CARI-MAMS Publish time 25-8-2016 05:57 PM

Bila Bayi Menangis, Nak Biar Atau Segera Pujuk? Mana Satu Yang Sebaiknya?

oleh Adib ZA

Bagi para ibu bapa di luar sana, apakah tindakan anda bila melihat anak kecil sedang menangis?


Adakah segera menenangkannya atau membiarkan sahaja ia menangis sehingga si kecil diam sendiri?


Sebenarnya memang ada pendapat, seharusnya ibu bapa membiarkan anak-anak menangis dan tidak memujuknya. Ini sebagai salah satu cara melatih anak menangani situasi sukar yang berlaku pada dirinya.


Dengan mengabaikan tangisan si kecil, anak akan belajar untuk menenangkan diri, begitulah ujar Rebecca Kemptopn, pakar kanak-kanak dan pengasas laman Baby Sleep Pro.


Adakah anda setuju dengan kenyataan daripada Rebecca itu? Sudah tentu ia menarik perhatian netizen dan menjadi agak kontroversi dengan kenyataan sedemikian.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/25/175423qmzc7mmmmmzgmr0a.jpgFoto: Carian google






Ini kerana ramai yang bimbang jika si kecil dibiarkan terus menangis, ia boleh menyebabkan kerosakan atau gangguan kepada psykologi mereka.


Sebuah kajian terbaharu daripada pengkaji Australia menemui fakta bahawa membiarkan si kecil menangis tidak menyebabkan mereka stress atau masalah emosional. Sebaliknya tangisan membantu si kecil tidur dengan sendiri dan menenangkan diri sendiri.


Jadi, sekarang anda sudah tahu apa yang lebih baik kan? - CARI




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/25/175551azauuj5zfu6az6ub.jpgFoto: Carian google

mdhelmi Publish time 26-8-2016 08:45 AM

untuk budak yg masih xpandai cakap atau faham percakapan kita rasanya mmg xpatut
sbb kita xtau dia menangis sbb saja nakkan perhatian atau lapar atau sakit kene gigit lipan atau pendarahan dalaman/patah/terseliuh sbb terhantuk/terjatuh kat mana2 yg kita xnampak atau tertelan dan tercekik guli jarum duit syiling dll

Hitman91 Publish time 28-8-2016 06:17 PM

Tengok situsi jugak..ada yg kena pujuk,adakala biarkan je

@chik Publish time 29-8-2016 09:45 PM

Kalo nangis ngada2 tu xyah pujuk.. tapi kalo sampai sesak napas tu xkan nk bior plk

faraway1 Publish time 30-8-2016 03:01 AM

pantang baby nangis, me dah berlari pujuk.. tak kiralah sengaja nangis nak perhatian,
bak kata nurse masa kelas prenatal. bukan me manjakan anak, tapi anak yang manjakan kita,
ialah bukan sampai besar dia nak ibu dia 24 jamkan..

dan still my baby tidur nyenyak, 8 malam dah lelap, bangun sekali aje
nyusu dan kemudian sambung tidur sampai jam 7 pagi...

kicap_madu Publish time 30-8-2016 12:31 PM

aku sja bg anak nangis sbb time dia nangis paling cute. tp klu dah meraung mmg aku pujuklah.

Nonuh Publish time 30-8-2016 12:50 PM

ya, depends jgak. klau nangis dh nk tdo cpt2 menyusukan baby, lepas tu bru blh buat kje rumah atau msk or berforum

aurorayasmeen Publish time 9-9-2016 02:27 PM

aku serabut la klu bunyi budak nanges...mesti nk cpt2 pujuk..hubby aku lak suke biar je. self healing Kate nye

Airabelle Publish time 16-9-2016 01:13 AM

Kalau baby kecik nangis, aku tengok dulu sebab comey ;P . Pastu baru pujuk. Kalau baby demam, nangis haruslah pujuk cepat2 kesian. Dia tak selesa kata mak aku.
Pages: [1]
View full version: Bila Bayi Menangis, Nak Biar Atau Segera Pujuk? Mana Satu Yang Sebaiknya?


ADVERTISEMENT