Nora Danish Tutup Kafe Di Bangsar! Tak laku Ke?
Edited by ladybird_ at 10-6-2016 10:31 AMBaru sahaja menjalankan perniagaan tudung yang diberi nama Owl, terbaru Nora Danish dikatakan ingin menutup kafe Kopi & XOXO miliknya yang terletak di Bangsar.
Ia berpunca daripada kadar sewa kedai yang agak tinggi. Tambah Nora, keputusan untuk menutup kedainya di situ tidak ada kaitan dengan masalah dalaman.
"Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi.
"Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini. Kedudukan kafe dan butik itu bersebelahan sahaja dan akan dibuka pada awal bulan Ramadan ini. Saya sudah dapat lihat yang sepanjang Ramadan ini saya akan berada di Bangi bagi menguruskan perniagaan saya.
"Kenapa saya pilih Bangi? Saya dapat lihat pasaran di sana amat menggalakkan," katanya dipetik daripada Utusan Online.
Tambah Nora, peluang perniagaan yang muncul kini membuatkan dia komited terhadap bidang tersebut malah turut berhasrat untuk memiliki produksi sendiri.
ilmu mesti mau ada sedap ke makanan kat rest nora? ai dgr harga mahal...ai xtau la sebba x pernah pegi...malas nak carik parking kat bangsar tue.. dah kata sewa tinggi bkn nya x laku
tiap hari penuh je
kalau x laku bodoh ke nd pg buka 2 lagi cafe serentak
di TTDI & bangi :lol:
“Sebenarnya kami menumpang perniagaan butik Rumoda, jadi bila mereka tidak berada di sana lagi, sukar bagi kami untuk menampung perbelanjaan lokasi tersebut disebabkan nilai sewa yang agak tinggi”
“Dalam masa yang sama juga kami turut membuka sebuah kafe di TTDI dan Bangi, yang baharu saja beroperasi dalam waktu terdekat ini. Kedudukan kafe dan butik itu bersebelahan sahaja mmg sewa situ mahal pun...ok laa tuh tukar tempat, dari bayar mahal utk sewa, better improve in quality & space. Lagipun dulu tumpang sewa dgn Rumoda kan... Tapi seyes kedai dia kat bangsar tuh macam xpernah lekang dek orang. ade jer customer, especially after opis hour. Opis iol dekat2 situ gak, so lalu lalang nampak aar. banyak duit nak buka 2 kedai terus ..
1 jota pastinya mixed replied at 10-6-2016 10:03 AM
dah kata sewa tinggi bkn nya x laku
tiap hari penuh je
kalu kt Bangi kt area mana?
leh g skodeng pasni:loveliness:
bangi area mana cafe dia ni? kalo bangi sentral, aku rasa dh penuh shop lot bahagian bawah sume Hmm..ak duk phg..mna leh gi kak nowa, nak meniaga ilmu kena ada. Macam trend kan skarang ni buka cafe,buka butik. Smoga maju jaya diucapkan kepade ande ande semua kalo die berpindah kedai, adekah maknenye die xdak ilmu bisnes???
normal lah tu bisnes berpindah randah, dah nyata sebab kos sewa tinggi
carilah tempat lain pulak yg lebih sesuai sorry la bkk bisnes makan ni kena fokus. kalau sibuk bergedik kulu kilir, pastu sub kat pekerja je srh jaga. mmg sekejap je melingkup:lol: dengar cerita.. pisang cheese je yg sodap ;P bimbosnya la yg komen melingkup bagai...bukan x laku ...SEWA MAHAL ...dah tentu2 dia tmbh branch lagi..kalau melingkup xkan boleh tmbh branch...
mohon humban ke ulu banat hihi..
harusla mahai sewa situ.. bangsar tempat org2 kaye je royaldanish replied at 10-6-2016 10:52 AM
dengar cerita.. pisang cheese je yg sodap
Yup..pisang chese dia mmg sedap... :) Esmiria replied at 10-6-2016 02:38 AM
Hmm..ak duk phg..mna leh gi
pegi je kat ttdi. Rasanya lagi dekat ikut hiway karak teringin nk mkn gorpis. cikenet replied at 10-6-2016 10:36 AM
kalu kt Bangi kt area mana?
leh g skodeng pasni
kat sini je
bubur betty mmg sedap terbaik
gorpis pisang cheese terbaik :loveliness:
http://i.imgur.com/efjALk3.png
semalam aku mimpi makan gorpis ND tapi nama je gorpis, bukan pisangtpi doughnut ;P
betapa teringinnya aku nak makan sampai termimpi2.