CARI-HBZ Publish time 19-7-2016 03:23 PM

Wanita Kerap Bersetubuh Akan Kelihatan Lebih Cantik Berseri

Oleh : Dean BZ






Membaca tajuk sahaja mungkin sudah membuatkan anda terkejut dan tertanya-tanya akan kesahihannya.


Betul ke wanita yang kerap melakukan persetubuhan badan akan kelihatan lebih cantik dan berseri, fakta atau auta?


Untuk informasi bersama, dikatakan hubungan seksual mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh. Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik perubatan. Aktiviti keintiman yang teratur berupaya memperbaiki peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar meningkatkan tahap imunisasi badan.


Begitu juga dari sudut emosi. Wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih positif.


Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan melakukan seks selepas berkahwin.


Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu hubungan intim yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?


Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama, ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.


Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu. Cukup hanya di rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan kelamin.


Sebenarnya, ketika anda melakukan hubungan intim, anda sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih menyeronokkan kerana saling bekerjasama. Seseorang yang mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman tersebut serasi dengan tubuh.


Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja urat-urat yang bersimpul dileraikan.


Lazimnya, khidmat tukang urut diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling hebat. Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak. Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan intim dilakukan.


Ini kerana setiap kali hubungan kelamin berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang dikeluarkan oleh tubuh. Malah, penulis buku “The Healing Power of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang dari sakit selama enam jam.


Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang mengadakan hubungan seksual setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan kelamin dengan pasangan.


Wanita yang mempunyai pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya. Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata setelah mengetahui waktu penting tersebut.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/19/152316pm19uou0s4t6xhe0.jpg



Itulah antara fakta yang dinyatakan oleh beberapa penyelidik perubatan mengenai kebaikan dan kesan kepada wanita apabila kerap melakukan hubungan seks. Apa pun, sebagai orang Islam hendaklah berkahwin terlebih dahulu bagi menghalalkan sebuah perhubungan. Sesungguhnya ikatan sebuah perkahwinan itu sangat indah dan banyak manfaatnya. - CARI




Sumber - sinarharian

winsonyu Publish time 19-7-2016 03:31 PM

tak tahu lah semua perkara di atas...tapi yg tahu nya wanita yg kerap sex akan kelihatan lebih riang dan stress free

kimchipedas Publish time 19-7-2016 03:39 PM

Akanku perbanyakkan xtvt sihat ini :$

HazeLJoseph Publish time 19-7-2016 07:59 PM

Kena check artis porno cantik berseri dakk

UsuFie Publish time 20-7-2016 11:19 AM

winsonyu replied at 19-7-2016 03:31 PM
tak tahu lah semua perkara di atas...tapi yg tahu nya wanita yg kerap sex akan kelihatan lebih riang ...


lebih riang sb selalu senyumkan...:laugh3:

JpA0606 Publish time 20-7-2016 11:46 AM

Ye kot.....      

winsonyu Publish time 20-7-2016 12:00 PM

UsuFie replied at 20-7-2016 11:19 AM
lebih riang sb selalu senyumkan...

Yup yup...tepat sekali u...hehehheheee

winsonyu Publish time 20-7-2016 12:02 PM

kimchipedas replied at 19-7-2016 03:39 PM
Akanku perbanyakkan xtvt sihat ini

Kerap kan activity ye....hubungan suami isteri lebih erat

potsshine Publish time 20-7-2016 02:15 PM

yg xde stress tu betulllll...

Nokiaman Publish time 22-7-2016 02:40 PM

pompan melayu dan aktiviti memantas berpisah tiada...

Nokiaman Publish time 22-7-2016 02:41 PM

ompan melayu dan aktiviti memantat
s berpisah tiada...

b_n_c Publish time 23-7-2016 05:18 AM

aku stress...

Wongwahkeong Publish time 23-7-2017 12:00 AM

aku stress juga ^^

niena90 Publish time 24-7-2017 10:18 AM

I tak kawen lagi. Patut la tak cantik berseri :'(

mbhcsf Publish time 24-7-2017 12:48 PM

macam ni

read about endogenous opiods= endorphine

yg dirembeskan oleh sistem kita apabila bersenama , exercise - sebab tu exercise is a good stress buster dan ibadah intimasijuga mempunyai kesan yg sama.

Benabdil Publish time 1-1-2020 11:21 AM

niena90 replied at 24-7-2017 10:18 AM
I tak kawen lagi. Patut la tak cantik berseri

kawinlah cepat2
Pages: [1]
View full version: Wanita Kerap Bersetubuh Akan Kelihatan Lebih Cantik Berseri


ADVERTISEMENT