Hatida Publish time 20-6-2016 01:46 PM

Masalah Lebihan Cecair Dalam Kepala Bayi

Assalamualaikum wbt... maaf kalau salah thread. encik mod sila humbankan topik saya ni kat mana2 thread yang sesuai yer.. Gini, saya ada masalah bayi dalam kandungan yang mengalami lebihan cecair dalam kepala (Hidrosephalus). Usia kandungan dah masuk 32w tapi saiz kepala dah 35w. Dah buat appointment dengan doc pakar.. dia cakap takut makin membesar saiz kepalanya tu nanti. Masa detail scan tu, doc cakap takde masalah lain kecuali memang ada air dalam kepala. Skeleton, organ dalaman alhamdulillah xde masalah. Kalau dia jumpa ada mana2 bahagian bermasalah, dan dia boleh cornfirmkan baby tu takkan hidup lama lepas lahir.. dia akan buat satu operation kecik di mana dia akan cucuk melalui perut saya ke bahagian kepala untuk sedut cecair tu. Tapi make sure yang bayi tu betul2 bermasalah dan takkan bertahan lama. Saya suami isteri hanya terkedu bila doc explain camtu. Hanya Allah yang tahu perasaan saya masa tu, remuk redam.. :'( :'(

So, lagi 4w doc nak scan lagi sekali.. if saiz kepala menunjukkan perubahan, doc akan booking satu tarikh untuk operate for my delivery baby 2w before due date. Kalau makin besar, kemungkinan untuk saya delivery secara normal adalah tipis.. Selepas tu barulah rawatan susulan akan dilakukan. Apa yang mampu saya buat hanyalah berdoa dan terus berdoa semoga berlaku keajaiban. Allah lebih Mengetahui dan Dialah sebaik2 perancang.

Ada tak forumer kat sini (terutama para mommy's) yang alami masalah macam saya ni? Sepanjang hamil saya takde masalah lain, takdedarah tinggi, kencing manis. Baby pon bergerak aktif. Semoga baby saya lahir dengan sihat.. Insha Allah amin...

sally03tomato Publish time 23-6-2016 08:50 PM

Besar dugaan sis.. harap tabah... sy pernah di dagnose kepala baby kecik 4 minggu dari yg asal.. kene pantau doc pakar juga... tp lahir sihar sempurna.

sally03tomato Publish time 23-6-2016 08:50 PM

Besar dugaan sis.. harap tabah... sy pernah di dagnose kepala baby kecik 4 minggu dari yg asal.. kene pantau doc pakar juga... tp lahir sihar sempurna.

mokcikKSKB Publish time 24-6-2016 04:38 AM

Hatida replied at 20-6-2016 01:46 PM
Assalamualaikum wbt... maaf kalau salah thread. encik mod sila humbankan topik saya ni kat mana2 thr ...

Aku x pernah mengalami kes mcm ko ni. Tp semua baby aku kepala mesti 2wks larger..ukurlilit perut plak mesti 2wks smaller. Doc slalu ckp baby aku fetal distress kena deliver awal.susah hati x payah ckp lah..hari2 doa baby ok.last2 cukup je 38wks doc paksa baby aku keluar awal...
Aku rasa doc @ipes2 leh bantu ko.

bunga_lestari Publish time 24-6-2016 09:35 AM

@cantleyi maybe boleh share experience..

apapun, mohon ibu tabah hadapi dugaan..

cantleyi Publish time 24-6-2016 10:13 AM

Edited by cantleyi at 24-6-2016 10:14 AM

bunga_lestari replied at 24-6-2016 09:35 AM
@cantleyi maybe boleh share experience..

apapun, mohon ibu tabah hadapi dugaan..
tq kaka...tag ai :$
untuk pengetahuan si ibu..saya ibu kepada seorang anak oku yang lahir dengan encaphalocele..nak tak cemana rupa keadaannya..jap saya tepek pic ya
http://image.slidesharecdn.com/surgicalnuances-giantencephalocele-140701102903-phpapp02/95/surgical-nuances-giant-encephalocele-4-638.jpg?cb=1404210593

gini la keadaan my hero masa lahir...otak dia berada didalam kepala yang besar tuu...diluar tempurung kepala dia...so bayangkan..manusia tanpa otak?apa akan jadi pada dia?doc detech masa usia kandungan 34w,sebelum ni scan langsung takde apa2 masalah..masa doc bagi taw keadaan saya dan baby..saya speechless...reaksi pertama sya kata dalam diri...saya taknak anak ni...saya taknak anak yang cacat..sebab masa doc xplain..tak sure area mana yang terganggu..sama ada muka..perut..kepala dan lain2..

tapi otw balik rumah..sya nangis dalam kete..sambil kata kat suami..cemana ni yang?anak kita jadi cem ni?mujur suami saya seorang yang sangat tenang..kita amik anak ni..kita bela..sebab dia juga sebahagian dari kita...so saya cuba pujuk hati..start dari hari tu..saya merayu..meminta..berdoa pada yang Maha Kuasa...saya merintih..sya muhasabah diri..ada sebab kenapa Dia hadirkan insan istimewa ini buat saya sekeluarga..alhamdulillah..akhirnya sya taw kenapa Allah buat perancangan secantik ini..dia bagi kita dugaan dengan sedikit kepayahan tapi Dia janjikan kemanisan..sujud syukur...

saya hanya boleh deliver dengan kaedah ceasar sahaja..so saya nasihatkan puan untuk minta la ceaser sebab apa..hidrociphalus ni bahaya juga..lebihan cecair dalam kepala..kalu bersalin normal..besar kemungkinan kepala tu akan pecah..akan membahayakan anak serta merta..

berdasarkan pengalaman saya..sebagai muslim..berdoalah...merintih..merayu..menangisla semahunya di depan Dia..minta yang baik2..tapi kena redha dengan ketentuan ilahi..doc hanya bercakap berdasarkan previouskes..tapi Allah yang menentukan segalanya..sya lebih percaya pada ketentuan Dia...

fyi, doc kata anak saya hanya boleh bertahan selama 14 hari sahaja..tapi alhamdulillah...sekarang ni da masuk 4 tahun..sangat bijak..petah bercakap..hansome..boleh berjalan walaupun lambat dan membesar sebagai seorang yang normal..ekceli sekarang ni kepala dia masih berlubang..tempurung belum tertutup sepenuhnya..

hurm...sharing dari saya..sory la panjang pula :$

puan sabar dan bahagiakan hati ....salurkan aura +ve pada si comel tuu

sabar_sabariah Publish time 24-6-2016 10:18 AM

cantleyi replied at 24-6-2016 10:13 AM
tq kaka...tag ai
untuk pengetahuan si ibu..saya ibu kepada seorang anak oku yang lahir dengan...

maksudnya puan,
masa lahir sebegitu dgn keadaan otak di luar
lepas tu doktor operate masukkan otak dalam kepala balik
camtu ke?

puan sangat tabah menghadapi dugaan ni
semoga kisah anak puan dapat memberi inspirasi dan semangat pada insan yg memerlukan

bunga_lestari Publish time 24-6-2016 10:23 AM

cantleyi replied at 24-6-2016 10:13 AM
tq kaka...tag ai
untuk pengetahuan si ibu..saya ibu kepada seorang anak oku yang lahir dengan...

tq @cantleyi sudi share.. yer tt, anak dia membesar bagai juara.. bijak sgt tgk keletah dia.. :loveliness:


jgn putus harapan yer tt, mohon doa banyak2 pada Tuhan.. ada hikmahnya kenapa Tuhan hadirkan insan istimewa ni pada
kita..

cantleyi Publish time 24-6-2016 10:24 AM

sabar_sabariah replied at 24-6-2016 10:18 AM
maksudnya puan,
masa lahir sebegitu dgn keadaan otak di luar
lepas tu doktor operate masukkan ot ...

ye..mmg lahir macam ni..otak kat luar

umur 2 hari da post ops..doc tebuk kepala besar tu..keluarkan air..n masukkan otak kat kepala sebenar dia..

n kes dia ni sangat rare kat malaysia rasanya..saya gugel tak jumpa...asik jumpa kes yang sama kat oberC ja...

so skrg pun saya sharing cerita dengan kwan seantero dunia...

insyAllah..semoga perkongisian saya bermanfaat

cantleyi Publish time 24-6-2016 11:17 AM

bunga_lestari replied at 24-6-2016 10:23 AM
tq @cantleyi sudi share.. yer tt, anak dia membesar bagai juara.. bijak sgt tgk keletah dia.. :lov ...

tinggalnak redha dan ikhlas ja...

ni tiket kita masuk syurga taw..

aset besar buat ai :$

Genkidesuka Publish time 24-6-2016 12:17 PM

cantleyi replied at 24-6-2016 11:17 AM
tinggalnak redha dan ikhlas ja...

ni tiket kita masuk syurga taw..


Assalammu'alaikum.Merempit ke CARI lepas tgk korang borak kat whatsapp.:loveliness:

Semoga TT bersabar, redho dan berserah dgn penuh keyakinan kpd Maha Pencipta spt cantleyi.   

cantleyi Publish time 24-6-2016 01:43 PM

Genkidesuka replied at 24-6-2016 12:17 PM
Assalammu'alaikum.Merempit ke CARI lepas tgk korang borak kat whatsapp.

Semoga...

Walaikumsalam ....

redho adalah sebaik2 dan semulia2 reaksi yang perlu kita buat sekarang ni..

insyAllah..akan ada pelangi selepas hujan...:loveliness:

ipes2 Publish time 24-6-2016 07:10 PM

mokcikKSKB replied at 24-6-2016 04:38 AM
Aku x pernah mengalami kes mcm ko ni. Tp semua baby aku kepala mesti 2wks larger..ukurlilit perut...

Terima Kasih Mokcik dan selamat berpuasa.Cecair terlebih dalam otak ialah Hydrocephalus ( hai-dro-ke-fe-lis); hydro = ai, cephalon = kepala.
cecair yg terlebig itu ialah CSF.

Jadi TT ni ada baby yg ada Fetal Hydrocephalus lah ye?
(Fetal bila belum lahir Neonatal bila dah lahir tapi umur <4 minggu)

Jika diagnosis ini benar, kena dapatkan rawatna pakar Neurosurgery.
Jika benar ini Hydrocephalus, kena rawat cepat dan kena cari sebab.
rawatan nya secara surgical, VP shunt namanya.
apa apa pun confim dulu.. sebab baby selalu jugak kepala besar ke ada ventriculomegaly ke etc
(ventriculomegaly: bila ruang dalam otak itu besar dai normal)

mokcikKSKB Publish time 24-6-2016 08:10 PM

ipes2 replied at 24-6-2016 07:10 PM
Terima Kasih Mokcik dan selamat berpuasa.Cecair terlebih dalam otak ialah Hydrocephalus ( hai-dro- ...

Selamat berpuasa doc.saja tag doc sng sikit nk bg kefahaman kat tt.insyaAllah smg anak tt lahir sihat dan kuat.

Hatida Publish time 25-6-2016 11:21 AM

sally03tomato replied at 23-6-2016 08:50 PM
Besar dugaan sis.. harap tabah... sy pernah di dagnose kepala baby kecik 4 minggu dari yg asal.. ken ...

terima kasih sally... itulah kan, di bulan pose ni kan. dugaan sungguh... hanya mampu berdoa dan terus berdoa semoga ada keajaiban.. insyaAllah, aminn.

Hatida Publish time 25-6-2016 11:26 AM

mokcikKSKB replied at 24-6-2016 04:38 AM
Aku x pernah mengalami kes mcm ko ni. Tp semua baby aku kepala mesti 2wks larger..ukurlilit perut...

oooh i see. doc pakar pun ada cakap, setiap baby mempunyai air dalam kepala dia. sikit ngan banyak je. tapi lama kelamaan mungkin dia akan hilang dengan sendirinya. aritu baby ko delivery czer ke normal? masa anak pertama doc pon ada bgtau kepala dia besar sikit and fetal distress. kene czer la jawabnya... alhamdulillah anak pertama sihat wal'afiat, membesar bagai juara. sekrang ni dia dah nak masuk 3 tahun. ni adik dia plak.. harapnya takde paper la.. insya Allah..

Hatida Publish time 25-6-2016 02:35 PM

ipes2 replied at 24-6-2016 07:10 PM
Terima Kasih Mokcik dan selamat berpuasa.Cecair terlebih dalam otak ialah Hydrocephalus ( hai-dro- ...

terima kasih doc... yep, fetal hydrocephalus. kiranya usia kandungan saya dah masuk 32w tapi saiz kepala dah 35w. doc pakar kat Hospital Sultanah Nur Zahirah (Obgyn) yang buat detail scan. yang lain xde masalah. lagi 4w (13/7) scan lagi sekali. if saiz kepala tu makin membesar, mgkn dia akan amik sample air ketuban untuk dihantar ke makmal (mgkn nak tahu punca air dalam kepala baby tu) n then book tarikh 2w awal dr tarikh darr due for czer. fyi, anak pertama saya dulu pon saiz kepala dia besar. masa lahir ukur lilit kepala 35cm. dan masa delivery, fetal distress... kene czer. nanti saya upload gmbar detail scan n report dr doc pakar tu. apa yang mampu saya buat sekarang ni hanyalah berdoa dan terus berdoa agar berlaku keajaiban. terima kasih doc. :loveliness:

Hatida Publish time 25-6-2016 02:37 PM

mokcikKSKB replied at 24-6-2016 08:10 PM
Selamat berpuasa doc.saja tag doc sng sikit nk bg kefahaman kat tt.insyaAllah smg anak tt lahir si ...

tenkiu mokcik! selamat berpuasa jugakk...

Hatida Publish time 25-6-2016 02:46 PM

cantleyi replied at 24-6-2016 10:13 AM
tq kaka...tag ai
untuk pengetahuan si ibu..saya ibu kepada seorang anak oku yang lahir dengan...

subhanallah.. lagi hebat dugaan yg awak alami... tapi syukur alhamdulillah, anak awak membesar dengan sihat. ada hikmah di sebalik semua ni. saya pon ajar diri saya supaya berfikiran positif, mungkin ada hikmah disebalik semua yang berlaku. sekuat2 asben saya, menangis teresak2 dia masa balik dr hospital tu. saya hanya mengadu, mengharap, merintih, menangis pada Allah je.. saya yakin perancangan Allah tu lebih hebat, Dia Yang Maha Mengetahui. Tiada yang mustahil bagi Dia. tak putus2 berdoa selepas setiap kali solat, berdoa dalam sujud terakhir saya.. baca yaasin lepas solat. saya hanya mahukan anak yang Allah anugerahkan kepada saya ni lahir dengan sihat sempurna. jika sebaliknya, saya berlapang dada dan redha dengan ketentuanNya. Allahurabbi.... semangat saya hilang. keliru, risau... tapi saya cuba kuatkan semangat saya, bersangka baik pada Allah. moga2 ada berita baik nanti, insya Allah. terima kasih cantleyi kerana sudi berkongsi pengalaman awak. semoga berbahagia hendaknya. :)

Hatida Publish time 25-6-2016 02:47 PM

bunga_lestari replied at 24-6-2016 10:23 AM
tq @cantleyi sudi share.. yer tt, anak dia membesar bagai juara.. bijak sgt tgk keletah dia.. :lov ...

terima kasih bunga_lestari... insya Allah, moga2 berlaku keajaiban nanti.. :)

Pages: [1] 2 3 4 5 6 7 8 9 10
View full version: Masalah Lebihan Cecair Dalam Kepala Bayi


ADVERTISEMENT