CARI-MAMS Publish time 29-6-2016 12:56 PM

Ini Bahayanya Jika Ibu Hamil Ambil Air Soda

oleh Adib Za

Ada sesetengah wanita yang suka mengambil minuman bersoda meskipun sedang hamil. Kononnya mengambil soda diet yang boleh mengelakkan berat badan naik.


Namun, tahukah anda ia boleh memberi kesan buruk kepada berat badan bayi di kemudian hari?


Adanya kajian mendapati pemanis buatan yang diambil oleh ibu ketika hamil dapat meningkatkan risiko berat badan kepada anaknya, memetik laporan NBC News.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/29/125501h69n0wk5znhij4n5.jpg





Studi yang dilakukan kepada lebih 3,000 wanita dan bayi mereka, menunjukkan anak-anak dari ibu yang gemar mengambil minuman soda diet, mempunyai berat badan dua kali lebih tinggi ketika usia menginjak setahun. Ini berbeza dengan bayi yang ibunya tidak mengambil berkenaan ketika hamil.


Doktor menyarankan wanita hamil terus untuk berdiet dan bukan melupakan tabiat makanan yang sihat. - CARI



http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201606/29/125501vlxm9bhvbmnh21nl.jpg
Sumber foto: Carian google

shi_jewel Publish time 2-7-2016 04:31 PM

secara jujurnya, time pregnnt mmg iols ada minum air soda jenama Cola...
teringin....tp tu la kena pandai2 limitkan.

Lemon_juice Publish time 18-7-2016 06:59 PM

X keguguran ke minum air bikarbonat time pregnant?

Lady_Di Publish time 19-7-2016 07:52 AM

so far alhamdulillah. 2 pregnancies, and both delivered full term and healthy. Minum sikit2 just to satisfy the craving

misscendol Publish time 19-7-2016 08:16 PM

jgn lah minum. berasid kan

carly_lah Publish time 26-7-2016 06:26 PM

carly pun minum gak... tp x de la minum sebotol besar hari2... just utk hilangkan rasa teringin aje... dh la mengandung ada kencing manis... huhu

nilda_kerox Publish time 31-7-2016 05:30 AM

Minum gak sekali sekala... Jgn la togak hari2

ms_silky Publish time 11-8-2016 05:15 PM

Silky tiap2 pagi mesti minum air soda.... sikit je. asal dapat minum.

cikcikebom Publish time 18-8-2016 04:49 PM

Great info

kuewTiau Publish time 21-8-2016 09:49 AM

tak boleh minum langsung ke ??

lurve82 Publish time 21-8-2016 05:26 PM

aku mmg minum...sbb aku mabuk teruk..xde tenaga...so air bikarbonat ni bg aku tenaga...sbb gula tinggi...selamat xde pape...tp bkn hari2...nk dekat bersalin hari2 yg aku minum adalah slurpee...time preggy gula aku mmg tinggi...bacaan 12...

minguk Publish time 23-8-2016 06:11 PM

soda manis, bahay untuk kesihatan. lebih2 baby dalam kandungan

vanillaninja Publish time 9-9-2016 11:18 AM

My friend minum Coke almost everyday during her pregnancy, Alhamdulillah baby sihat. And the mother tak diabetic tapi reading dah nak masuk border line.

I guess it all depends on one's body.

ubat_batok Publish time 19-9-2016 10:44 AM

aku salah seorang peminum soda waktu pregnant. tapi tak delah minum banyak.
if minum coke, aku akan pastikan half coke+half air masak (campur)

sebab aku mcm nak pitam. bila dpt soda, lega sikit. dpt seteguk pon jadi.
Pages: [1]
View full version: Ini Bahayanya Jika Ibu Hamil Ambil Air Soda


ADVERTISEMENT