CARI-LTS Publish time 9-7-2016 12:19 PM

Suara Adinda Menambat Hati Juri 'Let's Sing Kids' Di China

Oleh : TS LOO



djXOMsJwHJ8


Muncul lagi seorang penyanyi remaja dari Malaysia yang berjaya memberi kejutan dalam pertandingan nyanyian Let's Sing Kids di rancangan televisyen China! Kali ini bakat muda yang dimaksudkan itu merupakan seorang kanak-kanak perempuan berbangsa Melayu yang bernama Adinda.


Bakat nyanyian Adinda yang bersuara matang dan bernada tinggi menarik perhatian dan mendapat pujian daripada para juri yang bertugas, sekali gus menjadi rebutan sebagai anak murid di kalangan juri.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/09/120817x1tfqlfly3n0mjql.jpg



Adinda bukan sahaja berjaya menarik perhatian para juri, malah turut menambat hati para netizen, rata-rata beranggapan dia bakal menjadi Shila Amzah yang kedua di arena muzikal negara China.


Sejak disiarkan musim keempat Let's Sing Kids, sebuah rancangan pertandingan nyanyian kanak-kanak China, terdapat peserta dari Malaysia yang mengambil bahagian dalam tiga musim sebelum ini.


Untuk tahun ini. sekali lagi memperlihat seorang penyanyi cilik dari Malaysia yang berbakat tinggi, adik Adinda berjaya langkah masuk ke peringkat seterusnya.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201607/09/121000gcocnee6se7i7fzi.jpg



Suara nyanyian Adinda yang berasal dari Perak membuat para juri begitu kagum dengan kehebatan Adinda khususnya di bahagian penukaran pitch ketika menyanyi, akibatnya mengundang tepukan gemuruk daripada para juri dan penonton.


Rata-rata netizen dari negara China amat terkejut dengan sebutan bahasa Mandarin Adinda yang boleh dikatakan agak tepat, sehinggakan ada netizen yang tertanya : " Bagaimana Adinda tahu bertutur bahasa Mandarin?" Sesetengah netizen mengatakan persembahan Adinda sangat mirip dengan Shila Amzah, jadi mereka mempersoalkan yang Adinda itu bukan seorang kanak-kanak berumur 11 tahun.


Difahamkan, sejak kecil lagi Adinda menerima pendidikan bahasa Cina dan berminat tinggi menyanyi lagu bahasa Mandarin.- CARI

boyagombak Publish time 10-7-2016 04:51 PM

Wa boya sibagai anak.jati Perak mirasa sangiat mangga woo sama itu Adinda. Ni haome. Wo hen hao. Wo pu chi tau. Kanda oh kanda. Adinda oh adinda. Lupa palas talak kesa ma janji vokal mantap. Halap2 Adinda kasik tapau PRC
Pages: [1]
View full version: Suara Adinda Menambat Hati Juri 'Let's Sing Kids' Di China


ADVERTISEMENT