Gelinya Singki Tersumbat, Jom Cuba Petua Yang Dikongsi Netizen Ini
oleh Adib ZaSingki di dapur sering tersumbat, dah cuba pelbagai cara tetap juga tak berkesan?
Seorang netizen yang bernama Mat Isa Muhamad Nor telah berkongsi 'rahsia' untuk menyelesaikan masalah singki tersebut.
Rupanya tidaklah terlalu sukar, bahan utama yang digunakan ialah soda. "Kedai hadware ade jual dik, tanya jelah tokey kedai tu. Biasanya soda ni tak display," katanya memberi tips.
Jika sebelum ini ada yang memberikan petua menggunakan baking soda, nampaknya ia kurang berkesan dan tidak sekuat soda yang satu ini.
Satu pesanan, jangan pegang secara terus dan mengenai kulit anda, sebaliknya menggunakan sarung tangan. Ikuti cara-caranya seperti di bawah:
1. Dapatkan soda dari kedai hardware.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/27/161246v115os089bz90iem.jpg
2. Panaskan air dalam periuk sehingga mendidih.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/27/161247bodylc1nyvn3ldog.jpg
3. Hancurkan soda dan letakkan ke dalam lubang singki.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/27/161243obej9c77nnec8z5g.jpg
4. Tuangkan air panas mendidih ke dalam singki.
http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/27/161242dzc3my56cs6r82cr.jpg
5. Selepas itu, bilas dengan air paip sehingga bersih. Selamat tinggal kepada masalah singki tersumbat! - CARI
Kredit: Mat Isa Muhamad Nor Wah info berguna tq TT Memang soda ke nama benda alah tu..... :zz
good info {:1_509:}
saya sebelum ini pernah pakai Cosway punya.... pastu belek2 bahan2nya soda...
bila dah habis yg Cosway tu saya guna baking soda yang lama2 sisa2 buat kek yang dah expired dan curah air panas... setakat ni itu je lah saya buat dalam selang sebulan atau selepas membasuh periuk belangan yang berminyak
kalau guna untuk lubang jamban yg tersumbat ke,lubang dapur ok ke?
kalau sink tersumbat biasanya ada air. tak lah kosong cam gambar di atas...letak soda tu dalam air ker? blh try nnt Sinki dia tunjuk tu tak tersumbat pun. Ummah perlukan bukti sahih, katanya.
: lol:
sinki tu mungkin airnya dh abis turun perlahan2...
klu chemical biasa kat hardware punya arahan pun mmg akan suruh buangkan air dlm sink dulu sblum curah chemical, biar sekejap & flush dgn air paip. satu info yg jimat duit dari panggil plumber.. che-cikL replied at 28-7-2016 08:46 AM
good info
saya sebelum ini pernah pakai Cosway punya.... pastu belek2 bahan2nya soda... ...
{:thumbo
sama la kita guna yg cosway botol biru tu
bkesan kan
boleh jugk beli baking soda yg kotak kuning tu, murah dr yg dlm tin merah tu
sorry xperasan brand
so boleh nak curah kat sinki dgn senang hati;P ;P
nak muntah weh. ;P woobin^^ replied at 8-8-2016 11:13 AM
sama la kita guna yg cosway botol biru tu
bkesan kan
boleh jugk beli baking soda yg ko ...
{:1_138:}
sama kita ya... {:1_141:}
Ini cecair paling berkesan.http://img.dinasou.com/UploadFile/7/2015/7/22/2015722112432498_420-420.jpg balik nanti nak trylah sangat membantu kalau guna untuk bilik air boleh tak?...sebab bilik air saluran dia panjang sikit compare dgn sinki..
Pages:
[1]