syue86 Publish time 15-8-2016 05:47 PM

Mawar Putih

Enggan Layan Karenah Artis, 'Mawar Putih' Filem Akhir Mak Nani

PETALING JAYA: Penerbit dan pengarah filem veteran iaitu Datuk Rosnani Jamil memberitahu salah satu faktor dia mengambil keputusan mengundurkan diri daripada industri seni adalah kerana enggan melayan karenah artis baharu.



Rosnani atau lebih mesra digelar Mak Nani, 80, berkata, dia tidak mahu untuk berhadapan dengan segelintir artis baharu yang kurang berdisplin dan tidak memberi komitmen kepada produksi.

"Mawar Putih merupakan filem terakhir saya, banyak perkara yang saya sedar, pelbagai sudah berubah dan tidak seperti dahulu lagi.

"Selain teknik penggambaran yang semakin canggih, saya juga tidak mahu melayan perangai segelintir artis yang terlalu banyak hal, cukuplah dalam filem akhir ini sahaja," ujarnya kepada mStar Online.

Rosnani ditemui pada sesi fotografi bersama pelakon-pelakon filem Mawar Putih iaitu Triestan Aprilian, Adli Eddynor dan Herdawatie.

Turut berlakon dalam filem berkenaan ialah Reen Rahim, Arja Lee, Datuk Tamimi Siregar dan Syanie.

Bagaimanapun, Rosnani berkata, dia akan sentiasa mengikuti perkembangan industri seni dan memberi sokongan dari jauh.

"Saya sudah lama fikirkan untuk berundur dan sebelum itu saya mahu memberi satu buah tangan terakhir kepada peminat dan industri supaya akan terus diingati.

"Sekurang-kurangnya pada usia 80 tahun ini saya bangga masih dapat berkarya.

"Filem Mawar Putih ini pastinya berbeza dan mempunyai keunikan tersendiri berbanding filem-filem lain di pawagam," ujarnya.

Bercerita tentang filem Mawar Putih, dia memulakan penulisan skrip selepas pemergian suami tercinta Allahyarham Datuk Jamil Sulong pada 25 September 2014.

Pelakon filem Sri Mersing ini berkata, dia mengubati rasa kekosongan dan kesedihan tersebut dengan penulisan dan pembikinan filem Mawar Putih.

"Sejak suami saya meninggal saya mula menulis skrip Mawar Putih bagi mengisi kekosongan dan kesedihan saya.

"Selepas itu saya keluar duit simpanan sendiri kira-kira RM1 juta untuk menghasilkan filem ini.

"Apa yang saya mahukan dalam filem ini ialah kepuasan dalam berkarya, saya mahu berkongsi dengan peminat-peminat yang menyokong kerjaya saya selama ini," ujarnya.

Tambahnya, dia bersyukur apabila dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang sebulan proses penggambaran yang dilakukan pada tahun lalu.

"Saya tahu anak-anak bimbang dengan kesihatan dan tekanan yang bakal diterima tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar dan kesihatan saya juga baik cuma tidak pantas seperti dahulu.

"Saya buka dunia pengarahan dahulu dengan sesuatu yang indah iaitu filem Mawar Merah jadi, biarlah saya tutup dengan sesuatu yang bersih, iaitu filem Mawar Putih," ujarnya.

Filem ini mengisahkan sebuah keluarga bangsawan yang mempunyai seorang anak gadis yang cantik dan bekerjaya namun gadis tersebut jatuh cinta dengan lelaki tidak sedarjat dengannya.

Lagu tema untuk filem ini dinyanyikan oleh penyanyi baharu Tiesha menerusi lagu Kamar Rindu dan Kau Yang Ku Panggil Cinta.

Filem Mawar Putih ini bakal ditayang di pawagam bermula 18 Ogos ini.

syue86 Publish time 15-8-2016 05:53 PM

korang tau x..sabtu 2 minggu lepas kawan ajak pergi tayangan amal
iols pun pegi la..ingatkan cite inggeris sekali indon
ok takpe lagi..skali by RTM..ok takpe lagi
pastu rupanya skrip n direct by mak nani
and ade arja lee blakon gak..
then ade pelakon dari indon gak

sekali bila start je cite..aku dah macam nak tumbuk kawan iols
sebab cite klise n zaman tah bila tah shootnya
dgn zoom muke sedekat2nya..
skrip longgar giler...smpai dpt teka sume benda
ramai gak blah je after 15 minit tgk

ade yg sampai bdengkur kuat
masa nak last2..bley masa scene tgh panas
orang dlm panggung gelak2..hahaha
adui laaaa...sedih aku klu jadi mak nani

dah la yg nyanyi soundtrack cucu die
yg berlakon pun cucu die

iols macam rasa rtm ni saje bagi peluang kt mak nani
wpn cerita tu bley buat bhn ketawa jek
kos filem 1 juta ok..
tayangan amal nk kutip derma tabung veteran rtm xsilap

but arja very nice la
layan iols bcakap..hahaha
tp geli tgk makcik2 gomen duk jerit2 'arjaaaaa hereeeee'

shanew3stga1z Publish time 17-8-2016 04:55 PM

baru tengok poster iols da rasa kesian... pastu tgk trailer plak , adeh btambah2 kesian .. hmmm ... xkn everything dato nani wt sndiri ek ... ?

aku rasa kesian sgt plak ...

syue86 Publish time 17-8-2016 06:14 PM

shanew3stga1z replied at 17-8-2016 04:55 PM
baru tengok poster iols da rasa kesian... pastu tgk trailer plak , adeh btambah2 kesian .. hmmm ......

mmg kesian weh kt mak nani
habis je movie die tanya sume yg kuar dr pintu ok tak
kbyakan sengih je la...
ade sorg acik tu, ckp x menangis pun
huhuhuhu..

lagu OST filem tu mak nani bikin gak
hbs la duit sejuta die digunakan
pyanyi OST cucu die..yg blakon pn ade cucu die

shanew3stga1z Publish time 18-8-2016 12:22 PM

syue86 replied at 17-8-2016 06:14 PM
mmg kesian weh kt mak nani
habis je movie die tanya sume yg kuar dr pintu ok tak
kbyakan sengih...

adeh .. kenyataannya memang perit kan ...



buragazz Publish time 19-8-2016 02:12 PM

Filem melayu... sebelum tayang cakap filem ni ada kelainan dari filem2 malaysia yang lain...

Bila tgk hadoiiii hado... Dulu aku kene filem bilut... pastu Bravo 5... taubat le nak tgk lagi...

syue86 Publish time 19-8-2016 02:15 PM

buragazz replied at 19-8-2016 02:12 PM
Filem melayu... sebelum tayang cakap filem ni ada kelainan dari filem2 malaysia yang lain...

Bila ...

tu la..kelainan lew sgttt
Pages: [1]
View full version: Mawar Putih


ADVERTISEMENT