CARI-IIN Publish time 24-8-2016 11:28 AM

Contohi Bagaimana Si Ibu Beri Pengajaran Pada Anak Hanya Dengan Ubat Gigi

Oleh Izzah Abbasy

Mengajar anak pada saat kehidupan berubah semakin moden, teknologi semakin canggih, pasti memberi kesan kepada ibu bapa. Apabila kita cakap sepatah, dilawan pula si anak 10 patah. Akhirnya, mematahkan hati dan kesabaran si ibu bapa.

Begitulah pentingnya mencorak kehidupan anak-anak sejak mereka kecil lagi.   

Seperti seorang ibu yang mengajar anaknya satu pengajaran yang bukan untuk anaknya sahaja tetapi untuk orang lain juga selepas dikongsi di laman Facebook dengan lebih daripada 700, 000 perkongsian oleh netizen. Wow!

Menarik perhatian netizen kerana si ibu ini hanya menggunakan ubat gigi sahaja untuk memberi pengajaran yang cukup bermakna kepada si anak. - CARI

"Anak saya akan memulakan persekolahan esok. Kami sudah hiaskan almarinya, beli uniform baru, dan juga beg sekolah baru. Tapi malam ini, sebelum dia tidur, kami lakukan satu tugas penting yang jauh lebih penting dari perkara lain.", tulis Amy.

"Saya berikan dia satu tiub ubat gigi dan menyuruhnya memicit semua isinya ke dalam satu pinggan. Apabila dia selesai, saya suruh dia masukkan isi ubat gigi itu kedalam tiubnya semula.

"Dia mula berleter dengan berkata 'Tapi tak boleh!' dan 'Ia tak akan jadi sama seperti asal!'. Saya menunggu di habis berleter dengan tenang sebelum berkata :

Kamu akan ingat sepinggan ubat gigi ini untuk seumur hidup kamu. Kata-kata yang keluar dari mulut kamu ada kuasa yang sangat besar.

Kamu akan memulakan persekolahan, dan kamu akan saksikan tanggungjawab yang akan dipikul oleh mulut kamu.

Kamu akan berpeluang menggunakan kata-kata kamu untukmenyakitkan, menghina, memfitnah dan mencederakan orang lain.

Kamu juga berpeluang untuk melihat bagaimana kata-kata kamu boleh menyembuhkan, mendorong, memberi inspirasi dan menyayangi orang lain.

Kadang-kadang kamu akan membuat pilihan salah dalam hidup.

Sama seperti ubat gigi ini, apabila kata-kata sudah keluar dari mulut, kamu tidak boleh tariknya balik.

Gunakan kata-kata dari mulut kamu dengan berhati-hati, Breonna. Apabila ada orang lain menggunakan kata-kata mereka dengan salah, pastikan kamu mengawal apa yang keluar dari mulut kamu.

Setiap kali bangun pagi, pastikan kamu membuat pilihan untuk mengeluarkan kata-kata yang baik sahaja dari mulut kamu. Malam ini, buat keputusan yang kamu akan jadi seorang yang baik hati di sekolah.

Biar orang kenal kamu dengan sifat sopan santun dan kasih sayang. Kamu tidak akan menyesal memilih membuat kebaikan.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112141l1w05lvew9ms555w.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112141noexmo6yhj7f7avx.jpg


Gambar keluarga Amy

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112603ltpaaz1zhpohsgr1.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112603oaxfsjtvt0tc2t9j.jpg



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112604u2z3vxoet6o1q3v0.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/24/112603pxohjcr699b5qxh5.jpg



Sumber : Facebook Amy Beth Gardner

ALWAYSREDA Publish time 25-8-2016 12:53 PM

Di malaysia...kebanyakkan diajar supaya lepaskan apa saja terbuku didlam hati...biar puas hati, tak perlu fikirkan perasaan orang lain...cari kesalahan orang lain untuk menidakkan kelemahan dan keburukkan diri sendiri dan sentiasa sarcastic untuk memperlihatkan kehebatan diri sendiri.

harisanis Publish time 26-8-2016 08:09 PM

hebat nilai moral yg dia terapkn pd anak3

yayangmama Publish time 7-9-2016 04:07 PM

huhuhu...kalau cakap kat anak saya yang djh dua tu mesti tak faham

yang darjah 5 pon, belum tentu boleh hadam kalau mama dia cakap macam ni

ninnakarinna Publish time 20-9-2016 04:46 PM

Romantik.btul mak nya

kuewTiau Publish time 22-9-2016 03:57 PM

Salam kagum dari malaysia.LOL

hashtag#nantiadaanaknaktirula
Pages: [1]
View full version: Contohi Bagaimana Si Ibu Beri Pengajaran Pada Anak Hanya Dengan Ubat Gigi


ADVERTISEMENT