Syamim1 Publish time 3-7-2016 12:20 PM

Kasih Yang Bertaktha

Sinopsis

Mengisahkan seorang pemuda yang bernama shahril yang bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat terkemuka di Bandar Johor Bahru dan beliau bertemu kembali dengan kawan kolejnya,Syikin yang sudah dua tahun terpisah.Kehadiran syikin membuatkan shahril terus tersenyum dan lebih bersemangat lagi untuk meneruskan kerjayanya dan kehidupan sehariannya itu.

Namun,perhubungan mereka berdua terhenti seketika apabila syikin ternampak pemuda itu bersama-sama dengan wanita lain keluar bersama-sama dengan pemuda itu.Apabila konflik di antara dua mereka telah pun selesai,ada satu lagi yang menimpa mereka berdua iaitu ayah kepada pemuda itu tidak setuju untuk menghantar rombongan meminang kepada wanita itu.Oleh itu pemuda itu berusaha dan cuba untuk memujuk ayahnya itu.

Setelah semua itu selesai datangnya seorang wanita yang pada dulunya adalah kawan kepada Syikin Othman dan kedatangan wanita itu membuatkan perhubungan di antara shahril dan syikin renggang dan tidak rapat lagi.Pemuda itu cuba untuk mengeratkan kembali hubungannya itu dengan pelbagai cara lalu semua itu tetap tidak menjadi kerana kehadiran orang ketiga.
Syikin Othman membawa dirinya pergi jauh dari situ kerana kecewa dan pasrah dengan pemuda itu.Pemuda itu mencari syikin tapi tidak menjumpainya,namun syikin terjumpa dengan lelaki yang merupakan kawan beliau sewaktu di kolejnya dulu.Shahril terus mencari dan masalah itu dapat diselesaikan,Namun kehadiran lelaki itu membuatkan shahril tidak selesa.

Suatu hari,Syikin Othman mengalami kemalangan yang sangat serius sewaktu dia hendak pulang ke kampungnya.wanita itu koma selama setahun,shahril kesal kerana tidak mempercayai wanita itu.Siapakah yang menyebabkan syikin kemalangan? dan Adakah kawan kepada syikin othman akan berdiam diri atau terus menganggu shahril dan syikin?

Jemput baca dulu,hrp korang suka,nanti saya sambung :)

Esmiria Publish time 3-7-2016 12:49 PM

Oh yeah.#nonpelangiforever

Syamim1 Publish time 3-7-2016 03:32 PM

Bab 1
Bandar Johor Bahru yang tersegam indah bersama angin yang bersepoi-sepoi bahasa sahaja. Pada pagi ahad ini,seorang pemuda yang bernama shahril seperti biasa bersiap untuk pergi ke tempat kerja,pemuda yang berumur 25 tahun ini.Sebelum ini beliau menyambung pengajiannya di sebuah kolej swasta yang terletak di Bandar Batu Pahat. Harini genap 2 tahun beliau bekerja sebagai arkitek di sebuah syarikat yang terletak di Bandar Johor Bahru.Beliau merupakan anak ketiga kepada tiga adik beradik.Seperti biasa sebelum beliau pergi ke tempat kerjanya pagi itu,Beliau akan menelefon ibunya yang berada di kampung.shahril berjalan ke keretanya untuk pergi ke tempat kerjanya selepas selesai menelefon ibunya.Rumahnya terletak tidak jauh dari tempat kerjanya.Hari ini adalah hari penting bagi beliau iaitu hari yang mana dia akan melakukan pembentangan bagi projeknya.Beliau tidak boleh lewat ke pejabat kerana projek kali ini amat penting sekali.

Selepas parkingkan keretanya di tempat parking,beliau bergegas keluar dari keretanya menuju ke pintu utama pejabatnya.Setibanya di pintu utama pejabatnya itu,matanya ternampak seseorang wanita yang sedang berdiri di kaunter pertanyaan sedang bertanya kepada pekerja yang menjaga kaunter tersebut.Apapun beliau harus cepat untuk pembentangan yang akan beliau sampaikan. Setelah sampai ke pejabatnya di tingkat atas,beliau terus masuk ke bilik meeting untuk membentangkan projek yang bakal dibentangkan sebentar sahaja lagi.Beberapa jam kemudian, selesailah pembentangan projeknya itu,Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.Seketika kemudian datangnya seorang wanita yang bertudung labuh sekali.Maka secara tiba-tiba pemuda itu terpandang wanita yang melalui di hadapan pejabatnya itu.
Di dalam hatinya berkata “Macam aku pernah nampak tapi dimana ye?”

Syamim1 Publish time 3-7-2016 03:37 PM

Tiba-tiba beliau teringat kembali,rupa-rupanya dia baru sahaja ternampak wanita tersebut pada pagi tadi di pintu utama pejabatnya itu.


Waktu menunjukkan sudah pukul 1.00 petang,sudah tiba masanya untuk dia keluar makan tengahari.Seperti biasa dia pergi ke bilik kawannya untuk mengajak kawannya ini menemankannya pergi ke kedai makan berhampiran dengan pejabatnya itu.Lagi sekali langkahnya terhenti secara tiba-tiba kerana melihat seorang wanita yang berdiri di hadapannya dan ingin menanya sesuatu kepada pemuda itu.Lalu wanita itu pun berkata,
”Surau di tingkat berapa ye?” Pemuda itu terdiam seketika,
lalu kawannya menjawab persoalan wanita itu,”Di tingkat 3 pejabat ini”
“Ok terima kasih,”wanita itu berkata sambil menoleh ke arah pemuda yang bernama shahril itu.
Wanita itu berlalu pergi,lalu shahril menanyakan soalan kepada kawannya,“sapa wanita itu?”
“ Pekerja baru di syarikat ini,sebelum ini dia bekerja di syarikat lain,” kawannya menjawab.
”La yeke ingatkan sapa tadi,”shahril berkata sambil matanya memandang sekeliling pejabatnya itu.
“Oklah Jom kita pergi makan,” kawannya mengajak.
Shahril Dan kawannya meneruskan perjalanan pergi ke kedai makan untuk pergi makan tengahari.


Diwaktu sedang menjamu selera di restoran yang biasa shahril dan kawannya makan pada tengahari itu,shahril terpandang wanita yang dia lihat di pejabatnya tadi,sedang menjamu selera ditempat yang sama bersama-sama kawannya.Disaat dia asyik memandang wanita itu,wanita itu terpaling dan ternampak yang dia sedang diperhatikan oleh shahril.Pemuda itu tersipu malu apabila wanita yang dia lihat itu terperasan yang dia sedang diperhatikan lalu pemuda itu menolehkan pandangannya ke tempat yang lain.Pemuda itu merasakan bahawa yang dia semacam pernah berjumpa dan pernah berkenal dengan wanita tersebut dan dia tertanya-tanya di dalam hatinya,
“Macam aku pernah jumpa dia sebelum ini,tapi dimana ye?.”                        
Dia berfikir bukan sahaja di pejabat pagi tadi tetapi sebelum ini pun dia macam pernah berjumpa dengan wanita itu.Akan tetapi dia terlupa di mana dan bila dia berjumpa dengannya.



Tiba dirumahnya,shahril terus sahaja berbaring di atas katilnya dan berfikir sapa wanita itu, “adakah dia pernah berjumpa wanita itu sebelum ini?” Untuk kepastian shahril terus mengambil telefonnya dan mendail nombor telefon kawannya dan bertanya kepadanya tentang wanita itu. Kawannya mengatakan yang nama wanita itu adalah syikin othman,hanya itu saja yang kawannya tahu tentang wanita itu,itu pun kawannya terdengar dari kawan-kawannya yang lain. Samada betul ataupun tidak,itu kawannya tidak pasti,pemuda itu tiba-tiba teringat kembali,nama wanita itu seperti kawan wanitanya sewaktu dia belajar di kolej dulu.Dia mula terfikir adakah dia adalah wanita yang sama iaitu kawan kolejnya itu.Pemuda itu mula pening dengan semua itu lalu dia menutup lampu dan terus melelapkan matanya untuk tidur.


Keesokan harinya,pemuda itu sibuk menguruakan projeknya yang baru diterima oleh pengarah syarikat itu semalam.Hari ini pemuda itu langsung tidak nampak lagi wajah wanita yang dia terlihat semalam.Dia masih lagi tertanya-tanya,seminit kemudian sedang dia sibuk dengan kerjanya.Wanita yang merupakan pekerja baru syarikat ini,tiba-tiba muncul di hadapan meja pejabatnya Dan bertanya kepada pemuda itu satu soalan,
“Encik boleh saya tahu bilik Encik kamal dimana?”
Encik kamal adalah bahagian “department human resources.”
Lalu pemuda itu pun menjawab,“bilik Encik kamal di tingkat 4 sebelah kanan”
Lalu wanita itu mengucapkan terima kasih kepada pemuda itu.
“Cik,boleh saya tahu nama cik,?” tiba-tiba shahril menyoal.
wanita itu,menjawab “nama saya syikin othman,encik.”   
“Awak ini Nurul Syikin Othman ke?” Shahril menyoal lagi
“Ye Encik,kenapa ye?” Tanya Syikin
“Awak tidak kenal saya ke?” Shahril menyoal kembali.
“Saya Muhamad Shahril Irshad kawan kolej awak dulu,” shahril berkata.
“Awak? patutlah macam saya kenal saja awak ini? Tapi ingat-ingat lupa..” wanita itu berkata.
“La yeke ingatkan awak dah tak ingat saya dah..” shahril berkata.
Wanita itu hanya tertawa Dan memberitahu serta meminta maaf kepada pemuda itu yang dia akan sambung perbualan itu di kemudian hari kerana dia ingin menyambung kerjanya dan ingin berjumpa dengan Encik kamal.


Shahril bagaikan tidak menyangka yang beliau akan berjumpa kembali dengan gadis itu setelah 2 tahun mereka tidak berjumpa.Shahril tersenyum sendirian di atas katilnya kerana teringat kembali apa yang berlaku pada siang tadi di pejabatnya itu.Tiba-tiba telefonnya berdering Dan dia melihat nombor kawannya menelefonnya lalu dia menjawab panggilan itu.
“ Hello,Assalamualaikum ye ada apa telefon aku malam-malam ini?” Shahril bertanya.
“ Tiada apa aku hanya nak tanya kau tentang projek baru yang bos bagi itu hari,dah siap ke?” Kawannya bertanya.
“ Belum lagi masih dalam proses,lagipun due datenya lagi seminggu lagi.” Shahril berkata.
“Oklah kalau macam itu,maaf aku ganggu kau malam-malam ini.” kawannya berkata.
“Tidak mengapa,assalamualaikum dan selamat malam.Shahril mengakhiri perbualan tersebut.

Syamim1 Publish time 14-7-2016 05:15 PM

Bab 2
Seminggu telah pun berlalu,hari ini hari penting bagi pemuda itu lagi kerana mempunyai perjumpaan dan pembentangan di antara syarikat lain terhadap projek yang telah dibuat seminggu yang lepas.Beliau merasa gementar kali ini untuk membentangkan segala projeknya itu.Apapun dia akan cuba sebaik yang mungkin demi menaikkan nama syarikatnya itu,jam menunjukkan sudah pukul 6 petang,diwaktu untuk pemuda itu pulang ke rumahnya.Pemuda itu bangun dari mejanya untuk pulang ke rumahnya setelah penat satu hari menguruakan pembentangan projeknya itu dan kerja-kerjanya yang harus diaiapkan.Sewaktu pemuda itu ingin memasuki keretanya,matanya terlihat sesuatu di satu sudut iaitu kawan lamanya itu syikin Othman sedang berdiri sendirian.Lalu dia terus mendekati wanita itu dengan menanyakan kepadanya.
“Syikin,awak tunggu sapa ye disini?” Shahril bertanya kepadanya.
“Saya tunggu teksi,tadi sudah call,tapi tidak sampai-sampai lagi,” Syikin menjawab
“Tidak mengapalah biar saya hantar awak balik ye.” Shahril berkata.
“Tidak susahkan awak ke,” Syikin menanya.
“Shahril tersenyum sambil berkata marilah,tiada susahnya,mari saya hantar awak balik,jom ikutsaya,kereta saya dekat situ,marilah.” Syikin sekadar menganguk dan mengikut sahaja.


Sewaktu dalam perjalanan untuk menghantar wanita itu pulang ke rumahnya,shahril sempat bertanya kepada wanita itu.
“Awak,tiada teman lelaki ke?” Shahril bertanya
Syikin tergamam dengan persoalan itu lalu Syikin hanya mengelengkan kepalanya sahaja.
“Saya minta maaf jikalau,saya tersalah tanya.” shahril berkata sambil menjeling ke arah wanita itu dengan penuh rasa bersalah dengan pertanyaannya itu,lalu perbualannya terhenti sehinggalah sampai ke rumah wanita itu,         
“Ok awak terima kasih,” kalau awak ada apa-apa nak tanya saya,mesej saja saya ok,syikin berkata sambil menjeling ke arah pemuda itu.
“Tapi,” Shahril baru saja mahu berkata,wanita itu memotong katanya itu.
“Saya masih guna nombor lama lagi.” Syikin berkata Dan membuka pintu keretanya lalu masuk ke dalam rumahnya tanpa menoleh ke arah pemuda itu lagi.


Malam itu Syikin berbaring di atas katilnya sambil termenung dan tersenyum kerana teringat dengan persoalan pemuda itu tadi.
Dalam hatinya hanya berkata “dia tak ada kekasih ke?”
“Kenapa dia tanya aku ada teman lelaki atau tidak?”
“Adakah dia nak jadikan aku ini kekasih dia?”
“Arghh,tak mungkin la,dia itu dahlah kacak,bergaya pulak itu mesti la dah ada teman wanita,” Syikin mengomel sendirian di dalam hatinya.
Beberapa minit kemudian,telefonnya berbunyi.Ting ting,bunyi mesej di WhatsApp masuk,
“sapa pulak yang mesej aku ini?” Syikin berkata
lalu dia terus mencapai tangannya membuka mesej itu dan ianya tertulis
“Assalamualaikum saya shahril,saya nak tanya awak,esok awak free tak?”
Syikin tersenyum melihat mesej itu lalu dia membalasnya
“Waalaikumusalam,esok saya banyak kerja la,kenapa ye?”
“Ingatkan nak ajak awak pergi makan tengahari,boleh? Tapi kalau awak sibuk tidak apa la,mungkin lain kali kot.” shahril membalas.
“Saya minta maaf tau,sebab esok memang tidak boleh.tidak apalah nanti bila saya ada masa saya beritahu awak ok,” Syikin membalas.
“Ok tidak mengapa,selamat malam dan assalamualaikum” shahril membalas dan perbualan itu terhenti disitu.
Shahril berbaring di atas katilnya dan berfikir,mungkin syikin tiada apa-apa perasaan terhadap dirinya lalu dia terus melelapkan matanya untuk tidur.


Pada keesokan pagi,pemuda itu berada di pejabatnya dan sibuk membuat semua kerja-kerjanya itu,sampaikan tidak sedar bahawa sudah tengahari.Tiba-tiba kawannya masuk ke biliknya dan berkata.
“Assalamualaikum shahril,kau tak nak pergi makan ke?”
Kawannya bertanya kepadanya akan tetapi dia tidak menjawab soalan kawannya itu lalu kawannya berkata lagi,
“Maaflah mungkin kau sibuk dengan kerja kau,oklah aku pergi dulu.”
Kawannya pun terus pergi meninggalkannya sendirian di pejabatnya itu.Beberapa minit kemudian,shahril bangun dari tempat duduknya untuk pergi bersolat di tingkat 3 pejabatnya itu. Selesai sahaja bersolat di surau,pemuda itu berehat seketika di surau itu sambil menyarungkan stokinnya semula di kakinya sebelum dia keluar dan memakai kasutnya untuk pergi ke pejabatnya semula.Sewaktu dia sedang berjalan mahu ke pejabatnya semula,dia terdengar dari sudut belakang,ada orang yang memanggil namanya.
“Shahril ! Shahril ! “ kedengaran satu suara.shahril menoleh,rupa-rupanya syikin memanggilnya.
Lalu shahril mula berkata, “ye ada apa Syikin?”
“Saya nak tanya hari jumaat ini awak busy tak,” Syikin menyoal kepadanya.
“Jumaat petang Saya free,tapi kenapa ye?” Shahril berkata.

Syamim1 Publish time 14-7-2016 05:19 PM

“Kan awak tanya saya semalam,sibuk ataupun tidak sebab nak ajak saya keluar makan kan?” Jadinya hari jumaat ini saya tidak sibuk.” Syikin berkata kepada shahril tentang mesejnya semalam.
“Yelah,saya terlupa pula,tapi kita mahu pergi mana ye?” Shahril berkata sambil menjeling kepadanya.
Padahal dia masih lagi ingat perkara itu tetapi dia berpura-pura,seolah-olah dia terlupa perkara itu.
Lalu syikin berkata,“Pergi tengok wayang,boleh? Jumaat petang pukul 3.30 petang,boleh?”
“Oklah kalau macam itu,kita jumpa jumaat ini ok,” shahril berkata
dan menamatkan perbualan itu lalu terus meninggalkannya kembali ke pejabatnya untuk menyambung kerjanya.


Hari jumaat telah pun tiba,hari ini shahril dan syikin akan keluar bersama untuk pergi menonton wayang.Pagi itu,Syikin membuka almari bajunya untuk memilih baju apa yang harus dipakai untuk berjumpa dengan pemuda itu petang nanti.Lama dia memilih lalu matanya terlihat dengan sepasang baju yang jarang digunakan sebelum ini kerana baju itu hanya digunakan untuk pergi ke majlis-majlis yang penting sahaja seperti majlis makan malam pejabatnya dan majlis-majlis kawin kawannya.Baju yang berwarna ungu itu dikeluarkan dan diletakkan di atas katil.
Di dalam hatinya berkata, “Perlu ke aku pakai baju yang cantik macam ini? nak pergi tengok wayang saja pun.”
Dia pun berkata sendirian lagi di dalam hatinya, “Tidak apalah,sekali sekala apa salahnya.”
Dia pun keluar dari biliknya lalu ke ruang tamu untuk menonton televisyen.Jam menunjukkan telah sudah pukul 11.00 pagi.Tiba masanya untuk syikin pergi ke dapur untuk memasak tengahari,dia tinggal bertiga di rumah sewanya itu.Beberapa jam kemudian,masuknya waktu solat,tibalah masanya untuk semua lelaki yang beragama islam menunaikan solat jumaat berjemaah di masjid.


Tibalah masanya temujanji shahril dan syikin untuk menonton wayang,Shahril tiba di rumah syikin awal 30 minit dari masa yang telah ditetapkan oleh syikin.Beberapa minit kemudian,syikin melangkah keluar dari rumahnya itu dengan berbaju kurung berwarna ungu.
Shahril tergamam melihatnya dan di dalam hatinya berkata “Ya Allah,cantiknya dia hari ini.”
Syikin berjalan menuju ke kereta pemuda itu lalu dibuka pintu keretanya serta memberikan salam kepadanya
“Assalamualaikum awak”
“Waalaikumusalam awak,masuklah.Shahril menjawab salamnya dan mula bergerak dari situ.”
“Cantik Awak Hari ini” Shahril berkata kepada wanita itu.
“Yeke? awak ini ada-ada jelah” Wanita itu berkata lalu tersenyum dengan apa yang dikatakan oleh shahril itu.
“Ye,awak nampak cantik sangat dari biasa” shahril berkata lagi sambil menjeling ke arahnya.
“Alhamdulillah awak,Allah bagi cantik” Wanita itu berkata kepada shahril.
Shahril tidak berkata apa-apa lagi,dia hanya tersenyum saja sambil meneruskan perjalanannya menuju ke Aeon Tebrau City untuk pergi menonton wayang.Beberapa Jam kemudian,Mereka pun sampai ke Aeon Tebrau City,mereka keluar dari keretanya setelah mendapat parking.Mereka terus saja menuju ke pintu utama mall itu Dan terus sahaja menuju ke panggung wayang yang terletak di tingkat atas.


Tibanya di Tgv Cinema,shahril terus beratur membeli tiket wayang dan setelah selasai mereka terus masuk di dalam bilik wayang.Selama satu jam setengah,mereka berdua berada di situ,Setelah habis tayangan tersebut mereka berdua,keluar dari panggung wayang tersebut lalu shahril lantas bertanya kepada syikin,
“Lepas ini awak hendak ke mana?” shahril menyoal
“Kita Pergi Makan,Jom” Syikin menjawab pertanyaan shahril
“Ok,boleh” shahril berkata
Mereka,menuju ke tingkat bawah untuk menuju ke sebuah restoran,Mereka memasuki sebuah restoran ini lalu membuat pesanan makan.Jam telah menunjukkan pukul 5.30 petang,shahril berbual dengan syikin sementara menunggu makanan sampai.
“Lepas makan ini,kita pergi ke surau ye.” Shahril berkata kepada syikin
“Ok,Lepas ini kita pergi sama-sama ye” Syikin menjawab pertanyaan shahril
Beberapa minit kemudian,makanan yang di tungu-tunggu pun sampai dan terhidang di atas meja.Mereka berdua menikmati hidangan-hidangan yang telah sampai itu sehingga habis,Setelah selesai membuat bayaran mereka berdua pun beredar dari restoran itu dan menuju ke surau di tingkat atas untuk menunaikan solat asar sebelum mereka berdua pulang ke rumah masing-masing.


Malam itu,syikin berasa amat gembira sekali pada hari ini.Bagaikan dia tidak menyangka kerana dia dapat keluar dengan pemuda yang dulunya dia pernah ada perasaan terhadapnya tetapi langkahnya terhenti kerana pemuda itu sudah mempunyai hubungan dengan kawan baiknya sendiri.Syikin bersyukur kerana dipertemukan kembali dengan pemuda itu,
Di dalam hatinya mula berkata “Kalau dah Jodoh Tak kemana”
“Arghh,apa kau mengarut ini,belum apa-apa dah macam ini” dia berkata sendirian
Lalu dia terus memetik suis lampunya untuk ditutup dan dia terus melelapkan matanya untuk tidur.
Pages: [1]
View full version: Kasih Yang Bertaktha


ADVERTISEMENT