sukesuke Publish time 23-6-2016 02:02 PM

Boleh ke ambil anak angkat tanpa izin ibu kandung?

Salam,aku nak tumpang tanya pasal kes kwn aku nie la.dia nie anak rapat2.ada 5 org.yang ke tiga n ke empat tu twins.masa dia pregnantkan anak dia yg no 5 tu,ada la kwn adik dia offer nak jagakan yg kembar tu sementara dia bersalin.tlg jaga ikhlas la katanya.mula2 kwn aku nie x bagi tp adik dia pujuk suh bagi gak pasal kesian kwn nie sarat n selalu sakit2 kesan pembawakan ngandung nie.so perjanjian bila kwn nie da ok,dia akan amik balik bebudak tu.

sukesuke Publish time 23-6-2016 02:06 PM

Pas sbulan lebih kwn aku nie nak amik la anak dia,tp org tu tangguh2 nak kasi atas alasan biar la bg selesai bersalin n abis pantang baru amik.kwn aku pun mintak no akaun nak bank in belanja anak semua tp diorang xnak bg atas alasan diorang ikhlas nak tlg jaga.pas besalin n abis pantang,kwn aku pun berkeras nak amik balik anak2 dia tp org yg jaga tu nangis2 la merayu bg la chance last raya sesama psl da syg sgt.so kwn aku nie kesian n bg chance sampai raya.

sukesuke Publish time 23-6-2016 02:10 PM

Nak dijadikan cite baru2 nie tetiba dtg pegawai jkm ke rumah makcik kwn aku nie.suh hadir perbicaraan anak kembar dia kat mahkamah.so kwn aku nie terkejut la n tertanya2 pasal apa jkm dtg.rupa2nya ada org g failkan kes kat jkm nak amik bebudak nie jadi anak angkat atas tuduha pengabaian kanak2 n ibubapa x dapat dikesan.so kwn aku nie mengamuk la dan suruh org tu serahkan anak balik hari tu jugak pasal dia x pernah cakap nak bagi anak kat sesapa pun.so mlm tu dia dpt anak dia balik coz dia da cakap nak lapor polis kalo x hantar balik bebudak tu

sukesuke Publish time 23-6-2016 02:11 PM

Ingatkan kes tu da settle,rupanya org yg jaga tu senyap2 g lagi ke mahkamah n lanjutkan tempoh jagaan semntara bebudak nie n dtg jumpa adik kwn aku nie ugut suruh bagi balik kembar tu pada dia atas alasan ada perintah mahkamah.

sukesuke Publish time 23-6-2016 02:14 PM

Skrg kwn aku da pening nak buat mcm mana pasal dia x tau apa2.n lagi satu yg mohon anak angkat nie makcik kepada kwn adik dia.kwn adik dia senyap2 serahkan anak dia kat makcik dia.n kwm aku mmg betul2 marah pasal dia percaya kat or yg kesudahannya menyusahkan dia balik.skrg kwn aku nie x tau cara nak fight balik kes mahkamah tu n jkm berhak ke ambil anak org sesuka hati berdasarkan laporan palsu n tanpa izin ibu kandung?

penmerah Publish time 23-6-2016 02:19 PM

eeee bahayanya sesuka ati ambil anak org :shutup:

bidacool Publish time 23-6-2016 03:05 PM

Mana boleh sesuka ati nak amik anak orang. Kalau tuduhan pengabaian, ada bukti ke? ko hingat sesuka ati je ke polis percaya cakap org? bg tau kwn ko tu pergi report polis.

sukesuke Publish time 23-6-2016 03:11 PM

bidacool replied at 23-6-2016 03:05 PM
Mana boleh sesuka ati nak amik anak orang. Kalau tuduhan pengabaian, ada bukti ke? ko hingat sesuka...

Kalo dia report nnt nak kena ckp apa ya.pasal dia dah x caye dgn jkm pasal jkm leh cakap nnt dia hantar pegawai dtg siasat kat rumah sama ada dia layak ke x jaga anak.nape lak jkm nak cakap mcm tu kat dia pasal dari awal dia dah cakap dia x tau apa2 n org tu yg pandai2 buat cerita.rupanya org tu pun da iklankan kat paper cari waris padahal bkn diorang x tau nak contact mcm mana.leh ke kwn aku nie dakwa org tu buat laporan palsu?

bidacool Publish time 23-6-2016 03:23 PM

sukesuke replied at 23-6-2016 03:11 PM
Kalo dia report nnt nak kena ckp apa ya.pasal dia dah x caye dgn jkm pasal jkm leh cakap nnt dia h ...

cerita la kt polis kisah sebenarnya.... citer mcm ko citer kt dlm thread ni. Buat jugak tuduhan org tu buat report palsu kt jkm. jkm mesti la cakap nk siasat kwn ko tu sbb tu prosedur dia org. yg penting, report polis je..

virgo19 Publish time 23-6-2016 04:18 PM

Suami kawan tt tu kat mana ya? macam tak sebut langsung pasal dia. Takkan dia takde tindakan apa2?

sukesuke Publish time 23-6-2016 04:48 PM

virgo19 replied at 23-6-2016 04:18 PM
Suami kawan tt tu kat mana ya? macam tak sebut langsung pasal dia. Takkan dia takde tindakan apa2?

Suami dia dah cerai masa preggy ari tu.b dia pun xnak bg tau ex dia takut jadi point hak penjagaan anak nnt

zuri154 Publish time 23-6-2016 04:59 PM

kalau kita ambik anak org lain tanpa izin boleh dituduh menculik tau. sebab tu kalau jumpa budak tengah jln jgn bawa balik, terus bawa pegi balai polis.

mana bole suka2 hati ambik anak org lain utk dijaga. sebab tu prosedur JKM kalau nk ambik anak angkat kena ada surat sah dari segi undang2. kalau tak ibu bapa angkat tu bole dituduh menculik wpun mereka jaga anak angkat tu baik2. ambik anak org lain tanpa izin adalah menculik.

carly_lah Publish time 23-6-2016 08:34 PM

teruknya... sian kat mak budak tu... mcm dh jatuh di timpa tangga... dh la kena cerai, anak pulak suka suki org nak rampas... siannya...

sukesuke Publish time 23-6-2016 09:32 PM

zuri154 replied at 23-6-2016 04:59 PM
kalau kita ambik anak org lain tanpa izin boleh dituduh menculik tau. sebab tu kalau jumpa budak ten ...

Tu yang peliknya,mcm mana org tu leh dpt hak jagaan sementara padahal ibu kandung langsung x tau apa2.yang bestnya boleh lak dia lanjutkan lagi tempoh hak jagaan anak tu sedangkan masa tu anak2 semua kwn aku da amik balik.

tiang@pi Publish time 24-6-2016 02:25 AM

kesian nye..semoga baek2 aje...

zeed Publish time 24-6-2016 07:13 AM

Buat report polis kronologi mcm mana hal ni berlaku .kalau ada bukti msg atau whatsapp lagi bagus..kalau tak sure boleh lantik peguam

sukesuke Publish time 25-6-2016 09:55 AM

zeed replied at 24-6-2016 07:13 AM
Buat report polis kronologi mcm mana hal ni berlaku .kalau ada bukti msg atau whatsapp lagi bagus..k ...

Kwn aku ckp org yg jaga tu suruh dia datang mahkamah bln 8 nie.boleh ke kalo kwn aku x xnak g? Pasal x pernah bg persetujuan apa pun kat org tu n x kenal pun org tu sapa.dan lagi satu sapa pun x tau mana kwn aku tinggal skrg.

zeed Publish time 25-6-2016 10:12 AM

sukesuke replied at 25-6-2016 09:55 AM
Kwn aku ckp org yg jaga tu suruh dia datang mahkamah bln 8 nie.boleh ke kalo kwn aku x xnak g? Pas ...

At least buat report polis..kaver diri mcm mana cerita dari pihak belah ko..dan kalau tak pasti boleh lantik peguam..diorg boleh advise..tak pon cuba tanya biro bantuan guaman mcm mana..

sukesuke Publish time 25-6-2016 12:23 PM

zeed replied at 25-6-2016 10:12 AM
At least buat report polis..kaver diri mcm mana cerita dari pihak belah ko..dan kalau tak pasti bo ...

Ok,tq..nnt sy ckp dgn dia coz kesian sgt tgk dia.dia takut jkm ambil anak dia pasal dia single parent. Xde keje coz baru abis pantang.tu yg dia takut anak dia kena rampas je apa.dia ckp susah mcm mana pun tlg la jgn ambil anak2 dia.tu je harta yg dia ada dunia akhirat.

little_sis Publish time 25-6-2016 04:51 PM

teruknya org tu, siap iklan psl waris lg, maksudnya mmg dia punya plan sendiri awal2 lg.. senang2 je nak amik anak org dgn cara camtu.. aku setuju suggestion report polis tu.. memandai je nak amik anak orang, lain le kalo maknya mmg nak bagi buat anak angkat..
Pages: [1] 2
View full version: Boleh ke ambil anak angkat tanpa izin ibu kandung?


ADVERTISEMENT