Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna
#ApaNakBuat: Cara Parkir Sisi dengan Mudah dan Sempurna Setiap MasaFacebookTwitter
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/apanakbuat-cara-parkir-sisi-e1464112653385.png
BUKAN sedikit kalangan kita yang berdebar-debar setiap kali mahu memarkir kereta, terutama parkir selari atau sisi (parallel/side parking). Buktinya, di laman sosial perkongsian video seperti YouTube menunjukkan betapa ramai pemandu yang gagal memarkir kenderaan dengan sempurna. Apakah anda salah seorang daripada mereka?Tidak mengapa, kami akan bantu anda menerusi artikel ringkas ini. Tetapi apa yang penting adalah berlatih sehingga mahir. Anda boleh lakukannya di mana-mana tempat dan kawasan parkir lapang pada hujung minggu. Ingat, practise makes perfect!Hukum ibu jari (rules of thumb) dan pengalaman sangat membantu, tetapi kami lebih suka memilih eksperimen berulang kali. Mungkin anda sudah mahir dan setiap tindakan dilakukan secara spontan. Tetapi tahukah anda bahawa setiap langkah yang anda lakukan itu sebenarnya berasaskan aturan sama seperti di bawah ini.Baca panduan ini sambil merujuk gambar rajah utama di atas:1. Pandu kereta anda supaya selari dengan kereta sebelah. Pastikan gandar belakang (tengah rim) sejajar dengan hujung bampar kereta sebelah. Pusing stereng ke kiri hingga habis dan mula pandu masuk ke dalam petak parkir.2. Undurkan kereta hingga bahagian tengah kereta selari dengan bampar belakang kereta sebelah. Kemudian, luruskan stereng dan undurkan kereta hingga tayar belakang (kanan) sejajar dengan tepi jalan.3. Pusingkan stereng arah bertentangan (kanan) dan undur kereta. Anda akan dapati sisi kereta anda akan berada sejajar dengan kereta sebelah di hadapan.4. Jika mengikuti langkah diberikan, kereta anda pasti akan berada dalam petak parkir yang dimahukan. Keluar sekarang dan perhatikan hasil kerja anda.DIBUKTIKAN MATEMATIKhttp://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/formula-side-parking.jpg
Kajian University of London yang disokong Vauxhall baru-baru ini menetapkan amaun sebenar ruang ekstra yang diperlukan sesebuah kereta untuk diparkir selari. Ia bergantung kepada radius pusingan (r) kereta anda, jarak roda atau wheelbase (l), jarak dari pusat roda depan hingga hadapan kereta (k) dan lebar kereta yang anda cuba parkir di belakangnya (w).
side parking la paling senang.
dgn reverse parking. :C
Pages:
[1]