eikaz Publish time 15-8-2016 05:39 PM

Bagaimana untuk setup network internet di rumah 2 tingkat

Hi semua,

Bagaimana cara untuk setup network internet di rumah dua tingkat?
Tingkat bawah dan tingkat atas mempunyai soket telefon.
Adakah saya perlu mempunyai 2 router yang berbeza?

Untuk signal wifi pula, apa yang terbaik untuk menguatkan signal itu?
Adakah menggunankan repeater atau homeplug?

Terima kasih.

aziz79 Publish time 16-8-2016 08:58 PM

tak perlu. try guna modem/router wireless-N dulu
selalunya boleh cover

topengbesi Publish time 12-9-2016 11:45 AM

guna router wireless N seperti yang bro aziz katakan..

tempatkan router di tempat yang sesuai..

kalau masih xdpt cover seluruh rumah.

boleh gunakan repeater. mudah nak configure..

kursuskomputer Publish time 3-10-2016 08:42 PM

Edited by kursuskomputer at 3-10-2016 09:03 PM

Salam,

Wireless Router adalah jawapan untuk setup Internet + Wireless access pada rumah 2 tingkat. Ia bukan sahaja berfungsi sebagai router, tetapi juga sebagai wireless access point. Jika anda mengambil perkhidmatan internet dari TM Unifi, perkakasan ini disediakan secara percuma.

Untuk menguatkan signal ada banyak cara. Salah satunya ialah dengan menggunakan WiFi Boosters & Extenders atau juga dikenali sebagai repeater.

HomePlug ialah teknologi untuk menghubungkan peralatan komputer melalui power lines. Jadi, kita tak perlu lagi untuk menarik kabel yang panjang. Ini adalah alternatif lain kepada wireless.

https://www.facebook.com/kursuskomputerselangor/
http://kursuskomputerselangor.blogspot.my/
Pages: [1]
View full version: Bagaimana untuk setup network internet di rumah 2 tingkat


ADVERTISEMENT