan.
boleh la rujuk sini jugak.... sebab awak nak pergi sendiri kan...
http://www.thevocket.com/umrah-diy-bahagian-1/ lipsofanangel replied at 29-8-2016 12:39 PM
boleh la rujuk sini jugak.... sebab awak nak pergi sendiri kan...
http://www.thevocket.com/umrah ...
tediaaaaaaaaa
Jangan takut bro...pegi nk umrah insya Allah dipermudahkan...even kalau visa 2k pon, still murah lg utk g umrah tanpa guna TA.Bayangkan berapa plak harga pakej umrah lpas ni, maunye cecah 7 8k. So jgn lepaskan peluang.Kalau xsempat ke madinah pon xpe. Maybe next time....
Tp kalau nk jimat masa, fly je dr jeddah.Tambang murah boleh dpt dlm 120 sehala.
Semoga dipermudahkan nurabella replied at 29-8-2016 09:19 AM
tediaaaaaaaaa
isk... sibuk skodeng
nolya replied at 26-8-2016 11:30 AM
Salam, semoga niat baik adik dimaqbulkan Allah swt.Oh ye...... sorry, saya terlepas pandang fees ...
OK Cik/Puan terima kasih, saya take note semua tu
lipsofanangel replied at 29-8-2016 12:39 PM
boleh la rujuk sini jugak.... sebab awak nak pergi sendiri kan...
http://www.thevocket.com/umrah ...
OK terima kasih kongsi link tuuu...
sangat bermanafaat
opie5662 replied at 29-8-2016 04:23 PM
Jangan takut bro...pegi nk umrah insya Allah dipermudahkan...even kalau visa 2k pon, still murah lg...
Btol bro, kita niat yg baik2 and buat persediaan btol2 insyaallah semoga semua nya lancar nnti
kgdangar replied at 26-8-2016 08:51 AM
terima kasih atas pendapat.
saya lelaki boleh pergi solo dan memang bercadang nk g secara backp ...
kwn aku pernah pg buat umrah dgn husband dia jer...semua diorg buat sndr...
dia ckp mmg payah skit..
kgdangar replied at 1-9-2016 12:06 PM
OK Cik/Puan terima kasih, saya take note semua tu
Adalaginak pesan tapi akan pm u later. Edited by owen81 at 3-9-2016 10:10 PM
Advertisement..... wowwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww Thank you for the good info {:1_132:} Thank you for the good info {:1_132:} Tahniah adik..semoga niat murni adik diredhai dan mendapat segala zat2 pertolongan yang Allah..
teruskan..jgn risau tentang cubaan dan halangan..segala tu semua rahsia Allah..doa yang baik2 aje sebelum pergi
Pages:
[1]
2