Di mana Posisi Tepat Peranti GPS dalam Kereta?
Di mana Posisi Tepat Peranti GPS dalam Kereta? Jangan Biarkan Pandangan TerhalangFacebookTwitterhttp://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/posisi-letak-gps-kereta.pngSESETENGAH pemandu mungkin tidak sedar posisi peranti navigasi (GPS), telefon pintar, kamera dan gajet lain dalam kereta mampu mempengaruhi pemanduan anda, sekali gus mendedahkan anda kepada risiko kemalangan jalan raya.Skrin besar yang dilekatkan di tengah cermin depan boleh menghalang kejelasan pandangan anda melihat ke luar kenderaan, terutama ketika di selekoh kiri dan persimpangan jalan. Tipikal skrin peranti GPS berukuran 17sm lebar dan 10.5sm tebal sudah cukup membuatkan pandangan seseorang pemandu terjejas apabila diletakkan di tengah cermin depan atau bawah cermin pandang belakang.Anda mungkin menganggap itu cuma halangan kecil dalam kereta, tetapi hakikatnya sebahagian besar pandangan luar kenderaan anda terganggu bergantung di mana anda duduk dan berapa jauh peranti dilekatkan.Sementara itu, peranti GPS yang diletakkan di bahagian tengah paling kanan cermin depan pula mengganggu sebahagian besar pandangan tepi anda. Ini bermakna anda tidak akan perasan kemungkinan bahaya yang berlaku di sebelah kanan kenderaan seperti pejalan kakiatau kenderaan kecil melintas di hadapan.Jadi, di manakah posisi terbaik peranti GPS dalam kereta yang tidak akan menjejaskan pandangan dan pemanduan anda? Bacalah tip-tip di bawah:1. POSISI PALING SELAMATTempat paling selamat ialah bahagian bawah cermin depan, dan di penjuru paling kanan. Posisi ini mampu meminimumkan halangan pandangan anda.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/gps-3-e1463417735931.jpg2. LETAK DI TENGAH BAWAHJika sukar dilakukan, anda mungkin boleh meletakkan peranti di tengah cermin depan, tetapi letaklah di posisi paling bawah.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/gps-4-e1463417666362.jpg3. LARAS KERUSISebelum melekatkan peranti, pastikan anda memilih posisi dan ketinggian kerusi yang tepat untuk disesuaikan dengan bentuk dan saiz badan sendiri.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/posisi-kerusi-seat-kereta-e1463417992855.jpg4. PASTIKAN ELAKElakkan melekat peranti pada lokasi yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pemandu atau penumpang apabila berlaku rempuhan. Anda perlu mengambil kira potensi zon serangan kepala dari cermin depan, atau lokasi lain yang boleh menyebabkan sebarang objek melantun akibat terkena beg udara yang teraktif.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/pandangan-cermin-depan.jpg5. JANGAN TERLALU TINGGIJangan lekat peranti terlalu tinggi pada cermin depan atau sekitar bahagian utama pandangan ketika memandu. Ini boleh mengganggu fungsi cermin pandang belakang dan visor matahari, manakala kabel yang berjuntaian mungkin mengacau pandangan anda.http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/gps-5-e1463419000371.jpgPOSISI SELAMAT GPS DALAM KERETAGambar di bawah menunjukkan posisi selamat untuk meletakkan GPS dalam kereta. Tahap risiko dibahagikan kepada tiga warna seperti berikut:
MERAH – Bahaya
OREN – Kurang bahaya, tapi berisiko
HIJAU – Paling selamathttp://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/05/posisi-gps-selamat-e1463419135749.png
Good info :)
Pages:
[1]