CARI-LTS Publish time 9-7-2016 12:48 PM

Lights Out, Firem Seram Terbaru Pengarah Filem Sequel The Conjuring, James Wan

Oleh : TS LOO



Kalau lampu dipadam akan kelihatan hantu, anda berani tak tutup lampu kalau keadaan macam ini berlaku?


Pengarah filem seram yang hebat, James Wan, yang baru sahaja mengeluarkan filem Conjuring 2 yang mendapat sambutan hebat, tidak lama lagi akan mengeluarkan sebuah lagi filem seram juga yang berjudul Lights Out. Filem tersebut dia hanya berperanan sebagai penerbit eksekutif.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/09/124133z99mr915zmzjzrji.jpg



Lights Out, sebuah filem yang diselubungi suasana gelap yang menyeramkan, arahan David Sandberg. Dalam trailer terbarunya, suasan gelap yang dihasilkan dalam filem tersebut bukan sahaja penuh seram malah mendebarkan.


Pelakon Teresa Palmer yang memegang watak Rebecca dalam kegelapan ternampak seorang wanita mengukir Diana di atas lantai, mengungkitkan mimpi ngeri yang pernah dialaminya ketika zaman kanak-kanak, manakala adiknya turut nampak situasi pelik seumpama itu.


Oleh kerana, kebetulanya ibunya juga mempunyai seorang kawan bernama Diana pada zaman kanak-kanak,jadi kedua-dua adik beradik mensyaki segala yang berlaku seolah-olah ada hubung kait dengan ibu mereka.


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/09/124151qz7fwam5w58mf7vm.jpg



Ketika kebenaran di sebalik rahsia tersebut semakin hampir dibongkar, nyawa kedua-dua adik beradik turut menghampir ajal, mereka berdua hanya berdoa agar lampu tidak tiba-tiba terpadam....




Saksikan trailer terbaru filem 'Lights Out' seperti berikut :



3EAUPxxKieY








sumber : http://www.lightsoutmovie.com/

kukukatablog Publish time 9-7-2016 11:40 PM

xde mood tengok citer hantu omputih,
terkejut jer lebih....

ena80 Publish time 11-7-2016 03:26 PM

bila keluar nih?

NOWORD Publish time 12-7-2016 05:33 AM

Nampak mcm seram..

dmarinaris Publish time 14-7-2016 04:25 PM

macam best jer. aku tengok rotten tomatoes dapat 4 stengah bintang. macam ala2 conjuring 1st tu. hmmmm... must watch

Barcamessi Publish time 19-7-2016 01:10 AM

:o:o:o:o:funk::L:L:L

misscendol Publish time 19-7-2016 03:52 PM

aku ni asyik ketinggalan je nak nengok cerita hantu james ni kat wayang

nut.legacy Publish time 20-7-2016 03:42 PM

ala.. bukan James Wan yg direct pn... executive producer je

revolusi_30 Publish time 21-7-2016 06:27 PM

seram ...akak dah tengok semalam....ngeri lagi masa bapak ngan polis tu mati...huhuhuhu

revolusi_30 Publish time 21-7-2016 06:28 PM

malam ne tido kena bukak lampu   ;P

khaly Publish time 24-7-2016 10:45 PM

Kena tgk citer ni...memang best

mieymiey Publish time 25-7-2016 08:19 AM

Ramai ahkak ahkak menjerit masa tengok cerita ni :funk:

Chilliflakes Publish time 31-7-2016 03:29 AM

Wei sape dah tgk?? Ce bg review sikit. Aku x menyempat2 nak p tgk lg

Levespa Publish time 31-7-2016 11:45 AM

Cerita ni boleh tahan.. Ye lah ada lah cliche and predictable jump scare here and there, tapi still worth to watch.. Karakter hantu si Diana tu menakutkan lah jugak sebab tak ditunjuk kan sangat rupa sebenar dia jadi it plays with our own imagination.. Pelakon utama 4 org je tapi kita rasa care pasal diorang dan nak diorang selamat.. Especially masa Bret kena attack.. Gi lah tengok, boleh layan cerita ni

hipopotamus Publish time 31-7-2016 04:46 PM

Seram sangat ke uols? Ala tengok trailer pun menakutkan. :L
Diana tu ape kes? Hurm.. bunuh-bunuh dia ngeri x?
Sory lah banyak pun tanya. :L

Artemesiaa Publish time 1-8-2016 04:38 PM

Filem ni masih ok tak le menakutkan sangat berbanding filem dia sebelum ni.Rasanya part paling best masa BF Rebecca kena serang tu ala2 always keep your hand phone in hand your never know when it will become handy

Levespa Publish time 4-8-2016 02:15 PM

hipopotamus replied at 31-7-2016 04:46 PM
Seram sangat ke uols? Ala tengok trailer pun menakutkan.
Diana tu ape kes? Hurm.. bunuh-bunuh di ...

SPOILER ALERT!!


Dia tak ngeri sangat tapi seram.. Diana tu hantu yg still nak bersama bestfriend dia si Sophie.. Sampai ganggu org2 yg rapat dengan Sophie especially anak2 Sophie.. Dia akn bunuh sesiapa yg dia rasa nak take away Sophie from her.. Dan dia memang ada a rare skin disease yg tak boleh kena cahaya dari masa dia hidup lagi, selebihnya you have to watch the movie, kalau cerita semua takut you tak enjoy the movie pulak nanti

Chilliflakes Publish time 4-8-2016 06:00 PM

Trailer mcm best! X sempat nk berwayang lg lah. Nt nak tgk lah!

Chilliflakes Publish time 4-8-2016 10:37 PM

Dah kuar online movie ni tp kualiti x lawa lg. Tggu sikit lg, kasi hd kuar baru leh layannn

hipopotamus Publish time 5-8-2016 10:32 AM

Levespa replied at 4-8-2016 02:15 PM
SPOILER ALERT!!




Waaa... iols nak try tengok. Tapi sejak-sejak dah ada pengalaman kena kacau hantu. Tu yang x berani. Baca review orang aje lah mampu. Lolll;P
Pages: [1] 2
View full version: Lights Out, Firem Seram Terbaru Pengarah Filem Sequel The Conjuring, James Wan


ADVERTISEMENT