uniq61 Publish time 23-6-2016 11:48 AM

Elaklah Makanan Ini Kalau Tak Mahu Kaki Berbau Busuk

Edited by kymano at 10-1-2019 02:36 AM

Elaklah Makanan Ini Kalau Tak Mahu Kaki Berbau Busuk
http://www.mingguanwanita.my/polopoly_fs/1.506099.1459828220!/image/image.jpg_gen/derivatives/landscape_530/image.jpg
Oleh:Nadia Mingguan Wanita

Kaki berbau amat merengsakan, bukan sahaja diri sendiri tetapi orang di sekeliling. Bayangkan ketika sedang berdiri di dalam kereta api, beratur di dalam kawasan yang sesak dan ramai atau mungkin sedang menunggu giliran di bank, pejabat pos mahu pun di hospital tiba-tiba ‘haruman’ kaki mula tersebar di sekeliling. Cukup tidak selesa dan tak mustahil anda boleh menyebabkan orang lain muntah-muntah.

Jangan risau, sebenarnya anda boleh atasi masalah kaki berbau dengan menjaga pemakanan yang diambil setiap hari.
Makanan yang perlu dielakkan
1. Elakkan makan makanan yang mengandungi gula yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila jangkitan kaki agak serius. Gula menggalakkan lagi pembiakan kulat pada badan.

2. Elakkan makanan yang mengandungi yis seperti keju, yis roti, cendawan, cuka dan kicap.

3. Buah seperti anggur dan beri biru mempunyai kandungan gula yang tinggi.

4. Makanan kekacang juga perlu dielakkan.
Makanan yang boleh diambil
1. Cendawan shitake satu-satunya cendawan yang boleh dimakan memandangkan ia kaya dengan kandungan beta glucan yang membantu mengurangkan jangkitan kulat.

2. Makan lebih banyak bawang dan bawang putih. Makanan ini adalah antara makanan anti-bakteria dan anti-kulat.

3. Makan sekurang-kurangnya 250 gram sehari yogurt rendah lemak yang mengandungi asidofilus dan bifidus.

purpledesire Publish time 17-8-2016 12:30 AM

Ohhh..Ok


FARRAZOOL Publish time 5-9-2016 01:10 AM

Not bad..:)

Xiximixx Publish time 6-10-2016 12:18 AM

Ninja210 Publish time 4-2-2017 12:00 AM

Oooo ok..tq

melissa~~ Publish time 31-3-2017 12:57 PM

thank you nice info

KuewTeuwKungFu Publish time 7-4-2017 02:25 PM

good info...mmg kena jg
Pages: [1]
View full version: Elaklah Makanan Ini Kalau Tak Mahu Kaki Berbau Busuk


ADVERTISEMENT