CARI-HBZ Publish time 26-7-2016 06:42 PM

Bro, Ini 3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan “Maintain”

Oleh : Dean BZ


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/26/183447mtk0kpxxo0uu0rbx.jpg



Pasti menjadi tanda tanya jika kita melihat kawan-kawan kita yang kuat makan tapi badan tetap maintain. Bela jin kah? Sedangkan kita makan tak lah banyak mana tapi badan dan perut sudah mula membesar.


Salah satu faktor yang menentukan turun naik berat badan tubuh adalah proses metabolismaseseorang.


Setiap dari kita memiliki metabolisma yang berbeza-beza, ada yang cepat ada yang lambat. Metabolisma ini adalah proses mengubah makanan menjadi tenaga bagi tubuh.


Namun kadar kecepatan metabolisma ini juga boleh dipengaruhi oleh faktor genetik, usia, rutin tidur dan pemakanan. Untuk kaedah pemakanan yang betul agar badan tetap maintain walaupun kerap makan, boleh ikuti tips pemakan yang dipetik dari lelakisihat.com dibawah ini.






1. Banyak Ambil Protein
Tubuh lebih mudah membakar kalori yang terdapat pada protein dibandingkan lemak mahupun karbohidrat. Jadi pilih makanan kaya protein yang rendah lemak pada daging merah, ayam, ikan, tauhu dan kacang-kacangan.


2. Sarapan Jangan Lupa
Ini adalah waktu makan paling penting tapi sering kita abaikan. Tapi sarapan hendaklah seadanya saja untuk mengawali proses metabolisma supaya tubuh memiliki tenaga untuk bekerja sepanjang hari.


3. Makan Kerap Tapi Sedikit
Jangan biarkan perut kosong selama tiga-empat jam. Membiarkan perut kosong selama tempoh itu boleh menurunkan metabolisma tubuh.


Ambil snek ringan (diulangi ringan!) yang mengandungi protein dan karbohidrat seperti pisang dan kacang atau epal.


Nah inilah tiga rahsianya. Mudah kan. Lebih mujarab jika diamalkan dengan senaman sekurang-kurangnya seminggu sekali wajib jogging. - CARI

juboqlembu Publish time 31-7-2016 04:49 AM

Kea amal ni
Pages: [1]
View full version: Bro, Ini 3 Rahsia Makan Banyak Tapi Badan “Maintain”


ADVERTISEMENT