CARI-IIN Publish time 12-8-2016 01:52 PM

Alahai Terliur! Nah, Resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla

Oleh Izzah Abbasy

Kakak-kakak, mak-mak di rumah jika cuti-cuti ini pasti sibuk di dapur. Mana tidaknya, ingin sediakan makanan istimewa buat ahli keluarga.

Dah fikir-fikir apa pemanis mulut yang akan dihidangkan? Cuba resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla ini. Sedap pun sedap. Sudahlah yang membuatnya tampak manis, puding koktel yang disediakan juga pasti manis seperti tuan yang membuatnya.

Jom, ikut sahaja resepi yang disediakan di bawah ini ya.

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201608/12/135136bttpbo1r5jp0tp5j.jpg



Bahan-bahan

1 paket agar-agar strip (30 gram)
6 cawan air
1 ¾ cawan gula
4 sudu besar aiskrim vanilla
1 tin buah-buahan koktel (500 gram)

*Asingkan airnya untuk disatukan dengan bahan-bahan kisar.

Bahan-bahan dikisar (menggunakan pengisar)

1 tin susu sejat Carnation
Air buah-buahan koktel
3 sudu besar tepung kastard
1 biji telur
¼ sudu kecil vanilla

*Satukan bahan-bahan di atas di dalam blender basah dan blend sehingga semua bahan sebati dan halus.


Cara-cara membuatnya :


1. Basuh agar-agar strip dan rendam lebih kurang 5 minit. Kemudian masukkan ke dalam periuk bersama 6 cawan air dan masak sehingga agar-agar larut.

2. Selepas agar-agar larut masukkan gula. Kacau dan masak sehingga gula larut.

3. Kemudian masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga adunan mendidih dan agak kental.

Gunakan api yang sederhana dan kacau berterusan kerana bimbang adunan akan hangit/rentung di dipermukaan periuk.

4. Sejurus sebelum diangkat, campurkan aiskrim vanilla dan kacau lagi sehingga ais krim larut.

Kemudian bolehlah ditutup api dan biarkan ia sejuk seketika (lebih kurang 5 minit).

5. Sementara itu jika suka boleh susun dulu buah-buahan koktel di dalam acuan yang sesuai.

6. Setelah itu, tuangkan ½ adunan tadi perlahan-perlahan di dalam acuan. Kemudian tambahkan lagi buah-buahan koktel sehingga habis. Kemudian tuangkan baki adunan tadi sehingga habis.

7. Sejukkan di dalam peti ais. Lebih elok jika disimpan semalaman. Sediakan waktu malam dan sejukkan semalaman. Esok dah boleh makan. Selamat mencuba.

Sumber : Resepi Sedap

@inardni Publish time 12-8-2016 07:38 PM

Nampak sedap...boleh cuba ni

NOWORD Publish time 14-8-2016 04:41 PM

Ringkas dan senang

Redempire Publish time 15-8-2016 12:07 AM

Nak cubalah resepi ni selalu mkn kastard jagung je


http://toppikmalaysia.com/category/news/

nut.legacy Publish time 15-8-2016 08:57 AM

suka kastard.. mkn time sejuk2

cikcikebom Publish time 15-8-2016 09:27 AM

Nampak sedap...boleh cuba ni

JpA0606 Publish time 15-8-2016 09:56 AM

Sedapnya.........

alieyrina Publish time 15-8-2016 11:44 PM

Ohhmy feveret puding koktel! Blender basah tu camna?

Daisyna Publish time 16-8-2016 10:30 AM

mesti cuba buat ni,mesti sedap rasanya {:1_152:}

boobam Publish time 16-8-2016 02:01 PM

sedap n mudah nak buat

rosmawari Publish time 23-8-2016 05:28 PM

Dah beli semua bahan2nya.
Tggu nak buat saja....
Terliur tengokkk.. Pasti sedappp
.

ana Publish time 30-8-2016 03:10 PM

sedapnyaa..makan sejuk2 ni mmg nyaman je tekak

ain2511 Publish time 17-9-2016 08:01 PM

nmpk sedap...terliur tgk

hanisbunny Publish time 18-9-2016 04:24 AM

sedapnye..klu Iolss hrs ltk peach jah..peachy sgt rasenye...yummmy

puteri_lz Publish time 30-9-2016 03:04 PM

Thank you for the info {:1_132:}

puteri_lz Publish time 30-9-2016 03:04 PM

Thank you for the info {:1_132:}

puteri_lz Publish time 30-9-2016 03:04 PM

Thank you for the info {:1_132:}

puteri_lz Publish time 30-9-2016 03:04 PM

Thank you for the info {:1_132:}

sapeka Publish time 11-4-2018 02:27 PM

baru lepas buat minggu lepas
sedap lemak2 manis
makan sejuk2
nyumm nyummm

Thealisyayusuf Publish time 4-2-2023 12:17 AM

Tq for the recipeee
Pages: [1] 2
View full version: Alahai Terliur! Nah, Resepi Puding Koktel Kastard Aiskrim Vanilla


ADVERTISEMENT