bianglala Publish time 26-7-2016 09:10 AM

Ayam Poland, Pelik Tapi Jadi Tarikan

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-7.jpg

Ayam Poland mungkin kurang dikenali, namun kecantikan jambul atau mahkota di kepala ayam itu menjadikan ianya unik dan satu tarikan kepada penggemar ayam hiasan.

Turut dikenali dengan nama ayam Jambul, ayam Mahkota, ayam Polish atau ayam Rock, ia dibiak untuk tujuan pameran atau ayam hias.

Meskipun pelik, namun itu tidak menghalang seorang penternak yang berasal dari Kampung Parit Dua, Jalan Gula Selingsing dekat Simpang Empat Semanggol untuk memelihara haiwan tersebut.

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-6-6.jpg

Rosmah Mohd Yusof, 44, yang telah sembilan tahun menjadi penternak ayam kampung itu mula memelihara ayam Poland sekitar dua tahun lalu.

Bermula daripada minat melihat ayam berkenaan yang dipelihara oleh seorang rakannya, beliau telah membeli sepasang baka anak ayam poland untuk dipelihara.

“Saya ternampak di rumah kawan… Mula-mula dia memang tidak mahu jual, lepas dipujuk, anak ayam itu jual dengan harga RM200 sepasang dan disebabkan minat, saya beli dan bela,” katanya lagi.

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-4-14.jpg

Rosmah yang turut menternak 12 jenis ayam berlainan berkata, penjagaan bagi ayam Poland tidak sukar berikutan ia sama dengan ayam-ayam yang lain.

Tambahnya, sehingga kini beliau mempunyai 10 ekor ayam jenis itu.

Jelasnya, selain jambul yang cantik, ayam Poland amat sensitif dengan keadaan sekitar dan tidak bercampur dengan ayam yang lain berikutan badannya yang tidak tahan lasak.

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-8-1.jpg

Mengulas mengenai pasaran ayam Poland, Rosmah berkata, ia kini mendapat sambutan yang baik daripada orang ramai yang rata-rata mahu memelihara ayam itu kerana keunikannya.

“Insyaallah, saya mahu menternak lebih banyak lagi ayam jenis ini memandangkan pasarannya yang baik,” katanya lagi.

- Perak Today -


http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-5-9.jpg

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-3-18.jpg

Ipo Publish time 26-7-2016 11:08 PM

pada saya, ayam serama lagi cantik

anyway, muka pemilik ayam poland ni ada iras muka mak mah;P

bianglala Publish time 27-7-2016 07:01 AM

Ipo replied at 26-7-2016 11:08 PM
pada saya, ayam serama lagi cantik

anyway, muka pemilik ayam poland ni ada iras muka mak mah

betul ayam serama lagi cantik. lagi kembang ekornya.

anniez08 Publish time 27-7-2016 09:31 AM

http://peraktoday.com.my/wp-content/uploads/2016/07/PERAK-TODAY-4-14.jpg

buruknya rupa ayam ni.. jambul smpai tutup mata..;P

bianglala Publish time 27-7-2016 01:38 PM

anniez08 replied at 27-7-2016 09:31 AM
buruknya rupa ayam ni.. jambul smpai tutup mata..

fesyen tu. macam jambul KPOP kan. hampir-hampir nak tutup mata :P

Farini Publish time 30-7-2016 12:17 PM

hitam putih tu lawa la jgk

holothurian Publish time 11-8-2016 08:39 PM

hahaha,comel je jambul dia

cik_kitty Publish time 18-11-2016 07:51 PM

Berjambul plakk...:lol::lol:

DianaSaksen Publish time 22-5-2017 02:09 PM

Ayam serama lagi lawa

hatilara Publish time 17-8-2017 03:48 PM

comel tapi cam seram jer ...

amesplu Publish time 23-8-2017 04:28 PM

haha..funny hair..{:3_98:}

mum123 Publish time 9-9-2017 07:23 PM

Ayam ni kalo malam pyh nak cari ni...
Pages: [1]
View full version: Ayam Poland, Pelik Tapi Jadi Tarikan


ADVERTISEMENT