Honda RS150R Mampu Gugat Yamaha Y15ZR?
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-17.jpgAKHIRNYA motosikal yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia tiba. Terimalah Honda RS150R, bakal menjadi saingan hebat buat motosikal panas, Yamaha Y15ZR.Kemasukan Honda RS150R atau dikenali sebagai Honda Winner 150 di pasaran Vietnam bakal menggegarkan peminat motosikal moped negara apabila harga ditawarkan adalah hampir sama seperti pesaingnya.
HARGA:Honda RS150R akan dijual pada harga bermula RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (termasuk GST dan tidak bagi insurans).
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-9.jpg
4 WARNA MENARIK:
[*]Merah - Metallic Red
[*]Repsol
[*]Biru - Matte Blue (advance)
[*]Hitam - Matte Black (advance)
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-6-1024x683.jpg http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-11-1024x683.jpg
REKAAN:Dari aspek rekaan, Honda RS150R tampak tidak banyak beza seperti Honda Winner 150. Cuma membezakannya adalah kehadiran lampu isyarat depan dan belakang terkeluar atau terpisah dengan bentuk bandannya.
Walau bagaimana, Honda RS150R masih lagi hadir dengan rekaan yang garang dan sporty. Dari pandangan depan, ia dipadankan dengan lampu LED.Lebih tampak garang, ruangan roda didatangkan dengan rekaan rim dan luar yang lebih besar.
[*]Tayar Depan - 90/80-17 46P (Lebih besar berbanding Yamaha Y15ZR)
[*]Tayar Belakang - 120/70-17 58P (Sama seperti Y15ZR)
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-42-1024x683.jpg http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-45-1024x683.jpg
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-36-1024x683.jpg http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-27-1024x683.jpg
PRESTASI:Berbanding Yamaha Y15ZR, prestasi dipadankan pada Honda RS150R adalah lebih berkuasa. Ia dikuasakan unit enjin suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC.
Hasil bantuan kotak gear 6-kelajuan, ia mampu menghasilkan kuasa sebanyak 15.4hp pada 9,000rpm dan tork puncak 13.5Nm (6,500rpm). Untuk makluman, Y15ZR hanya didatangkan dengan kotar gear 5-kelajuan.
PanduLaju juga sempat bertanya berapakah kelajuan maksimum RS150R. Menurut Boon Siew Honda, kelajuan maksimum Honda RS150R adalah 150kmj. Wau!!!http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-5.jpgTIBA OGOS:Untuk makluman, Honda RS150R hanya akan berada di bilik pameran atau wakil pusat jualan pada awal Ogos 2016. Walau bagaimana, tempahan sudahpun boleh dibuat.
Bagaimana, berminat? Nantikan laporan kedua PanduLaju di mana kami akan membuat perbandingan spesifikasi antara Honda RS150R dan Yamaha Y15ZR.
http://pandulaju.com.my/wp-content/uploads/2016/06/Honda-RS150R_Pandulajudotcomdotmy-54.jpg
SPESIFIKASI:
Honda RS150R
ENJIN Suntikan bahan api PGM-FI berkapasiti 150cc DOHC
KUASA MAX 15.4hp @ 9,000rpm
TORK MAX 13.5Nm @ 6,500rpm
TRANSMISI 6-kelajuan
KAPASITI TANGKI 4.5L
BERAT 123KG
SUSPENSI Teleskopik (depan) / Monoshock (belakang)
HARGA Bermula RM8,213.94 hingga RM8,372.94 (Termasuk GST dan tidak bagi insurans)
ada clutch tak? Eksploitasi perempuan... Apa kes pompuan separuh bogel dgn motor tu Eksploitasi perempuan... Apa kes pompuan separuh bogel dgn motor tu Patutnya panggil matrempit jadi model. Dorang yang akan beli pun. Boon siew tamak jual harga mahal. Kat indon baru 6k lebih je Harge bole beli kancil or kelisa 2nd. Mahal gak harge2 motor kapcai gini. Ku igtkan selama ni rege kapcai 5k kebawah je ;P mahal utk kapchai Ok laj, kalau yg jenis berulang jauh pergi kerja tu ok kalau amik moto ni honda versi baru yang kilang kt msia ni smua haprak...membe aku pakai honda wave repsol 125 tu setahun je pakai trus kena overhaul...ranap enjin :doh3: org cakap jgn beli honda sbb honda ni motor plg panas selalu org curi
tp aku rasa mmg betul pun sbb dulu aku mula masuk keje pakai honda pun baru 3 kali bayar dh kene curi :'( Sorry lah..tapi mata aku tak berkenan betol dgn repsol edition. Sekian. mahal giler giler mahal harga moto honda memang mahal... dulu ada gi honda riki2 cbr250 tu, tanyalah salesman dia mahall harga , single pinton lak.... pastu dgn bangganya dia tunjuk lambang honda kat moto.... sebab nih... puiiii la ingat moto jenama lain x bagus kah..... patut x laku pn cbr250 tuh... ;P gigahertz replied at 13-6-2016 10:42 PM
ada clutch tak?
aah ade... :D
dah ada atas jalan ke moto ni? zulka replied at 21-7-2016 11:41 AM
dah ada atas jalan ke moto ni?
setakat arini ada dh nmpak 2,3 buah on the road :$
tuan_wu replied at 23-8-2016 04:03 PM
setakat arini ada dh nmpak 2,3 buah on the road
body nampak kecik sket compare dgn Yamaha kan....
ekorpun lain, takdela labuh mcm Yamaha tu...
sebelah opis ni ada kedai moto, jeling2 gak la...segan nak pegi belek beriya :loveliness:
so? ader sape2 yg dah pakai moto ni? dah beli dah sedap:lol:
puas hati :lol:
Pages:
[1]
2