CARI-HBZ Publish time 14-7-2016 05:40 PM

Ini Sebab Kenapa Lelaki Akan Lebih Gemuk Selepas Kahwin

Oleh : Dean BZ


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/14/173712cr8q8x4kr2deb8sx.jpg
Gambar hiasan.





Lihat saja gambar-gambar lama ayah, abang kita atau saudara lelaki terdekat yang lebih berusia, pasti anda akan tergelak dan terkejut melihat perbezaan ketara tubuh mereka.


Rata-rata lelaki selepas berkahwin akan menjadi gemuk dan perut bertambah maju ke depan berbanding sewaktu bujang. Nak tahu kenapa? Ini antara sebabnya, dipetik dari muzir.wordpress.com :




Sebelum berkahwin, seseorang lelaki yang muda dan bujang kebiasaannya:
- Semua kerja harian dilakukan sendiri.


- Bersukan di padang atau trek hampir setiap hari.


- Menjaga makanan dan minum.Malah ada yang berpantang (mungkin sebab pokai).


- Hujung minggu selalu juga mengikuti aktiviti lasak (pengaruh kawan-kawan).




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/14/175358zt2lcaatwmcpiaij.jpg





Tetapi selepas berkahwin, ada beberapa perubahan yang berlaku secara mendadak atau sedikit demi sedikit kepada mereka.Antaranya:

- Semua kerja harian seperti cuci pakaian, kemas rumah, memasak kebanyakannya dilakukan oleh isteri.


- Sudah jarang bersukan kerana sudah ada tanggungjawab lain iaitu isteri. (sibuk layan kerenah isteri)


- Dalam bab makanan pula, kadang-kadang si suami bukan sahaja makan makanan yang disediakan oleh isteri untuknya, tetapi turut juga menghabiskan makanan yang tidak dapat dihabiskan oleh si isteri dengan alasan tidak mahu membazir.


- Isteri yang pandai memasak juga menambahkan lagi faktor kegemukkan suami.Mana tidaknya, disebabkan kesedapan itulah, maka si suami bertambah selera dengan makanan.Biasa sepinggan, jadi dua atau tiga pinggan.


- Lebih tragis apabila selepas makan, kadang-kadang tu si suami meletakkan kepala atas ribaan isteri sambil tonton TV.Akibat dibelai-belai manja si isteri, langsung tertidur.Bukan 1 atau 2 kali, tapi banyak kali.Banyak dipesan oleh orang-orang tua kita bahawa tidur sejurus lepas makan adalah suatu tabiat yang tidak elok untuk kesihatan.


- Dan lebih memburukkan keadaan lagi apabila si lelaki tersebut sudah mempunyai anak yang sudah agak besar yang boleh diminta tolong mengambil barang itu dan ini, tanpa perlu mengambilnya sendiri lagi.


- Faktor kewangan yang semakin baik juga menjadi faktor barangkali.Dulu semasa bujang, kebiasaannya gaji biasa-biasa sahaja.Makan dan minum kadang-kadang dijamakkan.Bukan sahaja ‘dijamakkan’, bahkan ‘diqasarkan’ pula.Catu situ, catu sini.Tetapi apabila berkahwin, apabila rezeki semakin bertambah, makan pun semakin kerap, bahkan sedap dan banyak pula.Selera makan orang berkahwin pun kebiasaannya lebih kuat berbanding orang bujang.



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/14/175523k921j5vsbvshim2s.jpg



Jika tidak mahu terlalu gemuk selepas berkahwin, kami sarankan anda supaya sentiasalah bersenam, tolong isteri melakukan kerja-kerja harian dan mengamalkan pemakanan diet sihat.- CARI








Sumber rujukan

Tapayana Publish time 15-7-2016 05:46 AM

biasa gitu la lelaki. lepas kawin perut makin boroi,buncit.

dulu time bujang biasa la kena jaga badan supaya orang nak, ni dah kawen ada anak bini mana la fikir nak jaga badan lagi.

Loloq89 Publish time 15-7-2016 08:47 AM

btol..bersenam tu xleh tinggal

Shahreen74 Publish time 15-7-2016 09:34 AM

ye la laki boroi xpe.. isteri xdak komplen pun... cer isteri tu lps kawin or lps bersalin gemuk... ada jer komplen dr si somi...ugut2 wife klu x kurus sekian2 bulan.. nak cari betina lain... puiiii laaaa...

ALWAYSREDA Publish time 15-7-2016 10:47 AM

Laki boroi ni biasa nya...dah tak kesah nk berdandan sgt...dah x fikir nk impress sapa2...dah berpuas hati dgn apa yg dia ada.

lkick2113 Publish time 15-7-2016 11:23 AM

@green~tea

sila hencap lelaki yg gumuk lepas kawin pulak....

green~tea Publish time 15-7-2016 12:22 PM

Edited by green~tea at 15-7-2016 12:24 PM

lkick2113 replied at 15-7-2016 11:23 AM
@green~tea

sila hencap lelaki yg gumuk lepas kawin pulak....

Hahahhaha.. Tea tak berapa nak perasan lelaki gemuk lepas kawen sbb invisible aje diorang ni bg tea.. Hahahha

Cuma part2 exboyfren2 tea skang ni ramai gumuk2 huduh lepas diorang beranak pinak... Membuatkan tea sujud syukur sbb takde jodoh ngn diorang... Ha :lol:

lkick2113 Publish time 15-7-2016 12:37 PM

green~tea replied at 15-7-2016 12:22 PM
Hahahhaha.. Tea tak berapa nak perasan lelaki gemuk lepas kawen sbb invisible aje diorang ni bg...

mungkin boleh sound husband kalau dia dah gumuk:lol:

JpA0606 Publish time 15-7-2016 01:46 PM

agree wit tat.. suami gemuk n perut boroi lps kawin.. seblm kawin kurus je...

green~tea Publish time 15-7-2016 02:13 PM

Edited by green~tea at 15-7-2016 02:18 PM

lkick2113 replied at 15-7-2016 12:37 PM
mungkin boleh sound husband kalau dia dah gumuk

Husband i tak gemuk dia frequent gi gym & main sports... Iols doakan badan dia menten sihat walafiat utk stay active:P

Tea mmg tegur hubby kalo dia gain weight.. I tak lazer kat dia.. Tp i akan selalu cubit lelemak yg mula berkumpul di perut dia.. Terus dia hangen & diet & tebas reket badminton dengan lebih kerap :lol:

lkick2113 Publish time 15-7-2016 02:31 PM

green~tea replied at 15-7-2016 02:13 PM
Husband i tak gemuk dia frequent gi gym & main sports... Iols doakan badan dia menten sihat wala ...

baguslah........kalau badan menten, takut2 kalau dah gemok gedempol pemainan atas katil pon dah tak dapat nak lama, maklumlah cepat mengah:lol:

NonaNaga Publish time 15-7-2016 07:09 PM

kalau yg keturunan kurus dah setanah badan camtu ....kalau naik pun setakat berisi sket tapi tak kategori gemuk...pempuan pun sama...ada dah beranak 5 pun menten jer

nut.legacy Publish time 18-7-2016 01:27 PM

Shahreen74 replied at 15-7-2016 09:34 AM
ye la laki boroi xpe.. isteri xdak komplen pun... cer isteri tu lps kawin or lps bersalin gemuk... a ...

Betul2... Mostly mcmtu

JACKddd Publish time 26-10-2017 11:13 PM

lelaki klu boroi boleh tahan lagi
Pages: [1]
View full version: Ini Sebab Kenapa Lelaki Akan Lebih Gemuk Selepas Kahwin


ADVERTISEMENT