CARI-MAMS Publish time 21-7-2016 06:32 PM

Rakan Sekerja Pemalas, Apa Nak Buat?

oleh Adib ZA

Bagaimana agaknya ya, jika dalam jabatan atau pun team kerja anda, ada rakan yang pemalas? Jika orang lain melakukan tugasan yang diberi dengan sebaik mungkin, berbeza pula dengan rakan anda ini.


Nak tegur, takut berkecil hati. Namun, dalam masa sama, terasa seperti 'makan hati' dengan orang sebegini.


Nak-nak mereka yang tak pandai membezakan antara hubungan sahabat dan juga profesional bekerja. Bergaduh hal kerja, makanya putus juga persahabatan. Ada, kan orang begini?


1. Cuba menghindarinya


Jangan salah faham, jangan putuskan tali persahabatan sebaliknya anda cuba menghindarinya ketika di tempat kerja. Cara ini boleh mengelakkan anda makan hati dan menjadi benci kepada sikap rakan sendiri.



2. Berikan projek


Orang pemalas lazimnya bukan tidak bagus namun mereka tak mahu tonjolkan potensi diri. Dengan memberikan mereka projek baharu, ia boleh membentuk potensi dan juga mengajar mereka erti pekerjaan yang sebenar. Siapa yang tidak bersemangat bila mendapat kepercayaan ketua kan?






http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/21/183154sd9c4t08jttc49jh.jpg
Sumber foto: carian google




3. Jangan mengadu


Elakkan bergosip atau menjadi pengadu domba pula. Ini boleh memburukkan keadaan. Dengan adanya projek terbaru, ini boleh membuang sikap malasnya secara beransur-ansur.


Lagipun sebagai rakan sekerja, kita tidak layak memberikan penilaian terhadap mereka. Biarkan ketua yang memberi penilaian.




Apa kata anda? Pernah mengalami situasi begini? - CARI

seeriesagain Publish time 21-7-2016 06:59 PM

Semua office mate i rajin... boss lg rajin semua kerja dia buat sendiri... anak buah goyang kaki sbb boss nak buat semua... hahaha

rigorsamsa Publish time 21-7-2016 08:36 PM

syukur tk jumpa kwn ofis spesis gini

Naatasha Publish time 21-7-2016 09:38 PM

Aku ade jgk ofismate cmni. Pemalas gile.. kje nye online.. bos x mrah plak tu..

ninja boy Publish time 21-7-2016 11:55 PM

untungkla jadi org pemalas, kerja malas gaji tetap jalan. lambat siap org lain buatkan, dapat tenet pecuma sepanjang kerja, 10-20 tahun lagi org lain naik pangkat diorg masih main computer games

Gadis_sarawak Publish time 22-7-2016 08:43 AM

Lagi best bila..depan bos dia buat rajin belakang bos dia bagi kita arahan buat keje untuk dia pastu mengaku kat bos dia je yang buat semua keje..Lepas tu bos cakap kita tak tolong rakan sekerja..:huffy

mdhelmi Publish time 22-7-2016 12:01 PM

report kat boss suruh buat dateline semua kerja yg disuruh

mogwaii Publish time 22-7-2016 01:48 PM

aku buat nombor 1 tu

robocopot Publish time 22-7-2016 03:46 PM

kalau over wa sound direct jerrr....

prettyrara Publish time 22-7-2016 05:59 PM

Kawan kerja aku lak terlampau taksub dgn kerja sampai buat yg bukan2. Bos tak bg arahan pn dia boleh buat dgn alasan utk kebaikan company. Garu kepala kitorg nk kena cover balik benda yg dia buat sbb yg dia buat tu lg menyusahkan dari menyenangkan.

medangmru Publish time 23-7-2016 01:39 PM

ninja boy replied at 21-7-2016 11:55 PM
untungkla jadi org pemalas, kerja malas gaji tetap jalan. lambat siap org lain buatkan, dapat tenet...

makan duit haram sepanjang hidupla kalau camtu........

misscendol Publish time 24-7-2016 11:37 PM

sapa mulut lancau senang la nk sound kat kwn cmni

cikputih15 Publish time 28-7-2016 01:02 PM

selalu nye pemalas = kaki bodek

513172 Publish time 6-8-2016 01:48 PM

kalau kerja yg sendiri2 tanggung tape..tapi kalau kemalasan mereka melibatkan org lain, ckp direct je..

Redempire Publish time 14-8-2016 11:50 PM

selalu jumpa org yg mcm ni..cuma kita jgn ikut sikap dia je



http://toppikmalaysia.com/category/news/
Pages: [1]
View full version: Rakan Sekerja Pemalas, Apa Nak Buat?


ADVERTISEMENT