Usa.Gi Publish time 3-8-2016 06:08 PM

Bantuan persekolahan

Edited by Usa.Gi at 3-8-2016 06:09 PM

Salam semua,
Saya nak tanya ada sesiapa yang tahu mana mana badan yang boleh beri bantuan persekolahan?
Saya ada anak buah yang tak bersekolah.Si bapa xbertanggung jawab. Makan minum sekolah anak semua terabai.
Sy rasa nak support yuran dll (awal tahun biasanya dapat bonus) tapi suami kata still perlu beri bantuan harian dan expenses lain yang saya rasa kami xmampu (suami seorang bekerja dan ekonomi kami cukup cukup makan sahaja)
Saya kesian dengan anak buah saya. Risau dengan masa depannya. Kepada sesiapa yang tahu mana mana badan yang boleh beri bantuan boleh share dengan saya? Terima kasih

tompie Publish time 3-8-2016 06:27 PM

Pusat zakat
Pejabat kebajikan masyarakat
ADUN

Usa.Gi Publish time 3-8-2016 06:33 PM

tompie replied at 3-8-2016 06:27 PM
Pusat zakat
Pejabat kebajikan masyarakat
ADUN

Ini under government kan? Boleh ke? Sebab bapanya masih ada...

tompie Publish time 3-8-2016 07:35 PM

diorang akan assess ahh..
kalau ade bapak pun tak gune insyaAllah boleh kot..
kalau kat Selangor boleh ahh gi Lembaga Zakat..
diorang duit byk tapi taktau nak salur kat mana

Usa.Gi Publish time 3-8-2016 08:00 PM

tompie replied at 3-8-2016 07:35 PM
diorang akan assess ahh..
kalau ade bapak pun tak gune insyaAllah boleh kot..
kalau kat Selangor b ...

Oh okok. Nnti sy nak try call pusat zakat dulu tanya mcmna. Sy di kl. Mudah mudahan dapatlah bantuan utk dia. Thanks ya

bunga_lestari Publish time 5-8-2016 03:09 PM

cuba mohon biasiswa dengan kerajaan negeri atau biasiswa kecil persekutuan..

untuk pelajar sekolah biasa boleh dapat kalau memenuhi syarat..

rina0602 Publish time 5-8-2016 05:57 PM

alhamdulillah ada yg prihatin dgn nasib dia..kesian anak buah awak dpt ayah mcm tu. semoga rezeki awak semakin berlipat ganda dan diberkati.

jaga elok2 anak buah awak tu,i'allah satu hari nant dia akan jadi orang berguna dan sama2 doakan utk awak

Usa.Gi Publish time 5-8-2016 10:10 PM

bunga_lestari replied at 5-8-2016 03:09 PM
cuba mohon biasiswa dengan kerajaan negeri atau biasiswa kecil persekutuan..

untuk pelajar sekola ...

Terima kasih. Sy akan cuba nnti.:)

Usa.Gi Publish time 5-8-2016 10:11 PM

Edited by Usa.Gi at 5-8-2016 10:13 PM

rina0602 replied at 5-8-2016 05:57 PM
alhamdulillah ada yg prihatin dgn nasib dia..kesian anak buah awak dpt ayah mcm tu. semoga rezeki aw ...

Tulah. Sy kesian. Risau dengan masa depan dia. Skang ni pun susah nak cari pekerjaan, nikan 10 tahun akan datang..

Azel Publish time 5-8-2016 11:43 PM

Anak buah u umur berapa.
Mak ayah cerai ke camne?

513172 Publish time 6-8-2016 09:08 AM

anak buah umur berapa? bole tanya kebajikan masyarakat kot tapi tak pasti

prettyuglybabe Publish time 6-8-2016 11:21 AM

baitulmal pun ada beri bantuan..
ataupun rujuk ke sekolah terus..

mobic Publish time 6-8-2016 11:31 PM

Kalau murid miskin, boleh dapat rancangan makanan tambahan (RMT).. so, dapat la makan free sekali sehari.. ada juga bantuan kumpulan wang amanah pelajar miskin (KWAPM) dan e-kasih.. Kwapm e-kasih ni ada 2.. miskin & miskin tegar. Miskin dpt rm200 bantuan skolah dan 250 bantuan bulanan. Miskin tegar rm200 bantuan sekolah dan rm500 bantuan bulanan.. selalunya duit akan diberikan 2 kali setahun. Ni yang tahun ni. Mungkin tahun depan berubah..

Dulu rmt dan kwapm ni isi borang kat sekolah. Sekolah akan submit kat ppd, jpn. E kasih apply melalui adun@ kebajikan masyarakat. Tapi tahun ni dia dah combine sekali. Sekolah dapat terus list nama penerima.. so, kalau nak pastikan dapat, baik pergi mengadu kat pejabat adun dulu. Supaya nama ada dalam list.

Selain tu, ada bantuan adun, zakat, jabatan kebajikan masyarakat & lain- lain. Cumanya, nasihat iols.. kalau boleh biar ada hitam putih yang menunjukkan uols penjaga dia. Sebabnya bila bab duit, takut jadi problem lain. Kadang2 tu mak ayah yang dah cerai datang serang sekolah. Dua- dua tuntut duit. Pernah jadi sampai berebut anak sebab nak duit.. paling best, ayah datang ambik duit bantuan, lepas tu hilang berminggu- minggu.. balik rumah pun sebab duit dah habis (beli drug)...

bunga_lestari Publish time 8-8-2016 08:56 AM

Usa.Gi replied at 5-8-2016 10:10 PM
Terima kasih. Sy akan cuba nnti.

sama-sama.. tanya dengan pihak sekolah, mcmana nak mohon biasiswa.. biasanya sekolah ada bagi borang..

Usa.Gi Publish time 9-8-2016 10:28 AM

Azel replied at 5-8-2016 11:43 PM
Anak buah u umur berapa.
Mak ayah cerai ke camne?

Xsilap umur 9 tahun. Mak ayah masih bersama. Dua-dua xboleh pakai langsung. Geram je kalau ingat.

Usa.Gi Publish time 9-8-2016 10:35 AM

Terima kasih kepada semua cadangan yang diberi. Sy akan usulkan semua cadangan anda semua kepada kak ipar sy. Meeting tergempar akan diadakan this week. Akak ipar cadang nak masukkan dia ke sekolah pondok @ jabatan masyarakat. Tp sy takut pulak dengan kes kes yg berlaku sejak akhir akhir ni.

fatehana Publish time 9-8-2016 01:13 PM

bgs TT sbb amik berat kebajikan anak buah
moga usaha anda dirahmati dan dipermudahkan

Usa.Gi Publish time 15-8-2016 09:52 PM

Hasil dari family meeting, anak buah akan dimasukkan ke sekolah untuk golongan asnaf. Semua borang dah diambil. Harap ada rezeki untuk anak buah sy. :)

yayangmama Publish time 17-8-2016 10:13 AM

alhamdulillah...dah ada solution ye TT

saya kat sekolah tamil, boleh di katakan tiap2 minggu ada aje parent datang nak minta surat pengesahan sekolah

insyaallah sekolah buat aje tanpa banyak soal

sebab diorang kata minta bantuan, so bantuan tu nak surat pengesahan sekolah aje

selalunya saya tengok form kebajikan masyarakat

anakmak Publish time 18-8-2016 04:04 AM

Harap urusan tt nak bantu anak buah dipermudahkan
Minta tolong tt teruskan memantau dan menyayangi anak buah tt
Pages: [1] 2
View full version: Bantuan persekolahan


ADVERTISEMENT