CARI-IIN Publish time 19-8-2016 10:54 AM

Gambar 'Selfie' Bukti Fazura Dan Fasha Sandha Tidak Bergaduh

Edited by CARI-IIN at 19-8-2016 11:41 AM

Oleh Izzah Abbasy

Mungkin menjadi trend hari ini para selebriti mahupun artis memberitahu peminat bahawa mereka tidak bergaduh atau bermusuhan perlu berselfie dan memuat naiknya di laman media sosial. Ia sebagai langkah mudah barangkali menutup mulut netizen yang tidak henti-henti bergosip perihal tidak sahih.

Jika dahulu anda pernah mendengar perselisihan faham di antara Nur Fazura dan Fasha Sandha yang bermasam muka. Namun baru-baru ini dilihat sekeping gambar selfie mesra diantara mereka dimuat naik oleh Fasha Sandha, sekaligus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan peminat. Ada antaranya mempersoalkan persahabatan yang terjalin diantara mereka berikutan kontroversi dulu.

“Saya dan Fasha sudah lama berkawan, cerita kami bergaduh yang diungkit itu pun saya sudah dengar sejak berbelas tahun dulu. Kami tidak pernah ada masalah dan kerap juga keluar bersama. Dia banyak menyokong saya dan baru-baru ini, dia turut membeli koleksi baju raya saya,” katanya kepada Berita Harian Online.



Fasha Sandha turut memberi penjelasan mengenai kritikan orang ramai yang mempertikaikan persahabatan mereka berdua, beliau juga turut bersependapat dengan rakannya itu. Tegasnya, mereka berdua tidak pernah mempunyai masalah, seterusnya menafikan segala dakwaan mengaitkan mereka berdua.



Sementara itu, Fasha memberitahu bahawa perkenalan beliau bersama Fazura sejak 12 tahun lalu membuatkan mereka sebenarnya sering sahaja bertemu dan berkongsi pandangan sebagai sahabat didalam industri seni. Jadi tambahnya lagi, semua dakwaan yang tersebar sebelum ini adalah tidak benar dan berharap orang ramai tidak beranggapan sedemikian. - CARI

*Siapa masih ingat kes mereka bergaduh di kelab malam?

ankgajah7578 Publish time 19-8-2016 11:06 AM

okla............

kaklehot Publish time 19-8-2016 11:17 AM

caner lak ngn lopak..ngaku ke idok bermusuhan tu..

jomZ Publish time 19-8-2016 11:22 AM

apekah? xpaham

halimunah Publish time 19-8-2016 11:25 AM

tetiba? tetgl tren kah aku?

kosukeconan Publish time 19-8-2016 11:28 AM

huh? dr mana dtg berita ni :lol:

xkan nak ngaku gadoh ngn lopak
jatuh lah 'classy' sheols

sarukhan Publish time 19-8-2016 11:30 AM

Iols ingat lg masa kes lopak dulu, lopak ckp org tu nak jatuhkan die.. then faz balas kat media yg si lopa tu duduk kat tahap tinggi ke untuk die jatuhkan?

Tp skang nampaknya 2 2 berada pd kedudukan tersendiri..

dangharum Publish time 19-8-2016 11:33 AM

baiklah
semoga aman aman saja

myakayina Publish time 19-8-2016 11:35 AM

mengimbas dulu2 punya kisah.. masa early 2000's masa tu faz dgn fasha mmg berkawan rapat.. then wardina dgn sarimah klu tak silap..mmg dua pair ni selalu dikaitkan satu sama lain..

crossfire Publish time 19-8-2016 11:49 AM

biar mereka bergaduh, asalkan Abam K ok dgn fasha dan fazura, sapu 2 sekali...:)

hzln Publish time 19-8-2016 12:00 PM

ni kes berebut tmj ker hapa ni?
yg sorang jadi gundik diusung ke sana ke mari keliling dunia
yg sorang blm apa2 mak dah berkompang sekampung anak milik istana
ujung2 melepas dua2 :lol:

Minami2013 Publish time 19-8-2016 12:03 PM

Since when derang gaduh? rase nye mase wedding anzalna pun ok je bergambar... :lol:

edoraixora Publish time 19-8-2016 12:04 PM

tapi mmg ade selisih paham kan dulu
cume dah berbaik sekarang, sebab memasing dah ade musuh lain :lol::lol:....kot
so memasing kne tunjuklah memasing ade geng ;P;P

Sabariman Publish time 19-8-2016 12:04 PM

hahhaahaha.... mcm terpakse je... pmpuan bukan jenis kalau marah, 10 tahun pun x tentu baik hahaha

Adeakukesah11 Publish time 19-8-2016 12:06 PM

Taktau depa pnh bermusuh :o

fifie_olin Publish time 19-8-2016 01:00 PM

bila nk belakon sm ni...mcm kembar

jemahjacjon Publish time 19-8-2016 01:04 PM

Buat apa nk gaduh. Dah tua2 ni. Enjoy tgok yg muda2 pulak bergaduh :lol:

jemahjacjon Publish time 19-8-2016 01:04 PM

Buat apa nk gaduh. Dah tua2 ni. Enjoy tgok yg muda2 pulak bergaduh :lol:

kipaslaju00 Publish time 19-8-2016 01:07 PM

Bagus la. Masing2 dh tua, move on aje la.
Buat apanak simpan dendam bertahun lama

red_borris Publish time 19-8-2016 01:10 PM

ok la tu..
Pages: [1] 2 3 4 5 6 7
View full version: Gambar 'Selfie' Bukti Fazura Dan Fasha Sandha Tidak Bergaduh


ADVERTISEMENT