CARI-MAMS Publish time 15-6-2016 12:41 PM

Opick Ramadhan Tiba Persis Berpantun, Rai Bulan Mulia

oleh Adib Za

XLunTSk5Z-c




Penyanyi Opick dari Indonesia sentiasa tampil dengan lagu ketuhanan dengan elemen etnik Jawa yang menebal.


Lagu Ramadhan Tiba ini merupakan salah satu lagunya yang amat popular dan pastinya menjad pilihan diputarkan ketika musim puasa ini.


Dipetik dari album Cahaya Hati yang diterbitkan pada tahun 2008, lagu ini mengangkat bulan Ramadan sebagai bulan yang bahagia buat semua umat Islam.


Liriknya mudah dan ringkas persis berpantun, manakala alunan muzik disuntik dengan elemen tradisional kemelayuan.


Mungkin sebab itu, ia mudah diterima di Malaysia sebagai sebuah lagu meraikan bulan yang mulia ini. Jom dengarkan lagu ini. - CARI Infonet
Pages: [1]
View full version: Opick Ramadhan Tiba Persis Berpantun, Rai Bulan Mulia


ADVERTISEMENT