uniq61 Publish time 20-6-2016 12:23 PM

Fahami Fungsi Lampu Kereta

Fahami Fungsi Lampu Kereta, Jangan Pasang Sebarangan!FacebookTwitter


http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/bg-fungsi-lampu-kereta.png
BILAKAH sepatutnya memasang lampu bahaya? Bilakah pula guna lampu kabus? Apakah fungsi lampu kereta anda? Ya, pemandu kita sering keliru bagaimana menggunakan sistem lampu dengan betul pada kereta mereka. Jom kita baca ringkasan mengenai fungsi, simbol, masa guna dan etika menggunakan lampu kereta:1. LAMPU DEPAN (HEADLAMP)http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-depan-e1463802081922.jpg
Lampu depan (headlamp) dilengkapi dua fungsi, iaitu lampu malap (dim) dan lampu suluh (beam). Pada awal era permotoran, ciri lampu utama sekadar lampu malap sahaja yang cahayanya sangat lemah dan langsung tidak membantu mencerahkan laluan di hadapan.Bagaimanapun, fungsi sebenar lampu ‘hidup segan mati tak mahu’ itu adalah memberikan kejelasan kepada kenderaan di hadapan. Jadi, kita dapat tahu ada kenderaan lain juga sedang bergerak di hadapan ketika memandu pada malam atau situasi kurang pencahayaan. Dalam situasi tertentu lampu malap juga berfungsi sebagai lampu sandaran (backup lamp) kepada lampu suluh jika gagal berfungsi. Fungsi dan ciri lampu depan masih kekal hingga sekarang.Rata-rata kereta lama tidak mempunyai sebarang indikator atau simbol khas untuk lampu depan di panel meter kecuali lampu suluh tinggi (highbeam). Jadi, pemandu terpaksa bergantung kepada tahap kecerahan lampu iluminasipanel meter yang mengelirukan hingga membuatkan mereka terlupa atau tersalah sangka sudah memasang lampu depan, terutama ketika memandu malam di kawasan yang banyak lampu jalan (seperti di bandar).http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/simbol-lampu-depan-headlamp-1-e1463804299266.png
Penyelesaiannya, jurutera automotif mencipta simbol khas untuk lampu malap (Gambar 1 – suis lampu dipasang & Gambar 3 – lampu sisi), dan lampu suluh rendah (Gambar 2). Kini, majoriti kereta moden menggunakan dua atau tiga simbol ini dan anda perlu memastikan semua simbol tersebut menyala ketika memandu malam atau kurang pencahayaan.2. LAMPU SIANG (DAYTIME RUNNING LIGHTS)http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-siang-daytime-running-lights-e1463803411445.jpg
Fungsi kejelasan atau visibiliti kerap dilupakan. Sebenarnya, memasang lampu depan ketika memandu dalam cuaca buruk atau di lebuh raya ialah tindakan yang sangat bagus. Namun, masih ramai pemandu mengabaikannya dan cenderung mematikan lampu ketika memandu siang. Inilah sebab kenapa lampu siang dicipta!Lampu siang biasanya sentiasa terpasang sebaik sahaja kenderaan dihidupkan. Tetapi, harus diingat, lampu siang sama sekali tidak menggantikan fungsi lampu depan kerana ia menyala tanpa mengaktifkan lampu belakang, dan ini menyusahkan pemandu di belakang. Sama seperti namanya, lampu siang adalah untuk kegunaan siang hari.3. LAMPU SULUH TINGGI (HIGH BEAM)http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-suluh-tinggi-highbeam-1-e1463804255227.jpg
Jangan guna sebarangan lampu suluh tinggi (high beam) kerana ia mampu mewujudkan situasi silau atau buta seketika apabila kenderaan hadapan anda melihat cermin pandang belakang. Anda hanya patut menggunakan lampu suluh tinggi apabila tiada kenderaan di hadapan sama ada dari arah bertentangan atau haluan sama.Jika anda dapat lihat ekor cahaya daripada pemandu hadapan, cepat-cepat rendahkan cahaya lampu untuk mengelak pemanduan mereka terganggu. Malah, bukan pemandu sahaja boleh buta akibat perbuatan anda, pengguna jalan raya seperti pejalan kaki dan penunggang motosikal atau basikal turut mengalami nasib sama. Tolong bertimbang rasa!http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/simbol-lampu-suluh-tinggi-e1463804673924.png
Simbol lampu suluh tinggi.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/laras-cermin-pandang-belakang-e1463805138450.jpg
Hala cermin pandang belakang ke bumbung jika silau.
Paling penting jangan saling berlawan memasang lampu suluh tinggi jika kenderaan hadapan enggan merendahkan lampu mereka. Anda sebenarnya hanya memburukkan keadaan. Apa yang perlu dilakukan ialah bersabar, kurangkan had laju dan fokus kepada garisan jalan untuk mengelak silau. Jika arah lampu dari belakang, cuma halakan reflek cermin pandang belakang anda ke bumbung kereta.4. LAMPU KABUS (FOG LAMPS)http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-kabus-depan-e1463805758743.jpg
Lampu kabus depan.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-kabus-belakang-e1463805824518.jpg
Lampu kabus belakang.
Lampu kabus bukan lampu siang. Anda patut menggunakannya ketika situasi kabus, kabut, jerebu, ribut atau hujan lebat yang menyebabkan pandangan hadapan terjejas kurang 100 meter. Lampu kabus akan membantu anda mencerahkan sudut jalan di hadapan dan tepi, sekali gus meningkatkan kejelasan pemanduan.Ciri baru lampu kabus belakang pula dicipta untuk meningkatkan kejelasan kereta supaya mudah dilihat pemandu belakang. Ia direka khas untuk membantu pemandu di Eropah yang berdepan masalah kabus atau kabut teruk ketika musim salji, di mana jarak penglihatan menyamai situasi jerebu tahap darurat di Malaysia.Lampu kabus belakang kebanyakannya lebih terang berbanding lampu kabus depan. Malah, tahap silau mencecah kira-kira 30 kali ganda berbanding lampu biasa. Jadi, tolong pasang apabila perlu sahaja!http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/simbol-lampu-kabus-e1463805529160.png
Di atas ialah simbol lampu kabus depan (Gambar A) dan lampu kabus belakang (Gambar B). Walaupun simbol hampir sama, tetapi berbeza arah (suluh kiri untuk depan, suluh kanan untuk belakang). Perbezaan paling mudah ialah warna, iaitu hijau untuk lampu kabus depan dan kuning untuk lampu kabus belakang. Ingat!5. LAMPU BAHAYA (HAZARD LIGHTS)http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/lampu-bahaya-e1463806671868.jpg
Lampu bahaya berkelip.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/02/butang-lampu-bahaya-e1463806733227.jpg
Butang lampu bahaya.
Lampu bahaya direka untuk memberi amaran kepada pengguna jalan raya lain mengenai bahaya yang sedang berlaku sama ada membabitkan kenderaan sendiri atau orang lain. Ia digunakan apabila kereta anda terkandas atau berhenti seketika disebabkan ada gangguan di hadapan.Asasnya, anda tidak sewajarnya menggunakan fungsi lampu bahaya sesuka hati walaupun ketika berdepan cuaca buruk seperti hujan lebat. Ini kerana kereta anda masih sedang bergerak! Ini boleh menyebabkan kenderaan belakang membrek mengejut dan seterusnya mengakibatkan impak perlanggaran domino dengan banyak kenderaan lain di belakang.Bagaimanapun, jika anda sedang memandu dan menyedari ada bahaya di hadapan (misalnya ada kenderaan berhenti di lorong kecemasan), anda sebenarnya boleh mengaktifkan lampu bahaya seketikauntuk memberi amaran kepada pemandu lain bahawa anda sedang memperlahankan kereta. Dan jangan pula lupa mematikannya.TIP EKSTRAKereta moden biasanya dilengkapi indikator amaran jika berlaku kegagalan pada sistem lampu. Namun, anda sepatutnya memeriksa sendiri lampu kereta anda secara berkala supaya beroperasi dalam kondisi terbaik. Ini termasuk lampu belakang, lampu brek, lampu brek ketiga, indikator, lampu parkir atau undur, lampu kabus dan lampu utama.Periksa cermin lampu bagi memastikan tiada retakan, pecah atau pudar. Lampu depan patut dijajarkan supaya arah suluhan cahaya sekata dan tidak menyilaukan pemandu hadapan, terutama ketika suluhan rendah.

hest Publish time 20-6-2016 12:44 PM

good info abang uniq

mrzass Publish time 21-6-2016 04:12 PM

ramai drebar yang main pasang je lampu kabus waktu malam yang clear.. :vmad3:

uniq61 Publish time 23-6-2016 11:42 AM

MUSIM RAYA NI RAMAILAH YANG PASANG LAMPU KABUS TU....MAKNANYA NAK TUNJUK BARU DIBELILAH...KAU ADA? KATA DEMA..{:smileo
Pages: [1]
View full version: Fahami Fungsi Lampu Kereta


ADVERTISEMENT