CARI-MAMS Publish time 17-8-2016 04:45 PM

Inilah Pantang Larang Orang Tua Untuk Ibu Hamil

oleh Adib Za

Masyarakat Melayu memang kaya dengan adat dan juga pantang larangnya termasuklah buat ibu yang sedang mengandung.


Meskipun pantang larang itu tiada bukti secara saintifik, namun kita faham ia bertujuan tak mahu memberi kesan negatif kepada bayi.


Malah, ia untuk kebaikan kedua-dua ibu dan juga bayi dalam kandungan.


Jom lihat apakah pantang larang untuk ibu sedang hamil. Moga-moga boleh membantu anda sedikit sebanyak ya!






http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/17/164443gqub2uq9x8m0imiu.jpgFoto: Healthline






1. Dilarang mencaci atau menceritakan kecacatan, dikhuatiri anak yang bakal lahir juga akan cacat.

2. Dilarang memukul, mendera atau mencederakan mana-mana binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir mengalami kecacatan.

3. Dilarang memaku, memahat, mengail atau menyembelih binatang, dikhuatiri anak yang bakal lahir sumbing atau mengalami kecacatan.

4. Dilarang bergaduh dengan ibu mertua, dikhuatiri mengalami kesulitan ketika melahirkan anak.

5. Dilarang makan sotong, dikhuatiri menghadapi masalah ketika bersalin. Anak mungkin tercerut tali pusatnya.

6. Dilarang mencerca atau melihat sesuatu yang ganjil, dikhuatiri akan kenan.

7. Dilarang minum air tebu atau kelapa di awal kehamilan, dikhuatiri anak akan gugur.

8. Dilarang melihat gerhana, dikhuatiri anak mendapat tompok hitam atau bermata juling.

9. Dilarang melangkah kucing yang sedang tidur, dikhuatiri mata anak tertutup seperti kucing yang sedang tidur.

10. Dilarang menyusup di bawah penyidai, nanti anak akan terencat.

11. Dilarang makan makanan yang berakar seperti pegaga, nanti terlekat uri.

12. Dilarang tidur waktu tengahari, nanti kepala anak akan menjadi besar. - CARI




Sumber: Tips Mudah Hamil

sabar_sabariah Publish time 18-8-2016 10:03 AM

tak pasti suratan atau kebetulan
terjadi pada neighbour aku
yang no #4 tu
anaknya lahir cacat
takde tempurung kepala
lepas 2 hari,
pulang semula kepada penciptaNya
anak syurga

cikcikebom Publish time 18-8-2016 01:54 PM

tq for info

minguk Publish time 23-8-2016 06:23 PM

banyak betul dilarangnya...

epal21 Publish time 30-8-2016 04:16 AM

petua orang dulu2 nie menggalakkan berbuat baik sesama makhluk :loveliness:

yayangmama Publish time 7-9-2016 04:04 PM

macam2 kan

tapi kalau makan sotong tu taklah kot...saya time preggy selalu je mkn sotong..hehe hidupan yang paling senang nak di masak..

kalau mak saya ada lg 1 pantang, bila menyapu jgn smpai dpn pintu da stop...kena smpai habes nanti anak nak keluar tersekat2..

tapi saya jadi habit pulak masa preggy ank last...alhamdulillah selamat anak saya lahir xde sekat2

lookp.com Publish time 14-9-2016 10:21 AM

hi, saya ingin berkongsi satu promosi. Kami sedang berkongsi sebuah buku panduan semasa kehamilan untuk ibu-ibu mengandung. Jika anda berminat, sila kunjungi link ini. http://www.lookp.com/promo-sept-2016?utm_medium=facebook&utm_source=pregnancy+guide&utm_campaign=2016+sept
Pages: [1]
View full version: Inilah Pantang Larang Orang Tua Untuk Ibu Hamil


ADVERTISEMENT