CARI-MAMS Publish time 25-7-2016 01:53 PM

Sudahlah Kacak, Rupanya Lelaki Berjambang Pun Lebih Bersih!

oleh Adib Za

Sesetengah orang berasakan lelaki yang memiliki janggutatau jambang ini memiliki tahap kebersihan yang lebih minimum.


Maklumlah, jika dibandingkan dengan mereka yang tidak mempunyai jambang, wajahnya kelihatan lebih bersih.


Namun keadaan ini adalah sebaliknya. Terdapat penelitian yang dilakukan terhadap 409 pekerja atau pencuci tandas, mendapati lelaki tanpa janggut adalah tiga kali lebih besar kemungkinan memiliki bakteria di wajahnya.


"Lelaki yang mencukur bersih wajah memiliki risiko lebih tinggi pada jenis bakteria tertentu. Sekitar 10 peratus dari mereka membawa bakteria yang menyumbang infeksi kulit pada wajah," ujar pengkaji di Penn Medicine, Carrie Kovarik.


Mereka yang sering mencukur wajah boleh menyebabkan luka kecil pada kulit dan bakteria merebak dengan mudah. Namun, jika anda menyimpan janggut, ia mengurangkan risiko itu.


Dalam masa sama, menyimpan janggut boleh mengurangkan risiko terkena ruam dan radang pada kulit yang sering terjadi kepada mereka yang bercukur.


Nah, sekarang nampaknya mereka yang menyimpan janggut dan jambang memiliki lebih banyak manfaat dan bukannya kurang bersih seperti yang disangka-sangka. - CARI


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/25/135255s98pc8w0shdvw0b7.jpg
Sumber foto: vwo

koe_syahf Publish time 26-7-2016 01:37 PM

kan sunnah, Islam lama dah ajar.

caucasushotDude Publish time 30-3-2017 10:33 AM

orang melayu je yg kolot, tak suka orang berbulu la, tak suka orang berjambang la, itu la ini la. mcam2 perangai orang melayu... kolot siot! dok bawah tempurung lagi elok !

tucci Publish time 1-4-2017 04:08 PM

rasanya kalo berjambang memang akan jadi lebih macho kot...

Tucci dulu bela janggut sejemput ala2 fahrin ahmad n zed zaidi dulu...
skali ada cabaran no shave november...rasa best lak berjambang, trus kekal berjambang
sehingga kini...

cuma otter2 je bila panjang spy kemas...hehehe..sambil2 tu ikut sunnah...ye x?
Pages: [1]
View full version: Sudahlah Kacak, Rupanya Lelaki Berjambang Pun Lebih Bersih!


ADVERTISEMENT