CARI-MAMS Publish time 12-7-2016 11:55 AM

Rupanya Ramai Wanita Hamil Tetap Merokok!

oleh Adib Za

Merokok ketika hamil memang big no! Dua perkara ini tak mungkin boleh dilakukan seiringan. Ini kerana kesan buruk bukan sahaja buat ibu itu sendiri, malah bayi dalam kandungan.


Memang bahaya merokok telah banyak diulas sana dan sini, namun malangnya masih ramai wanita yang hamil rupanya diam-diam tetap merokok. Golongan ini dikatakan mengalami ketagihan sehingga tidak dapat meninggalkan nikotin tersebut.


Ini dibuktikan menerusi sebuah penelitian di Amerika Syarikat. Mereka melakukan ujian air kencing untuk mengukur tahap nikotin dan membandingkannya dengan pengakuan ibu hamil tentang kebiasaan merokok.


Dalam kajian di Ohio itu, terdapat 9 peratus wanita yang mengakui masih merokok ketika hamil. Namun, ujian air kencing adalah sebaliknya!


Sekitar 16.5 peratus sebenarnya ibu hamil yang tetap merokok dan mereka telah menafikan hal itu menerusi kajian yang dilakukan.


Oleh itu, elakkanlah merokok kerana ia boleh meningkatkan risiko bayi lahir pra-matang. Ia juga boleh menjadi penyebab kepada kematian pada bayi dan cacat lahir. - CARI



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/12/115506v1nyc5goce5ckger.jpg
Sumber foto: Carian google

bolamata Publish time 12-7-2016 01:07 PM

setuju..pernah nampak sorang akak ni mengandung tapi gigih merokok...tapi dia hisap mcm main2 gitu, mungkin nk lepaskan gian agaknya

alzan Publish time 12-7-2016 03:51 PM

perempuan melayu pun ada je yang berani2 hisap rokok ni.
walaupun dah dapat rokok si lakinya... :$

nut.legacy Publish time 13-7-2016 11:47 AM

diorang x kisah risiko... ada je yg selamba ambil dadah..

antidote Publish time 22-7-2016 10:55 AM

kawan aku pun perut boyot2 isap rokok dunhill merah lagi.

rigorsamsa Publish time 22-7-2016 04:14 PM

antidote replied at 22-7-2016 10:55 AM
kawan aku pun perut boyot2 isap rokok dunhill merah lagi.

pregnant kali ke brp tu?

antidote Publish time 22-7-2016 05:16 PM

rigorsamsa replied at 22-7-2016 04:14 PM
pregnant kali ke brp tu?

pregnant anak 1st

Mummy_putri Publish time 10-4-2018 07:21 PM

bkn rokok je,dadah pun ada yg hisap even tgh pregnant{:cryrun
Pages: [1]
View full version: Rupanya Ramai Wanita Hamil Tetap Merokok!


ADVERTISEMENT