Ruzaini90 Publish time 25-7-2016 01:38 PM

Tuntutan Kemalangan

Hai semua, pada raya kedua yang lepas kereta saya telah terlibat dengan kemalangan berangkai. Di atas highway kereta depan brek mengejut setelah behenti kereta belakang saya gagal untuk mengawal kereta lalu telah merempuh saya. Sekarang kereta dah masuk bengkel untuk tujuan baik pulih. Perkara ni first time bagi saya, jadi agak blur. Semua urusan untuk tuntutan kemalangan sudah selesai tinggal proses dari bengkel je untuk claim. Baru-baru ini pergi tengok kereta balik, bila check lampu yang ok dh bertukar dengan yang rosak. Mujur saya ada amek gambar sebelum kereta hantar ke bengkel.

Boleh rakan-rakan share tips, bagaimana untuk mengelakkan supaya tidak berlaku penipuan dalam tuntutan kemalangan ni, ada yang kata bila adjuster dah check kereta mx pada dia list part yang akan di tukar. Untuk pastikan bengkel tak menipu. Mohon bantuan semua ye.

zulka Publish time 25-7-2016 04:01 PM

sape yg ada pengalaman mohon share, sy tak pernah claim insuran lagi setakat ni...
alhamdulillah

Ruzaini90 Publish time 25-7-2016 05:02 PM

zulka replied at 25-7-2016 04:01 PM
sape yg ada pengalaman mohon share, sy tak pernah claim insuran lagi setakat ni...
alhamdulillah

Syukurlah begitu, banyak urusan. Berhati-hati memandu macam-macam boleh jadi kat kereta kalau bengkel tak bertanggungjawab ni.

skyreds Publish time 26-7-2016 05:29 AM

naseb baik ade amek gambar sebelum repair ... tu memang antara perkara wajib lepas xcident   

kalau xde amek gbr ... mintak pada insurance company,pasal diaorang ade simpan gambar & list masa nak evaluate repair cost   

lain2 tips .. kalau boleh hantar kereta ke bengkel yang jadi panel insurance

nie kire claim 3rd party kan?orang yg melanggar punye insurance ... kalau ye,pastikan insurance x potong NCD

claim skali loss of use .. nie payah sket

Ruzaini90 Publish time 26-7-2016 04:05 PM

skyreds replied at 26-7-2016 05:29 AM
naseb baik ade amek gambar sebelum repair ... tu memang antara perkara wajib lepas xcident   

kal ...

Tadi dah pergi tengok kereta tanpa bagi tahu orang yang uruskn kereta tu, sebab ceo ada turun melawat tempat repair tu katanya. Sekali lampu dah bertukar ke lama semula, terus check satu-satu kereta. Semua dalam keadaan ok di sebalik tu tak pasti.

Ya memang akan claim insurrance 3rd party sbb surat saman dah keluar orang last bersalah. Ada satu tuntutan memerlukan pelan kemalangan semua dah serahkan pada pihak bengkel.

Terima kasih berkongsi tip, harap oklah proses repair ni.

skyreds Publish time 27-7-2016 02:57 AM

Ruzaini90 replied at 26-7-2016 04:05 PM
Tadi dah pergi tengok kereta tanpa bagi tahu orang yang uruskn kereta tu, sebab ceo ada turun mela ...

anytime ... inshaAllah   

jangan lupa claim "loss of use" tu...buruk2 pun rm100 gak sehari kalau x silap

amyza Publish time 23-10-2016 05:15 PM

Nak tanya mcm mana nak claim loss of use tu? Kalau kes langgar lari boleh claim ke?
Pages: [1]
View full version: Tuntutan Kemalangan


ADVERTISEMENT