Bommi040 Publish time 13-6-2016 12:45 AM

Sankelas (Sunglass)

Aku melihat dunia dengan kaca mata hitam
Kelam, gelap
Apa mungkin yang aku lihat itu kelabu?
Atau hanya satu lapisan sebelum menembus awan?

Kata orang jika kau mahu pelangi ia disini
Aku kemari dengan 1001 kisah hati
Mana? Di mana indahnya khabar itu?
Ku lihat sekilas raut wajahmu
Cukuplah sinis senyum itu menghiris jari
Lalu aku penakan namamu
Dan aku padam dalam kotak memori

Ada lagi yang perlu aku cari
lalu akan ku pantulkan
Menerusi sankelas jingga
Kerana ia mulai berwarna-warni

{:singo

Bommi040 Publish time 27-6-2016 09:21 PM

Haruskah aku berlari kemudian pulang setelah ratusan purnama
Atau ku tunggu saja khabarnya gembira?

Ku tatap bulan
Dan gerhananya si mentari pun tak mampu memadam apa yang ditakhta
Hanya suara dari halkum seorang lelaki melafaz janji untuk seorang hawa pintaku hanya satu singgahsana itu.
Pages: [1]
View full version: Sankelas (Sunglass)


ADVERTISEMENT