CARI-LTS Publish time 25-5-2016 03:33 PM

Teh Jenis Anti Lelaki Tapi Pro Wanita, Pelik Kan?

Oleh : TS LOO


http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/25/151758xpmpp7impm7tfm7p.jpg
sumber foto: http://www.herbalteasonline.com/


Budaya minum teh, memang sinonim dengan masyarakat Cina dan Jepun yang menganggap ianya satu amalan yang berunsurkan bukan sahaja kesihatan malah turut mengutamakan kerohanian dari aspeknya sebagai suatu seni.



Baru-baru ini, terdapat sejenis teh yang dikenali sebagai Chamomile, hasil kajian pakar saintis Amerika Syarikat yang dikatakan bahaya kepada orang lelaki tetapi berkeupayaan menurunkan risiko kematian sehingga 29 peratus buat golongan wanita.




Teh daripada keluarga spesies bunga daisy ini bukan sahaja popular di Mexico dengan panggilan manzanilla, malah menjadi kegemaran wanita di Amerika Tengah untuk rawatan demam panas, keradangan, kejang otot, gangguan haid, insomnia, ulser, gastrik dan buasir.




Bagaimanapun penyelidik USA hairan kenapa kesan positif teh tersebut tidak berlaku kepada golongan lelaki susulan hasil kajian intensif terhadap 1,677 orang wanita dan lelaki Mexico selama 7 tujuh yang termasuk kesan corak kematian awal.




http://uf.cari.com.my/forumx/mforum/portal/201605/25/152041tvpbyt2wd6tges2i.jpg
sumber foto:http://i.dailymail.co.uk/



Dalam pada itu menurut kepercayaan masyarakat Mexico, ianya juga dapat menurunkan tahap kolesterol, amat kaya antioksidan, memiliki sifat antimikrob dan mempunyai kesan antikeradangan hanya untuk golongan wanita.




Penemuan menarik ini telah disiarkan secara online menerusi keluaran terbaharu makalah perubatan The Journals of Gerontology yang diterbitkan The Gerontological Society of America.- CARI Infonet









70UrHeuRvTA








sumber info: http://www.dailymail.co.uk/

Lemon_juice Publish time 18-7-2016 04:46 PM

Good info :)

@chik Publish time 10-8-2016 11:13 PM

Blh try....

purpledesire Publish time 17-8-2016 12:27 AM

Saya suka minum teh..

cikcikebom Publish time 18-8-2016 05:00 PM

Great info

cikcikebom Publish time 18-8-2016 05:01 PM

Great info

samperit Publish time 25-12-2016 06:15 PM

Thx for the info
Pages: [1]
View full version: Teh Jenis Anti Lelaki Tapi Pro Wanita, Pelik Kan?


ADVERTISEMENT