CARI-MAMS Publish time 15-7-2016 03:23 PM

Netizen Buat Kajian Minyak Petrol, Petronas Paling Teruk Kualiti?

oleh Adib Za

http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/15/151626xqqv9ii7o1v96f9u.jpg







Satu perkongsian datangnya dari netizen yang kononnya membuat perbandingan minyak petrol terbaik di Malaysia.


Daripada 'kajian' yang dilakukan dengan mengisi minyak setiap jenama dalam botol, maka kesimpulan dibuat minyak petrol daripada syarikat petroleum negara, Petronas adalah yang paling tidak berkualiti.


Tanpa bersandarkan teori mahupun penjelasan dari segi saintifik, sebaliknya ia dibuat berdasarkan warna minyak daripada Petronas yang nampaknya paling 'cair'.


Perkongsian itu segera mendapat perhatian dan jumlah 'share' daripada netizen lain juga menunjukkan betapa berita tanpa asas sangat mudah diterima.


Adakah warna pada minyak petrol menunjukkan kualiti yang bagus atau sebaliknya?


Isu ini telah menarik perhatian sebuah laman dipanggil Pseudoscience Watch untuk memberi komen, seperti di bawah.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/15/152115a81scd18oqozf7ov.jpg





"Suatu kisah tahyul merebak di alam maya berkenaan petrol dan warna. Penulis mengaitkan warna minyak petrol dengan kualiti minyak petrol tersebut.

Post tersebut boleh membawa kepada kefahaman bahawa kerana warna minyak Petronas paling "light" antara semua brand, maka minyak Petronas adalah paling rendah kualitinya.

Saya ingin menegaskan, kualiti minyak petrol tidak boleh dilihat dengan sekadar melihat warnanya seperti yg dikatakan. Warna tersebut adalah kerana tambahan dyes dalam minyak2 tersebut dan ia biasanya berbeza2 mengikut syarikat, sbb tu warnanya berbeza. Dyes ditambah untuk membezakan antara produk untuk tujuan2 tertentu.

Isu ni mungkin tak kritikal seperti isu2 penipuan tentang produk kesihatan yg didedahkan sebelum ini, tapi ini menunjukkan tahap kecelikan sains orang kita. Share tanpa usul periksa."




Ini pula komen beberapa netizen lain menerusi laman Pseudoscience Watch tersebut:




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/15/151550iazgymycgcykpoom.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/15/151549ic07gjd78klkcl87.jpg


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/15/151550d5uozmj95bqm6aoo.jpg







Oleh itu, bagi anda yang gusar dengan kualiti daripada Petronas, sebuah badan dan aset penting negara, warna pada minyak petrol langsung tiada kaitan dengan kualiti ya.


Jom terus menyokong produk tempatan. - CARI

kentel Publish time 15-7-2016 03:31 PM

yang berbeza additive dalam petrol je yang dicampur....lain pengeluar lain additive dia...

shi_jewel Publish time 15-7-2016 04:10 PM

kan..org kita malas nak gugel & baca & cari info yg lebih tepat.

terus nak blame itu ini....agree dgn last statemnt, patut la selalu kena tipu dgn MLMers & politicns..;P

Odyman Publish time 15-7-2016 04:14 PM

Minyak petrol umpamakan rokok, ada pelbagai jenama. Ada Dunhill, Benson, Mallboro dsb. Tengok dari luar sama saja batang rokok. Yang tahu perbezaannya hanya penghisap rokok sahaja rasanya nya macam mana. Begitu juga dengan petrol, isi dulu start engine baru tahu.

Loloq89 Publish time 15-7-2016 04:22 PM

oo baru tau..aku pon caya je..haha

mdhelmi Publish time 15-7-2016 04:40 PM

utk perasaan syok sendiri pilihan aku:
1) caltex
2) petron
3) shell

Emperor95 Publish time 15-7-2016 05:26 PM

Tapi baguslah ada masyarakat yang masih celik.

Artemesiaa Publish time 15-7-2016 05:32 PM

Walau apa pun alasannya minyak Petronas memang jadi pilihan terakhir bila nak isi minyak.

wannoorazlina Publish time 15-7-2016 05:45 PM

Loloq89 replied at 15-7-2016 04:22 PM
oo baru tau..aku pon caya je..haha

sama la kita ;P

HazeLJoseph Publish time 15-7-2016 06:20 PM

Macam botol minyak wangi yang dijual di booth2 tu ghope di

TuntungReturn Publish time 15-7-2016 08:24 PM

aku pakai skuter,klo buh minyak kt petron sama petronas mmg x sedap.klo buh shell mg sedap skit.:lol:

honeybee1802 Publish time 15-7-2016 09:48 PM

mdhelmi replied at 15-7-2016 04:40 PM
utk perasaan syok sendiri pilihan aku:
1) caltex
2) petron


Aku pun lebih kurang ni la...kalo petronas kire kes terpaksa isi pun rm10 jek...enjin kete rs lembab jek pakai petronas

pearl.silver Publish time 15-7-2016 10:57 PM

post pasal warna minyak ni dah berkurun kot?
nk smpi hari ni berapa kali dah sykt minyak ni improve formula additive tu..
tp dlm byk2 stesen minyak...i paling x caye kt caltex...xtau la nape...sbb stesen minyak dia xda seri kot :lol::lol::lol:

finesse Publish time 15-7-2016 11:01 PM

So minyak jenama apa yg terbaik? Yg paling teruk?

si-buta Publish time 16-7-2016 12:02 AM

Tak payah bising bising . Berapa ekor sangat bahalol yang percaya

dualstereo Publish time 16-7-2016 12:36 AM

support company nasional

kimsa-ra Publish time 16-7-2016 04:01 AM

isi je yg mana brhampiran :lol:

kekkeladi Publish time 16-7-2016 09:34 AM

dualstereo replied at 16-7-2016 12:36 AM
support company nasional

Aku pun isi petronas sbb point kad mesra dh byk.. {:runo

harisanis Publish time 16-7-2016 11:08 AM

i isi petron je..cz sng bila balik kg, tu yg terdekat sekali

pr3ttytw33ty Publish time 16-7-2016 11:28 AM

shell n petronas dekat ngan umah aku. aku tgk lg ramai isi kt shell berbanding petronas. so aku pon turut pilih isi kt shell. aci gitu?:lol:

Pages: [1] 2 3
View full version: Netizen Buat Kajian Minyak Petrol, Petronas Paling Teruk Kualiti?


ADVERTISEMENT